ix

53 3 4
                                    

Aku demam teruk esoknya. Mama dah call guru kelas aku mengumumkan ketidakhadiran aku pada hari ini. Aku masih lagi berselubung dalam selimut tebal aku. Mata aku langsung tidak berganjak dari sliding window. Angin bertiup perlahan menebarkan langsir bilik aku. Mama masuk ke dalam bilik sambil membawa mangkuk berisi bubur.

"Kamu taknak makan, biar mama paksa kamu makan," kata mama sambil sedaya upaya menyuap aku.
"Orang takde selera lah ma,"
"Sekarang dah pukul 11. Takkan nak biarkan perut tu kosong?" mama mencuba untuk lembutkan suara. Aku tahu mama dah tak tahan dengan perangai aku. Aku taknak mama marah, terus membuka mulut dan menerima sahaja bubur tadi.
"Lepas ni, makan ubat ye?" kata mama. Aku mengangguk lemah sahaja.

Lepas sahaja minum sebiji Panadol ActiFast, aku rasa makin pening lah pulak. Aku melelapkan mata. Phone aku berbunyi menandakan panggilan masuk. Aku baru sahaja ingin tidur. Rupanya aku sudah tertidur dua jam lebih. Sekarang sudah pukul 1:31 PM. Panggilan masuk itu dari Intan. Aku sambut panggilan tu dengan malas.

"Hello,"
"Wey Mary. Kau okey tak? Kenapa tak datang? Kau kat mana?" bertalu-talu soalan dari Intan.
"Aku sakit. Nanti aku citer," kataku.
"Kitorang on the way nak jumpa kau," ujar Intan.
"Sape lagi?" tanyaku.
"Aku, Dani, Mira. Eh JJ, kau nak ikut tak?"
"Takyah lah ramai-ramai," kataku.
"Kitorang empat je lah. Tak ramai pun. Adaw tak join sebab study kat library ngan Qamarul,"
"Okey. Datanglah, aku pun bosan jugak ni," ujar aku.
"Bye slut. Jumpa nanti,"
"Bye bitch," kataku. Panggilan dimatikan. Aku meneguk air yang tersedia di tepi katil.
"Mama!" jeritku. Mama menyahut.
"Kawan orang nak datang tu. Boleh kan?"
"Intan ke?"
"Yup,"
Mama senyap.
"Boleh kan?"
"Ye sayang!"
"Thank you ma!"
Tak lama lepas tu, aku dengar macam ada tetamu kat bawah tu.
"Mary, ni kawan dan uh, boyfriend kamu dah sampai!"
"Yes ma,"
"Apalah auntie ni," kata Dani sambil ketawa nervous.

Intan, Dani, Mira dan JJ (Johan) masuk dalam bilik aku. Intan dan Mira terus peluk aku. Dani pulak cium Dahi aku. Aku lambai JJ sahaja.
"Apa yang kau nak citer?" terus si Intan ni tanya. Aku suruh Dani tutup pintu bilik untuk mengelakkan mama dengar apa yang aku nak cerita.
"Semalam, eh duduk lah dulu! Semalam, aku baru je nak tidur. Masa mata aku baru je tertutup, aku nampak kat kat situ (aku tunjuk sliding window) ada someone tolak pelan-pelan. Lagi seram, dia masuk bilik aku! Aku tak tahu nak buat apa terus jerit kuat-kuat," ujarku panjang lebar. Mata diorang semua terbeliak.
"Dia buat apa kat kau?" tanya JJ.
"Aku tak tahu sebab aku terus jerit masa dia dah masuk bilik aku. Mungkin tak sempat kot dia nak apa-apakan aku,"
"Oh my god. Dia nak tangkap gambar kau lagi kot," kata Mira.
"You tak lock ke benda ni?" Dani menutup sliding window aku dan mencari kuncinya. Dia nampak marah.
"Rosak biy,"
"Nampak tak orang tu?" kata Intan. Aku geleng.
"Lelaki ke perempuan?" tanya Dani. Aku cuba mengingat kembali.
"Lelaki kot sebab takkan lah badan perempuan macam tu," kataku.
"Dah lah. Kita lupakan je," kata JJ.
"Aih, senang-senang je lupakan benda tu. Bukan kau yang kena," kata Mira. JJ malas nak layan Mira, dia kembali senyap.
"Anywho, Jumaat ni kitorang dah berpakat taknak sekolah sebab Sastera kan hari Jumaat. Aku tak siap lagi kerja cikgu Nilam. Subjek Sastera nanti mesti dia nak tengok kerja BM dia tu," kata Intan.
"Kitorang sape?" tanya aku.
"Aku, Mira, Adaw, Dani,"
"Ijan," tambah Mira.
"Aku pun nak join wey," kata JJ.
"Hisyam?" tanyaku.
"Dia kan masuk bola sepak tu," ujar Intan.
"So Ijan tak join?" Mira tanya lagi.
"Kau ni Ijan aje. Suka dia ek?" ejek JJ.
"Sebok je kau ni," blushing terus muka Mira.
"Esok aku last sekolah lah ni!" Jeritku. Semua bersorak tapi aku tak tahu kenapa.
"You kan sakit, kenapa sekolah?"
"I okey lah esok," ujar aku menyedapkan hati.

Kitorang lepak sampailah pukul 4 barulah diorang ni blah dari rumah aku. Kejadian semalam aku lupakan sebentar. Malam ini aku kena bersiap sedia kalau-kalau lembaga tu datang lagi. Aku berdiri walaupun kepala pening dan mengemas bilik sampai pukul 6 petang. Baju sekolah aku sudah siapkan semalam. Penyapu kayu mama aku letak kat bawah katil supaya kalau jadi apa-apa aku boleh guna benda alah tu. Sliding window aku tutup dan cuba kunci tapi gagal. Aku biarkan sahaja ia tertutup rapat.

Aku turun bawah untuk ke dapur dan nampak mama tengah masak nasi goreng udang sotong ayam.
"Mary. Are you feeling better?"
"Bolehlah, orang dah boleh turun ni," kataku. Mama hidangkan nasi goreng tadi kat atas meja.
"Lepas makan nanti, you have to take a shower supaya hilanglah sikit rasa pening tu,"
"yes ma,"
Aku dan mama sambung sembang kosong sambil gelak-gelak. Lama jugak aku dan mama berborak sampai pukul 8 malam. Aku selesai makan selepas menambah 3 pinggan nasi goreng. Papa punya pun aku habiskan. Aku basuh pinggan dan terus naik atas untuk mandi. Tiba-tiba pintu rumah aku diketuk.
"Mary, can you get that?"
"Orang nak mandi ni!"kataku. Aku dengar mama mengeluh. Aku sambung masuk bilik dan bukak pakaian. Tuala pink tersangkut di belakang pintu aku capai dan tutup bahagian badan aku. Aku keluar bilik dan masuk ke dalam bilik air.

Selesai mandi sambil menyanyikan lagu Aku Tak Percaya Cinta nyanyian Liyana Jasmay (lagi, sebab aku suka nyanyi lagu tu masa mandi).
"Mary, ni ada-"
"Kejap ma, orang nak pakai baju dulu,"
Aku masuk bilik dan kunci pintu. Petang ni nampak sangat cerah dan panas. Aku mencapai baju blaus purple lengan pendek dan seluar pendek atas lutut warna hitam. Aku keluar bilik dan turun ke bawah.

"Mama ada nak cakap apa-apa?" tanyaku.
"Takdelah tapi you've got 2 letters,"
"Sape bagi?"
"Mungkin budak lelaki tadi. Dia cakap dia kawan Mary tapi bila mama tanya siapa nama dia tak bagitau pulak," kata mama.
"Dia yang ketuk pintu tadi ke?"
Mama mengangguk.
"Surat ada kat situ," mama tunjuk atas kabinet sebelah pintu rumah. Aku mencapai surat tersebut. Warna surat tu sangat cantik, favorite colour aku, Hot Pink dengan glitter. Ink pen tu warna hitam pekat dan tulisannya sangat cantik ala-ala perempuan. Aku membaca isi surat tu.

Hai Mary. You don't know me yet but let me introduce myself. I prefer you to call me "Obsessed Fan". Aku just nak cakap yang aku suka dekat kau. Sebenarnya dah lama aku perhatikan kau tapi kau je yang tak perasan. Aku sentiasa ada dalam hidup kau tapi kau tak sedar. Dimana kau berada, aku mesti ada, cuma kau je yang tak nampak. Aku dah lama crush dekat kau. Semasa kita bertentang mata, aku boleh nampak yang kau jugak ada perasaan kat aku. Hehe, silly me. Kau kan dah ada Dani. Mesti kau tak padang orang laik kan? Tapi aku nak kau tahu kewujudan aku je. Aku harap kau suka lah hadiah yang aku bagi ni. Bukak envelope yang lagi satu.

Aku mengoyakkan envelope kedua yang agak tebal isinya. Aku terkejut sampai terduduk. Badan aku menggigil. Envelope tu penuh dengan gambar aku termasuklah gambar tengah tidur. Suka apa hadiah macam ni? Semua gambar-gambar ni nampak candid dan ketara dan sangat zoom. Ni surat dari orang yang sama masuk dalam bilik aku.

Aku susun semua gambar tadi dan masukkan dalam envelope balik. Surat tadi pun aku kemaskan bawak naik atas kemudian masukkan dalam beg sekolah aku. Aku call Dani. Dani mengangkat.

"Ye sayang?" katanya. Kedengaran di corong telinga bunyi bising orang bersorak.
"You kat mana?" tanya aku.
"Main futsal,"
"Dengan siapa?"
"Kenapa jadi Sherlock Holmes ni?" katanya membuatkan aku tergelak sikit.
"I ada something nak tunjuk you tapi takpelah. Malam ni kita call,"
"Tak dapatlah sayang. Lepas je I temankan Hisyam ngah Ijan ni main futsal, kitorang lepak mamak,"
"Korang tiga je?"
"All the boys. Qamarul, Akmal, Faris even JJ!" ujar Dani.
"Wah boys night eh. Okey la sayang, jangan lewat balik. Esok sekolah. Ada hal I nak bagitau," kataku.
"Aight. I love you," balas Dani.
"Me too,"
Panggilan dimatikan. Aku nampak story ig Dani penuh dengan rakaman dan gambar diorang berpeluh jantan bermain futsal.

Aku chat Intan tapi nampak last seen pukul 6 petang tadi. Malaslah nak kacau dia. Mungkin tengah buat kerja sekolah atau mengemas kot. Aku menelan sebiji Panadol ActiFast dan meneguk air lalu merebahkan diri di atas katilku yang empuk. Mata aku tajam memandang sliding window sampailah aku tak sedar yang aku dah tertidur rupanya.

STALKERWhere stories live. Discover now