iv

83 5 0
                                    

Tadi kelas BI takde apa-apa pun yang menarik terjadi melainkan Anita kena suruh baca petikan (dia tak pandai membaca dalan bahasa inggeris). Satu kelas ketawakan dia kecuali Normalas dan Liling. So aku skip terus balik sekolah je.

"Dani, balik sama-sama nak?" tanya aku. Dani senyum manja.
"You dah kenapa? Kita selalu balik sama-sama kan?" kata Dani sambil menggenggam tangan aku.
"I mean, kita berdua!" Aku sengaja kuatkan suara supaya Intan dan Hisyam dengar.
"Oh apalah you ni," Dani tergelak kecil.

Aku merangkul lengannya. Kami berjalan lebih cepat dari Intan dan Hisyam.

"So, malam ni you cover lagu apa?" tanya Dani. Aku mengeluh kecil.
"Tak tahu la sayang. Maybe malam ni tak record kot," kataku.
"Kenapa pulak?" Dani merenung mata aku. Coklat sia mata mamat ni.
"Sebab malam ni I nak pergi rumah you," aku cium pipi Dani.
"Bukan nak jumpa I kan? You nak jumpa Intan kan?" Intan dan Dani tinggal serumah. Mak Intan jaga Dani sebab mak Dani (adik Mak Intan) meninggal dunia.
"Tu alasan I. Sebenarnya I nak jumpa you," aku mengeratkan pelukan lengan Dani.
"So, you dah ready jumpa 'peminat' you?" tanya Dani, serious.
"Yep, I confirm nak jumpa dia," kata aku. Sesampainya aku di parkir basikal, aku melepaskan pelukan dan mencium pipi Dani lagi.
"You ni cium pipi I je," katanya.
"You tak suka ke?"
"Bila nak cium kat sini?" Dani buat duckface sambil jarinya menunjuk bibir.
"Nakal you ni! Kalau nak, you bukakan lah pintu rumah you kalau I datang," kataku lalu membuka rantai basikal.
"Bye Mary," Dani melambai.
Aku buat flying kiss kat dia. Dia tangkap lepastu letak kat hati.
"Cringe bongok!" jerit Amira dari luar pagar sekolah.
"Kau ada pakwe?" tanya Dani menyindir. Mira menunjuk jari tengah lalu mereka berdua ketawa.

Aku ambil phone dan headset. Aku bukak aplikasi Spotify dan tekan playlist Dani buatkan untuk aku. Lagu February 2017 daripada Charli XCX bermain di telinga aku.

Fakta yang tidak berguna tetapi aku tetap nak bagitahu iaitu kenapa Dani masukkan lagu tu sebab pada bulan Februari tahun lepas, more specifically masa Valentine's Day adalah first kiss kitorang. Walaupun lirik lagu tu tak kena mengena dengan aku dan Dani tapi Dani cakap tajuk lagu tu yang ada related dengan kitorang.

Berbalik pada cerita tadi, aku mengayuh basikal agak laju sebab nak sampai rumah dengan cepat. Kayuh punya kayuh, aku pulak yang penat. Sampai depan pagar rumah aku, aku turun dari basikal dan cabut headset dari telinga. Aku buka pagar dan tolak basikal masuk dalam perkarangan rumah. Aku nampak papa tengah duduk kat luar sambil tengok phone. Aku letak basikal di tepi tepi pintu rumah.

"Pa, buat apa tu?" sapaku.
"Eh Mary. Papa baca article kat Facebook ni," balas papa.
Aku mencium tangan papa lepastu aku buka kasut dan stokin. Aku masuk dalam rumah.
"Mama, Anak mama dah balik!" jeritku di ruang tamu.
"Ye, mama kat atas!" kata mama sambil keluar dari bilik.
Mama turun bawah dan terus ke dapur. Aku ikut mama ke dapur.

"Mama, saya lapar la. Mama ada masak apa-apa tak?" tanyaku.
"Bukak la tudung saji tu," kata mama selamba.
Aku membuka tudung saji lalu senyum ke arah mama. Mama masak udang butter. Not my favorite tapi memang suka makan butter prawn.

Aku mencapai pinggan dalam kabinet atas. Nasi aku ambil hanya sedikit. Mama pandang aku dengan penuh tanda tanya.

"Diet ke kak?" tanya mama.
"Haah," kataku.
"You're not fat, not even chubby. Kenapa nak diet? Penat tau mama masak ni tapi Mary makan sikit je," ujar mama.
"Okay, fine!" aku tambah nasi banyak sikit dan tambah beberapa ekor udang.
"good girl," mama usap kepala aku.

Aku makan dengan cepat sebab aku kebuluran. Tadi masa rehat pun aku hanya makan roti butter je. Selesai habis makan, aku basuh pinggan dan bawa beg sekolah aku naik atas masuk bilik. Aku buka ikatan rambut dan pinafore. Tuala yang tersangkut di belakang pintu aku tarik. Baju kotor tadi aku masukkan dalam bakul berdekatan dengan pintu keluar bilik.

Aku berjalan ke arah bilik mandi bersebelahan dengan bilik aku sambil menyanyikan lagu Aku Tak Percaya Cinta dari Liyana Jasmay. Memandangkan tengahari agak panas, aku buka air sejuk untuk mandi. Lepas mandi, aku memakai blaus warna pink dan seluar pendek bawah lutut warna hitam. Tiba-tiba phone aku berbunyi menandakan notifikasi masuk.

📸 Instagram                                      now

[jonathan]: its_joe
replied to your story: meet me at the park, 3 pm.

📸 Instagram                                 1m ago

[jonathan]: its_joe started following you.

📸 Instagram                                2m ago

[intan payung]: intansueryanna_ added to their story.

📸 Instagram                                5m ago

[baka people_]: fareeyz02 just shared a post.

📸 Instagram                               7m ago

[nestum tabur]: ijan_bijan liked your photo.

Jonathan? Oh, dia la yang bagi aku surat tu. Okay kot jumpa dia pukul 3 petang sebab aku nak buat homework sains ni. Aku ambik phone dan reply mesej dia.

Jonathan: meet me at the park, 3 pm.

                                               You: okay but can i ask you something?

Jonathan: sure

                                               You: why you want to meet me ah?

Jonathan: you don't want to meet you fan?

                                               You: not like that. i mean is this really important?

Jonathan: for me

                                               You: fine. I'll meet you there.
                                               Seen

Memandangkan ini kali pertama aku jumpa fans aku, aku kena bersiap cantik-cantik la kot. Ah, nanti je la. Kerja sains aku ni pun tak siap lagi ni. Esok cikgu Ramas nak kerja dia, baik aku siapkan cepat.

STALKERWhere stories live. Discover now