"what is going on?" papa menyoal Dani. aku menangis tidak berhenti. aku menggenggam tangan Intan. paramedik mengangkat Intan untuk dibawa ke hospital dengan segera. semasa jatuh tadi, kepala Intan mencecah lantai dulu. Intan pengsan serta-merta.
"someone broke into your house, uncle!" kata Dani. mama memegang dada terkejut.
"kamu okay?" mama melepaskan pelukan aku dan terus mengusap kepala Dani.
"saya okay je aunty. Intan je yang cedera. saya ikut Intan dulu ye aunty, uncle," Dani salam kedua tangan parents aku dan masuk ke belakang ambulans.
"thank god he's here," kata papa. aku memeluk erat lengan papa sambil menangis.
notifikasi telefon aku berbunyi. mesej dari JJ. aku bukak dan baca.
what's going on?
aku reply.
there's a crazy stalker broke into my house
dia reply.
not surprised
aku biarkan mesej dia tidak terbalas.Dani mesej pulak. kalini aku terkejut.
dont trust JJ. he's the stalker
aku reply.
Dani jangan menuduh!
dia reply.
i saw him masa i kejar that lunatic tadi
aku speechless. malam ni aku tak dapat tidur lena. mama dan papa terpaksa cancel the trip untuk jaga aku dari JJ. kenapa dia macam ni? aku tak percaya JJ akan buat macam ni!👁
pada pagi itu aku melawat Intan yang masih tidak sedarkan diri. doktor cakap dia dah stabil. aku memegang erat tangan kanan Intan yang masih menutup mata. aku menangis berharap Intan sedar secepat yang mungkin. kawan kawan yang lain on the way nak melawat Intan.
"Intan please wake up," kataku sambil mengesat airmata. kedengaran suara bercakap di luar bilik 232 iaitu bilik Intan.
"ya Allah Intan," Mira dan Adaw segera mendapatkan Intan yang sedang baring. aku memberi ruang untuk Hisyam duduk di sebelah Intan. mata Hisyam sudah berkaca membuat aku tersentak. Dani mengurut bahu aku.
"apa jadi sebenarnya?" Hisyam bersuara tanpa memandang kitorang.
"semalam kitorang kena attack. ada orang masuk bilik Mary ikut tingkap macam yang Mary cerita haritu. turns out orang tu JJ," ujar Dani. Mata diorang semua terbeliak. terkejut mendengar nama JJ.
"that son of a bitch!" marah Mira.
"jangan tuduh orang, Dani!" kata Adaw tidak percaya.
"i know what i saw. masa aku tengah bukak pintu belakang, aku nampak JJ dah lari pakai baju hitam sebijik dengan stalker tu!" tegas Dani.
"siap lah kau JJ. Lunyai aku kerjakan kau!" Hisyam bangun dari kerusi terus ke pintu keluar.
"bro, sabar bro-"
"awak," kata Intan.
Hisyam terhenti seketika. kitorang semua berpaling ke katil Intan. dia duduk sambil memanggil Hisyam.
"we thought we lost you, gurl!" kitorang semua peluk Intan sambil menangis.
"aku MC kot, main character. Mana boleh mati," sempat lagi dia bergurau. Hisyam terus datang ke arah Intan. Kitorang bagi diorang dua ni ruang untuk beramah mesra.
"saya taknak awak pukul orang. awak kan dah janji dengan saya,"
"tapi dia dah sakitkan awak. takkan saya nak berdiam diri je?"
"kita siasat siapa lembaga tu. we keep an eye on JJ," putus Mira. semua setuju dengan cadangan yang diberi.
👁
Intan discaj tengahari itu. Kitorang berenam melepak di luar McD. Kitorang berbincang mengenai kesahihan JJ adalah sang stalker. Dani sudah penat meyakinkan kitorang yang JJ lah orangnya tetapi Intan berkeras untuk siasat dahulu, jangan menuduh sembarangan.
"Okay macam ni, kita act like nothing happen kalau dia tanya kita," ujar Mira.
"Dani, i want you to control your anger towards him. Nanti plan kita tak menjadi," kataku. Dani menumbuk lututnya.
"Awak jugak, jangan bertindak melulu!" pesan Intan pada Hisyam.
"Weh korang 12 o'clock!" kata Adaw sambil menyedut air coke. Kelihatan JJ sedang melintas jalan untuk bersama dengan mereka. Dia berjalan nampak pelik. Kakinya juga berbalut di sebelah kanan.
"Yow, Johan Jamal!" tegur Hisyam, sarkastik.
"Peliknya bila orang panggil nama penuh aku," ujar JJ.
"Eh duduklah. Tarik je kerusi sebelah tu," kata Intan. JJ menurut dan duduk di sebelah Dani. Dia nampak awkward.
"Intan, how are you feeling today?" tanya JJ berbasa - basi.
"Pening yang aku tak boleh explain kat korang macam mana rasanya," kata Intan.
"Aku patutnya tolong korang semalam," kata JJ.
Dani memandang kitorang sambil smirk. (K awak encem, stop smirk!)
"Kenapa pulak," tanya aku.
"Ye la, kalau ada aku, takde la Dani penat lawan orang tu sorang - sorang. Intan pun takdenya masuk hospital," kata JJ.
"Kau kat mana semalam?" tanya Mira. JJ nampak pucat.
"Kenapa tanya?" tanya JJ. Mira dan Adaw membetulkan tudung.
"Ah takdelah, kau cakap kau nak tolong kan? Is there any chance kau ada berdekatan kat rumah Mary?" tanya Adaw tanpa memandang JJ sebab minah ni sebok betulkan tudung dia.
"I-" JJ tergagap. Dia menggaru kepalanya.
"Jay, we saw you kat taman semalam lari. Where were you?" tanya Dani serious.
"Okay! Okay!" kata JJ sambil menutup mukanya.
"Aku download satu apps ni. It's a dating online app, ye aku tau kita baru 16. Aku try la apps tu then match dengan orang lain. Astu aku dapat sorang ni, profile pic dia tunjuk body-" cerita JJ dipotong Mira.
"What? A guy?"
"Thats not the crazy part. Bila dah jumpa tu rupanya orang tu pakai profile fake. Gambar dia ambil daripada ig Dani," kata JJ.
"Bila masa aku post shirtless ni?" kata Dani.
"Bukan post, kau buat story haritu, orang tu screen shot. Lepas dah jumpa tu, rupanya dia tu pakcik tua yang sangap astu pedo pulak tu! Aku apa lagi, lari selamatkan diri la. Astu aku nampak Dani kat belakang rumah Mary. Few minutes after that, ambulans ngan parents Mary sampai," panjang lebar JJ cerita.
Hisyam, Mira dan Adaw menggaru kepala yang tidak gatal mendengar cerita JJ.
"Kau expect Dani ke orangnya?" kata aku. Dia mengangguk lemah. Dani bermonolog 'WTF' sambil melihat kitorang.
"So, kaki tu kenapa?" tanya Hisyam. JJ berdiam diri sambil meneguk air Dani.
"Dude, wtf!" kata Dani.
YOU ARE READING
STALKER
Mystery / ThrillerMARY gadis yang cantik dan juga terkenal di sekolahnya kerana mempunyai suara emas. Sifatnya yang peramah membuatkan ramai yang ingin berkawan dengannya malah tidak lupa juga dengan peminat - peminat di dalam sekolah mahupun luar sekolah. Satu hari...