Special Bab

2.4K 88 12
                                    

Bayi perempuan berambut keperangan yang sedang menangis di dalam katil itu didukungnya. Alhamdulilah Hasya selamat melahirkan anak perempuan untuknya.

Dicium lembut muka kecik Helena Asyura Delisha. Nama yang diberi untuk anak perempuannya. Noah tersenyum. Ditepuk beberapa kali belakang badan anaknya itu dan didodoikan dengan zikir agar tenang anaknya tidur.

" Cantiklah mata anak kita."

Hasya mendengus tidak suka. Sengajalah tu si Noah. Mentang-mentang mata Helena mewarisi si Papa. Terus lelaki itu memuji mata itu banyak kali. Malaslah kawan dengan Noah kalau macam ni!

" Abang sengaja kan?" Garang suara Hasya nak marahkan sang suami.

Noah angkat kening tinggi. Diletakkan semula anaknya di atas katil bayi. Usai itu, dirapati tubuhnya pada sang isteri yang baru nak bangun dari katil itu. Pinggang Hasya dirangkul erat. Tapi...

" Lepaslah! Sibuk je nak sentuh Hasya!" Hasya menolak Noah jauh darinya.

" Ala sayang... Abang gurau je. Mata sayang lagi cantik tau dari abang."

Hasya buat mata ke atas. Sengajalah tu nak bodek Hasya agar tak merajuk. Hasya tersenyum sinis. Ada baiknya dia pura-pura merajuk. Bagi Noah struggle nak pujuk dia. Rasakan!

" Hasya tak suka abang. Mata abang dan semua berkaitan abang."

Noah buat muka sedih. Pakej mahu memujuk Hasya dilakukannya. Bibir dilipat dengan jari telunjuknya dimain. Gaya memujuk habis!

Hasya mengemam bibir menahan ketawa bila Noah menyengetkan kepalanya buat muka comel. Mahu saja dipelangkung si Noah ini. Sengaja tak nak bagi dia merajuk lebih. Ish! Bencilah macam ni.

" Kalau tak suka... Kita tak ada Helena tau."

Hasya sembunyi senyum. Tak lama laju tangannya memukul Noah. Terjerit Noah bila tubuhnya dipukul. Sakit wo!

" Sabar sayang, abang tahu sayang marah tapi janganlah pukul abang. Sakit tau."

" Biarkan! Rasakan! Nak sangat bergurau sangat kan?"

Hasya jeling tajam sang suami yang sudah tersengih panjang itu. Terjerit kecil Hasya bila tubuhnya sudah dicempung Noah.

" Abang turunkan Hasya!"

Tubuh Hasya diletakkan di atas katil. Tak sempat Hasya bangun, Noah sudah menindih tubuhnya. Terpejam rapat mata Hasya bila dahinya dicium lama oleh Noah.

" Tak payah nak feeling sangat. Jom masakkan untuk abang. Abang lapar!"

Noah tak tunggu lama, terus kakinya dihayun laju menuruni tangga ke tingkat bawah. Tawa kuat keluar dari bibir Noah bila jeritan Hasya kedengaran dari tingkat atas.

" Abang!!!"

" Ye sayang?" Laung Noah dari tingkat bawah.

Noah menggeliat kegelian bila lehernya dimain Hasya. Sengaja dia tercegat berdiri dekat dengan tangga agar senang untuk Hasya menangkapnya.

" Sayang cukuplah..." Noah merengek manja bila lehernya dicekik Hasya.

Hasya ketawa senang. Tubuhnya melayang buat Hasya laju mencubit pipi Noah. Geramnya pada Noah. Hasya menggeliat kegelian bila mukanya digomol manja. Alhamdulilah... Dia bahagia dengan Noah. Semoga bahagia akan kekal bersamanya. Amin...

Tamat HAHAAHHAA untuk yg bertanya siapa laki yang simbah asid dekat Ina tu sebenarnya lelaki yang minat dekat Ina dari dulu. Dia berdendam. Kerana itu sampai simbah asid. Sekian dari author. Tq untuk semua yg sudi membca. I love you gaisss

Mr Devil ( MD ) ( Complete )Where stories live. Discover now