Waktu rehat aku di sia-siakan dengan termenung seorang diri dalam kelas. Aku masih lagi tak boleh brain dengan gambar tu. Orang tu masuk bilik aku ke siak? Dah la sliding window aku tu kuncinya rosak. Memang sah lah dia masuk. Tiba-tiba Faris yang tak pernah bercakap dengan aku pun tegur aku.
"Kau okey ark?" tanya Faris. Aku angguk sahaja.
"Takde ah. Aku lapar je," aku tipu. Dengan serta-merta Faris bagi aku roti butter. Dahi aku berkerut seribu.
"Apa ni?" tanya aku. Gelabah pulak.
"Roti lah. Dani suruh aku bagi kat kau. Kalau tak nak aku ambik eh," ujar Faris. Dani sanggup suruh orang belikan roti butter ni untuk aku.
"Thanks Faris," kataku. Dia jalan dengan selamba duduk sebelah Akmal.
"Mal, kenapa Anita tak datang?" tanya Normalas. Akmal berhenti buat kerja Bahasa Melayu dan pandang si Normalas tu.
"Kau kan squad dia. Takkan tak tahu kenapa dia tak datang?" Ujar Akmal dengan malas.
"Haiyer, kamu kan duduk serumah dengan dia. Takkan tak tahu mengapa?" kata Liling pulak dengan slanga cina dia.
"Amoi, saya ada life sendiri lah. Buat apa saya nak sebok pasal kakak saya?" Akmal kembali membuat kerja Bahasa Melayu.
Dani dan Intan masuk ke kelas sambil bawakan keropok lekor dan air milo yang kokonya sudah mendap ke bawah.
"Nah makanan untuk kau," Intan meletakkan makanan itu di meja aku. Dani beli roti butter untuk aku jugak. Dia bagi aku roti tu.
"Wah, banyaknya makanan aku harini. Dani, I dah makan roti butter tadi. Takkan beli lagi?" kataku. Aku makan keropok lekor yang liat macam mentah tu.
"Oh yeke? Takpe lah, I dah beli untuk you. Makan je la," kata Dani. Aku pun malas nak berdebat, makan ajelah.
"Hisyam mana?" tanya aku. Dani mengangkat bahunya.
"Sir Din panggil tadi. Pemilihan bola sepak katanya," ujar Intan.
"You tak masuk ke?" aku pandang Dani yang sedang makan roti chicken floss. Dia menggeleng sambil menunjukkan pergelangan tangannya. Dia pernah patah tangan sebab jatuh masa main bola sepak tahun lepas lawan dengan sekolah sebelah, SM Jalan Gangsa.
"Ijan! Kau masuk ke bola sepak tu?" tanya Dani.
"Haah," kata Ijan.
"Takyah lah gila. Gigi kau tu nanti buat orang silau," kata Mira.
"Babi!" Ijan menunjuk jari tengah sambil ketawa. Amirah pulak menjelir lidah.
"Pergi sekarang lah woy. Sir Din buat pemilihan tu," kata Intan.
"Yeke? Ya ukhti!" Ijan berlari anak keluar dari kelas menuju ke padang. Johan si budak baru rambut kerinting tu duduk kat meja dia.
"Hai Johan," sapa kitorang bertiga serentak. Dia senyum sambil angguk dan melambai.
"Kau buat live ke balik sekolah ni?" tanya Intan sambil makan keropok lekor yang liat tu. Aku mengangguk laju. Johan pasang telinga sahaja.
"Aku nak bagitau pasal malam semalam tu," kata aku.
"Itu je? Tak nyanyi?" Dani dan Intan ni macam Detective Conan la pulak aku tengok.
"Haah. I just nak update je dengan diorang what happen to me last night," ujar aku. Kitorang habis makan tepat masa dengan Cikgu Bahasa Melayu masuk. Batang hidung Hisyam dan Ijan belum kelihatan.
"Mana dua orang tu?" tanya cikgu Nilam.
"Encik Din panggil Hisyam dengan Ijan sebab ada pemilihan bola sepak," kata Dani. Cikgu Nilam nampak macam tak berminat langsung dengan cerita Dani.
"Yang lelaki tolong bagi salam," arah cikgu Nilam. Dani dan Johan berpandangan seketika, tapi Dani jugak berdiri lalu memberi salam kepada cikgu Nilam diikuti oleh suara sumbang pelajar dalam kelas ni.
"Duduk,"
Tak lama lepas tu, Hisyam dan Ijan ketuk pintu memberi salam kepada cikgu Nilam.
"Kenapa lambat?" tanya cikgu Nilam bercekak pinggang. Hisyam dan Ijan bertolak-tolakan.
"Hey, saya tak suruh korang bergaduh!" Melenting pulak cikgu ni. Mesti dia tengah PMS.
"Sorry cikgu, tadi kitorang_" ayat Hisyam dipotong serta-merta oleh cikgu Nilam.
"Sorry, sorry! Sekarang ni kelas Bahasa Melayu, bukan kelas Bahasa Inggeris. Jadi jangan guna bahasa lain dalam kelas saya!" Yup, 100% sure cikgu ni PMS.
"Maaf cikgu, tadi saya dan rakan saya Hisyam di panggil oleh Encik Din kerana ada pemilihan bola sepak. Selepas itu, saya dam rakan saya (dia tunjuk Hisyam) hendak ke tandas," Ijan ni dah start mode sarkastik dia. Boleh tahan skema jugak ayat si Ijan ni. Cikgu tu pandang diorang sedalam-dalam yangh boleh sampai nak pecah ke cermin mata Ijan.
"Buat apa dalam tandas lama-lama berduaan pulak tu?" Normalas menyampuk. Mata cikgu Nilam laju mencari punca suara tadi.
"Siapa yang menyibuk tu?" Aku boleh nampak darah Normalas semakin berkurang sebab cikgu Nilam sedut darah dia. Liling menekup mulutnya menahan tawa tapi Normalas cubit peha Liling.
"Húndàn!" jerit Liling dalam Bahasa Cina. Aku pulak yang menahan gelak sebab dengar ayat tu keluar dari mulut Liling. Aku bagi pandangan 'Kau Ingat Aku Tak Paham?'. Aku nampak dia senyum sambil bisik 'sorry'.
Cikgu Nilam membenarkan Ijan dan Hisyam duduk. Dia mula mengajar pasal ayat aktif ayat pasif yang satu pun tak masuk ke dalam kepala otak aku ni walaupun aku tak pakai tudung (aku ada kepercayaan yang orang bertudung ni ilmu tak masuk sebab tertutup dengan hijab dia. Jangan kecam aku sebab tengok lah kawan aku si Intan yang lembap macam tisu basah. HAHA gurau je lah Intan). Tiba-tiba cikgu datang ke arah Johan.
"Saya kenal awak. Awak kelas LK kan? Kenapa ada kat sini?" kata cikgu Nilam. Johan angguk sambil menggaru kepala dia. Tak tahulah gatal ke tak sebab bukan kepala aku.
"Saya pindah kelas, cikgu. Saya nak ambik subjek Sastera," ujar Johan. Cikgu Nilam terangguk-angguk sambil menyelongkar buku tulis Johan.
"Oh, patutlah kosong. Saya nak tengok kerja yang saya bagi minggu lepas masa awal pembukaan sekolah haritu,"
Dengar sahaja 'Kerja Yang Saya Bagi', Akmal menggelabah betul. Faris yang duduk depannya pun terkejut.
"Kau kenapa Mal?"
"Kerja ni la," bisik Akmal.
"Kau tak siap?" tanya Faris lagi.
"Kalau siap takdelah aku menggelabah macam ni," bisik Akmal lagi.
Cikgu Nilam macam dengar perbualan diorang terus menyeru satu kelas.
"Siapa yang tak siap berdiri!" Aku tengok Akmal be like 'Bunuh Jelah Aku Wey'. Aku agak terkejut tengok ramai jugak tak siap. Liling, Normalas, Rina, Qamarul, Intan si lembap dan jugak Akmal. Patutlah Anita tak datang, dia mengelak rupanya. Cikgu Nilam mendekati Akmal. Cikgu tu senyum kat Akmal dan senyuman tu agak creepy.
"Rileklah cikgu. Awal tahun kot," kata Akmal. Cikgu Nilam gelak paksa.
"Apa rilek rilek?" cikgu tu cubit pinggang Akmal sampai Akmal terangkat ke atas. Jeritan Akmal cikgu Nilam tak kesah langsung. Semua yang berdiri pun jadi cuak. Dani tunjuk thumbs up sambil jelir lidah kat Intan. Intan mencubit tangan Dani.
"Mary, kau tengok bf kau ni!"
"Tak nampak, tak nampak," kataku sambil tutup mata menggunakan tangan. Johan pun terhibur dengan perangai kitorang.
YOU ARE READING
STALKER
Mystery / ThrillerMARY gadis yang cantik dan juga terkenal di sekolahnya kerana mempunyai suara emas. Sifatnya yang peramah membuatkan ramai yang ingin berkawan dengannya malah tidak lupa juga dengan peminat - peminat di dalam sekolah mahupun luar sekolah. Satu hari...