Bab 14

2.3K 93 34
                                    

Ina mendecit tidak suka. Dihempas kuat bakul berisi pakaian penuh. Tidak cukup itu, dikebas kuat baju yang dia nak jemur. Memberontak melalui perbuatan. Ish!

" Hasya pun satu, kau kahwin dengan Noah kenapa? Tengok aku kena buat kerja rumah semua. Kalau kau ada boleh buat semua ni, ni tak! Aku pulak yang kena buat!" Bebel Ina tidak puas hati.

Ramlah bercekak pinggang mendengar bebelan daripada anak perempuannya itu. Mulut tak boleh senyap. Dari tadi berbunyi saja. Tak puas hati bila kena buat kerja.

" Kau tak boleh buat kerja elok-elok ke? Bebel je tahu! Hasya mana ada bebel macam kau. Aku tak suruh pun, Hasya pandai buat sendiri. Aku suruh sikit pun dah mengeluh! Anak jenis apa kau ni." Mulalah si ibu membandingkan anak kandung dengan anak tirinya.

Ina turut bercekak pinggang. Dilihat muka Mamanya itu dengan penuh meluat. Hasya je selalu. Tak boleh ke nama si Hasya tak guna tu tak disebut? Sakit telinga aku dengar!

" Kalau macam tu Mama telefon Noah. Mintak Noah bawak pulang Hasya ke sini. Baru senang Mama nak buli Hasya. Selama ni bukan main mulut Mama fitnah itu ini pada Hasya. Sekarang nak puji pulak? Dah sayang Hasya ke?" Perli Ina tanpa berlapik. Mencerlung tajam mata Ramlah dengan semua kata dari Ina.

" Kau cakap elok-elok dengan aku, Ina. Aku ini ibu kandung kau. Mana hormat kau pada aku? Hasya pun tak pernah tahu cakap dengan aku macam ni."

Ina menggeleng. Panas hati terasa bila nama Hasya disebut lagi dicampur pulak dengan cuaca yang panas terik sebegini. Lagilah buat Ina panas.

" Mama nak sangat Hasya kan? Ambillah! Mama ingat Ina tak tahu Mama arahkan Noah supaya buli kak Hasya? Entah-entah rancangan Mama suruh Noah rogolkan si Hasya tu."  Tanpa takut Ina membongkarkan semua rahsia.

" Ina!" Jerkah Ramlah kuat melantun.

Garang mata Ramlah melihat ke arah Ina yang buat muka tak tahu akan jerkahannya itu.

" Jadi ini semua kerja korang berdua ya?!" Garang suara Ammar kedengaran.

Tajam bagai seekor burung helang yang mahu makan mangsanya saat ini. Mengigil hebat tubuh Ramlah pusing tubuh mengadap sang suami.

" No-noah." Terselit gagap akan bicara itu.

Takut menyelubungi diri. Adakah Noah sudah membocorkan semua hal sebenar? Andai benar, matilah dia! Ina pun satu, mulut terlalu lembik sampai semua kebenaran dibocorkan olehnya.

" Betul ke apa yang Ina cakap tadi?"

Ramlah mengetap kuat giginya. Dikepal erat penumbuknya menunjukkan rasa marahnya saat ini.

Tidak lain dan tidak bukan, pasti Noah sudah memberitahu akan hal sebenar pada Ammar. Lihat saja muka itu sudah beriak tegang dan keruh sekali.

Ditambah lagi dengan Ina yang sudah membocorkannya. Memang Ramlah tak boleh nak lari keluar dari perangkap soalan ciptaan sang suami.

" Memang! Memang Ramlah dan Ina yang fitnah Hasya semua agar abang membencikan Hasya. Setiap hari nama Hasya saja yang Papa sebut. Ramlah bosan. Tahu tak!" Hambur Ramlah dengan penuh perasaan.

Ammar menarik nafas panjang. Menstabilkan balik rasa yang bercampur baur dalam hatinya. Berdosanya dia sebagai bapa telah menuduh Hasya bukan-bukan.

Sementelah sudah lebihkan Ina berbanding anak sendiri gara-gara fitnah daripada sang isteri. Astaghfirullahalazim... Berdosanya aku!

Ammar menapak merapati sang isteri sebelum dibisikkan sesuatu pada Ramlah.

" Aku ceraikan kau dengan talak satu."

Mr Devil ( MD ) ( Complete )Where stories live. Discover now