Hasya menghempas kasar pintu kereta. Tubuh dibawa masuk ke dalam rumah. Dipekakkan saja telinganya dengan panggilan daripada abangnya itu.
" Baru nak balik sudah lewat malam macam ni Hasya?" Ayah sudah berbunyi buat Hasya mengeluh. Apa lagi ni?
" Hasya tengok wayang je dengan Amran tadi." Lembut Hasya menjawab tapi malang...
" Hasya tak boleh nak duduk rumah ke? Tengok kakak Hasya, mana ada keluar."
Hasya mengetap kuat bibirnya. Selalu saja nama kakaknya akan dilebihkan dalam apa-apa jua benda. Memang dia je yang salah dalam setiap perbuatan. Penatlah macam ni.
" Hasya penat. Hasya masuk dulu."
" Penat apa? Penat melayan jantan ke?" Sindir Ina tanpa berlapik.
Ina berdiri di sebelah Ayahnya itu. Dikerling muka tegang Ammar. Pasti tengah tahan marah pada Hasya. Padan muka!
" Kau jangan nak tuduh aku macam-macam Ina. Aku takkan buat benda terkutuk macam tu." Tentang Hasya membela diri.
Ina senyum sinis dengan muka jahatnya. Sudah dirancang dari awal akan semua ini. Mahu jatuhkan Hasya dari keluarga ini. Lagipun dia tak suka Hasya. Tak tahu kenapa? Tak suka gila!
" Kau layan lelaki mana ni Hasya?" Mencerlung tajam mata si Ayah pandang Hasya yang ada beberapa meter darinya.
Hasya meraup kasar wajahnya. Tidak cukup penat baru balik dari kolej. Masalah ni pulak yang ada? Mengapa berat sungguh dugaan dia kali ini?
" Ayah lebih percayakan Ina dari Hasya? Hasya ni siapa sebenarnya? Kenapa selalu lebihkan Ina? Hasya anak pungut ke?"
Mata Hasya sudah berkaca. Tak tahan sebak bila Ayah selalu lebihkan anak tiri daripada dia sebagai anak kandung. Mengapa ayah lebihkan mereka?
" Ayah selalu marah Hasya depan mereka semua. Ayah tak sayang Hasya ke?" Hambur Hasya penuh emosi.
Terasa ketat di dada mahu hambur tangisan tapi Hasya kena kuat. Berkaca mata Hasya lihat ke dalam anak mata Ayahnya. Mata itu hanya kosong tanpa apa-apa sinar yang dapat dia cari.
" Kau memang kurang ajar Hasya?! Siapa yang ajar kau jadi kurang ajar macam ni? Si jantan tak guna tu ke?!" Lantang suara Datuk Ammar menengking anak perempuannya.
" Bila Hasya kurang ajar Ayah? Hasya hanya mempertahankan diri Hasya? Salah ke?"
" Kau!"
Mata dipejam rapat bila tangan besar ayahnya angkat tinggi nak tampar dia.
Hasya pejam rapat mata. Pelik apabila pipinya tak rasa apa-apa sakit. Bukankah ayah nak tampar dia ke tadi? Aik?
Perlahan mata Hasya dibuka. Bulat mata Hasya melihat Noah yang sedang berlawan mata dengan ayah saat ini.
" Ayah jangan jadi dayus. Tak perlu nak pukul Hasya. Tak cukup lagi ke apa yang Ayah buat dekat dia? Dan kau..."
Mata Noah mengerling pada si Ina. Gelisah minah tak cukup sifat itu bila kena tenung tajam. Mungkin takut kalau Noah mengamuk.
" Kau tak payah nak buat fitnah dekat si Hasya. Kau tak layak nak fitnah dia. Kau duduk rumah buat apa? Main fon? Lepastu bila siap makan, ada kau basuh pinggan balik?"
Senyap Ina bila ditanya sebegitu. Tangan ayahnya dilepaskan. Senyuman sinis diberi pada ayah tirinya itu.
" Kau kena belajar berterima kasih Ina dekat Hasya. Semua kerja rumah dia buat. Kau buat apa?"
" Jangan kurang ajar Noah..."
" Ayah tak tahu apa-apa baik diam." Selamba badak lelaki itu menyuruh ayahnya dia. Gila!
Berkerut dahi Hasya bila lelaki itu membela dirinya. Tak faham jugak dengan si Noah ni. Bila datang period, marah dekat dia. Bila tak period, elok je bercakap walaupun dingin.
" Dah jom naik."
Hilang lamunan Hasya bila tangannya diheret oleh Noah. Mukanya ditunduk ke bawah bila ibu pandang tajam dirinya. Pasti ibu dengar apa yang Noah cakap tadi. Kenapa Noah seperti membelanya? Apa yang Noah nak sebenarnya?
Selamba badak Noah bukak pintu biliknya dan mengheretnya masuk ke dalam bilik. Bulat mata Hasya bila Noah mengunci pintu.
" Kenapa kunci?"
" Tak tahu."
Hasya gigit bibir geram dengan jawapan Noah. Mahu saja disepak tubuh lelaki yang sedang berjalan ke katil miliknya. Hasya mengeluh. Diraup kasar wajahnya. Penatnya hari ini.
Tanpa menukar baju, Hasya baringkan tubuhnya di atas sofa. Tak kesah dah dengan si Noah yang ada dalam biliknya. Yang penting Hasya penat. Penat dengan semua ini. Masih segar dalam ingatannya saat perkahwinan ayahnya itu. Ayah hanya memperkenalkan kakak dia.
Hasya pula hanya pura-pura gembira walaupun hatinya rabak dan sakit saat itu. Telapak tangan dibawa tekup mukanya. Esakan makin lama kian kuat bergema dalam bilik itu.
" Bangun!" Penuh kurang ajar lelaki itu menarik tangannya agar bangun. Entah bila lelaki itu bangun, Hasya pun tak dengar apa-apa bunyi.
" Abang nak apa?!" Disandarkan kepalanya pada belakang sofa.
" Pergi mandi sana."
" Ikut suka Hasyalah nak mandi ke tak! Abang ni dah kenapa!?" Bentak Hasya geram. Suka sangat paksa orang!
" Aku cakap mandi. Kalau tak aku yang tolong mandikan kau."
Hasya mendengus geram. Penuh longlai tubuh di bawa bangun. Tapi belum sempat dia menstabilkan diri, kepalanya terasa pening. Nasib baik ada tangan yang menyambut, andai tidak. Pasti tubuhnya sudah jatuh ke bawah.
" Kau okay tak ni?"
" Okay..." Lemah Hasya menjawab.
Macam nilah bila darah sikit. Buat kerja banyak sikit pasti penat. Lepastu mulalah pening kepala. Ditepis kasar tangan yang sudah melekap pada pinggangnya.
" Lepas boleh tak abang?" Tekan Hasya bila pinggangnya masih dirangkul erat oleh Noah.
" Kau pening. Restlah. Sibuk nak berjalan kenapa?"
" Tadi suruh orang mandi. Lepastu pandai pulak nak orang rest." Gumam Hasya perlahan.
" Bebel je tahu. Duduk sekarang."
Hasya ikutkan saja akan apa yang disuruh Noah. Kepala diurut perlahan. Mata dipejam rapat. Terasa tempat duduk sebelah dihenyak oleh seseorang. Keluhan dilepaskan bila Noah sibuk nak picit kepala dia.
" Noah keluarlah... Aku sakit ni." Rayu Hasya pada si abang tirinya.
" Aku suka dengar kau panggil aku, Noah."
Gulp!
Hasya telan air liur perlahan bila mata Noah tidak henti menjelajah seraut wajahnya. Terasa gugup bila kedudukan mereka berdua begitu rapat saat ini. Hasya paling wajah ke arah lain.
Berdetak hebat jantungnya melihat wajah kacak itu. Nafas ditarik panjang sebelum hembus. Bulat mata Hasya bila tangannya ditarik kasar sehingga tubuhnya jatuh di atas tubuh lelaki itu.
" Good night. Tidur elok-elok." Dahinya dicium Noah sebelum mata Hasya terkebil-kebil melihat bayang Noah yang sudah hilang di sebalik pintu.
YOU ARE READING
Mr Devil ( MD ) ( Complete )
RomanceHasya mengetap beberapa kali bibirnya. Perutnya berlapik baju diusap beberapa kali. Lapar dirasai tapi untuk memasak, Hasya sendiri tidak berani. Macam mana nak berani kalau hubungan dia dengan Noah selalu macam anjing dan kucing? " Asal usap perut...