Bab 7

2.5K 111 29
                                        

Hasya termenung sambil itu tangannya memotong bawang. Fokusnya sudah hilang entah ke mana. Nuha menyiku perlahan lengan si Hasya bila menyedari kawan baiknya itu banyak kali termenung.

" Kau okay tak ni Hasya? Kalau tak okay kau tak payah masuk kerja hari ini. Dalam kelas tadu pun kau tak fokus. Sir Irfan dah naik pelik dengan kau tau." Risau Nuha bertanya soal kesihatan si Hasya.

Hasya tersenyum tipis. Ditahan sebaik mungkin daripada menangis. Segar ingatannya Noah memperkosanya. Setiap perbuatan kasar lelaki itu padanya. Nasib baik dia pakai tudung, dapat menutup segala tanda yang Noah lakukan padanya.

Bila ditanya Nuha kenapa dengan mukanya yang kelihatan sedikit lebam, pasti Hasya terpaksa menipu dia jatuh. Haih... Maafkan aku Nuha. Aku terpaksa...

Bila dia sedar, lelaki itu sudah tiada dalam biliknya. Dia ditinggal sendiri.  Laju Hasya keluar dari rumah tinggal di rumah Nuha. Menumpang hanya sementara. Takut untuk dia bertemu muka dengan Noah. Lelaki syaitan yang bertopengkan manusia itu.

" Mengelamun!"

Hasya mengesat lembut airmatanya. Tak sedar bahawa beberapa titis airmata sudah keluar dari celah matanya. Nuha pandang sayu Hasya yang tidak ubah kelihatan bagai mayat hidup itu. Muka itu pucat lesi dengan tubuh kurus kering. Apa yang jadi pada Hasya sebenarnya?

" Aku okay. Kau jangan risau eh?"

Nuha menggeleng. Tak percaya kata dari Hasya. Lagipun mata Hasya tak dapat menipu dia. Dia kenal Hasya sudah lama. Dapat dia kesan andai Hasya menipunya. Kedua bahu Hasya dipegang lembut.

" Hasya... Kalau kau ada masalah. Jangan segan nak bagitahu aku tau. Aku sentiasa ada untuk kau. Kalau kau tak sedia lagi tak apa. Aku tak paksa. Okay?" Pujuk Nuha lembut.

Terkejut Nuha apabila tubuhnya tiba-tiba dipeluk Hasya. Bergetar tubuh Hasya dengan esakan yang makin menjadi-jadi. Nuha menggosok lembut belakang badan Hasya.

" Hambur semuanya Hasya. Jangan simpan. Biarkan saja ia terluah dari tangisan kau. Mungkin akan menenangkan sedikit hati yang terluka." Lembut suara Nuha memberi kekuatan pada Hasya.

Bergema esakan Hasya di ruang dapur restoran tempat kerjanya itu. Bila ada seorang pekerja yang ingin masuk, cepat Nuha memberi isyarat agar mengundur langkah ke belakang.

" Aku tak kuat Nuha... Lepas satu. Satu masalah yang aku ada. Aku tak kuat." Rintih Hasya penuh sayu.

Dieratkan lagi pelukannya pada si Nuha. Mengambil sedikit kekuatan daripada Nuha walaupun dia tahu kekuatannya sudah hilang sejak Noah mengambil segala-galanya darinya. Hasya dah tak ada apa-apa...

" Kau kuat Hasya. Allah takkan uji hamba dia kalau dia tahu hamba dia mampu."

Jeda.

Hanya tangisan Hasya yang makin kedengaran bersama dengan sendu. Nuha menepuk beberapa kali belakang badan Hasya. Please Hasya be strong...

" Aku ada sesuatu nak bagi kau." Teruja suara Nuha.

Hasya merungkaikan pelukan. Airmata dikesat dengan lengan bajunya. Perbuatan Nuha dilihat penuh minat. Dari Nuha buka beg kolej miliknya sehinggalah sehelai kertas diberi padanya. Terbuntang mata Hasya melihat akan nama dan keputusan yang tertera pada kertas itu.

" Alhamdulilah... Aku dapat dekan Nuha."

Sekali lagi tubuh sedikit berisi milik Nuha itu dipeluk Hasya. Senyuman menghiasi di bibir itu. Suka dengan keputusan peperiksaannya yang cemerlang. Pasti Papa suka kalau dia tunjuk result ni kan?

" Mana kau dapat ni? Kenapa kau yang ambilkan untuk aku?" Soal Hasya pelik.

" Kau pergi tandas bila sir panggilkan nama kau. Lagipun time tu dah nak balik. So memang kau tak tahu pun hal ni."

Mr Devil ( MD ) ( Complete )Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang