Hasya pandang aneh pada sang suami yang tersenyum sejak tadi. Gaun cantik berwarna merah pemberian sang suami juga dipakainya manakala Noah memakai kot dengan kemeja berwarna merah. Sangat sempurna!
Lengan kekar si Noah yang sedang mengawal stereng dipandang kejap. Air liur ditelan payah. Walaupun Noah tidak menggodanya tapi kenapa Hasya jadi tergoda?
" Sayang..."
Hasya sudah tidak keruan bila tangannya dipegang Noah. Bibir dikemam rapat. Mudahnya dia tergoda sedangkan dia tidak sepatutnya rasa sebegini. Takut diterkam Noah sebelum sampai ke tempat kejadian.
" Abang pandulah kereta. Tak payah pegang tangan Hasya." Hasya cuba melepaskan tangan Noah tapi sayang lelaki itu makin erat mengenggam tangannya.
" Nak pegang jugak."
" Suit yourself." Hasya buat muka. Laju tangan panjang Noah mencubit pipi debab itu. Geram! Marah pun cantik!
" Apa cubit-cubit ni. Sakit tau!" Hasya menggosok pipinya. Sakit jugak cubitan sang suami. Sengaja bikin dia marah. Ish!
Kereta diberhentikan. Hasya pandang aneh bila sang suami sudah berhenti di sebuah dewan yang boleh tahan mewahnya. Nak cakap ada orang kahwin macam tak aje.
Ditambah lagi tak ada manusia di luar dewan. Kalau dalam sesuatu perkahwinan pasti ada orang kan? Penjaga ke apa. Tapi ni tak ada langsung.
Tak sedar Hasya yang Noah sudah bukakkan pintu untuknya. Terkerdip-kerdip mata Hasya bila tangannya digenggam erat dan diheret keluar dari kereta.
" Jom kita masuk sayang." Satu tangan dibawa cekak pinggang.
Hasya memegang erat lengan sang suami. Sementelah mata itu meliar ke kiri dan ke kanan mencari akan sesuatu. Kaki Noah yang berhenti secara tiba-tiba buat kerutan pada dahi Hasya kelihatan.
" Kenapa berhenti?" Soal Hasya pelik.
" Abang nak pergi tandas sekejap. Boleh sayang masuk dulu?"
" Tapi kenapa tak masuk tandas dalam dewan saja?" Hasya cuba mencari akal agar Noah tidak meninggalkan dia.
" Orang ramai dalam dewan ni. Kan majlis kahwin ni. Abang tak suka kalau ada orang ramai. Sesak. Susah nak bernafas." Noah memberi alasan yang baik.
Hasya takut-takut lihat ke arah pintu dewan yang masih belum terbuka itu. Takut nak masuk sebenarnya tapi muka Noah terlalu mengharap buat Hasya terpaksa mengangguk kepalanya.
" Okay. Hasya masuk. Tapi abang pergi tandas cepat sikit tau. Hasya takut duduk dalam sorang-sorang."
Noah mengangguk. Dicium tepi kepala Hasya sebelum langkahnya dibawa ke tempat yang dia ingin tujui. Hasya menghantar bayang pemergian sang suami dengan kerlingan mata.
Hembusan nafas kasar dilepaskan. Dengan bismillah Hasya masuk ke dalam dewan. Lain macam dirasa bila dewan yang dia masuk tidak ada lampu. Atau mentol yang rosak?
Setapak Hasya bawa kakinya ke depan dengan perasaan takut. Sekuntum bunga berwarna merah automatik menyala lampu berwarna merah. Mencerah pada di depan dan belakangnya.
Hasya menekup mulutnya dengan tangannya. Terkejut dan semua perasaan bercampur baur dalam hatinya.
Hasya majukan lagi setapak, warna biru pula yang menyala dengan bunga yang sama tapi kali ini pada belah kanan dan kirinya.
Dan untuk setapak lagi, maka semua lampu sudah terbuka dengan warna yang berlainan pada sekitarnya. Begitu cantik bagai dia ada di sebuah taman yang dipenuhi taman-taman bunga.
" A-apa semua ni?"
Hasya sudah teresak sendiri. Tidak cukup kejutan itu, sebuah biola dimainkan sangat merdu. Bayang seorang lelaki yang sedang berjalan ke arahnya dari tangga atas menjadi santapan Hasya.
" A-abang..."
Noah tersenyum manis sambil tangan itu setia bermain biola. Setiap langkah lelaki itu ditemani dengan lampu bunga cantik berwarna warni. Amat mengagumkan Hasya.
" Do-"
Belum sempat Noah menghabiskan kata, Hasya sudah memeluk erat tubuhnya dengan esakan yang sudah tidak kunjung henti. Basah habis kot yang dipakai Noah. Airmata Hasya sudah penuh pada baju Noah.
" Hey babygirl... Kenapa ni?" Diusap lembut kepala sang isteri.
Pinggang Hasya dirangkul erat. Lembut dahi licin itu diciumnya. Lama. Terpejam rapat mata Hasya menerima ciuman syahdu itu. Syahdu dirasai.
" I love you babygirl..."
Hasya mengangguk perlahan. Dibiarkan saja jarak rapat diantara dia dan Noah. Sungguh Hasya gembira. Gembira dengan semua ini.
" I have something for you baby..." Noah mengeluarkan rantai di dalam poket kotnya. Dipakaikan rantai pada leher Hasya.
Hasya tergelak kecil.
" Noah Babygirl."
Noah mengangguk dengan kening mahalnya yang ternaik. Sengaja dia mengukirkan itu agar Hasya tahu yang dia hanyalah milik Noah saja bukan milik orang lain.
" Sweetlah abang ni." Dicium kedua pipi itu.
Senyuman manis terkutik di bibir. Tak pernah hilang selagi ada Noah di sisinya. Muka Noah yang sudah memerah dipandang tanpa jemu. Pasti Noah tengah malu.
" And... Ini pun untuk sayang."
Hasya sudah melompat tinggi bila sebuah kotak besar sudah terhampar di depan mata dengan bilangan coklat yang banyak. Penuh tau satu kotak! Gilalah!
" Suka?"
" Gila tak suka! Favourite Hasya tau!"
Bersinar mata Hasya memegang semua coklat yang ada. Agaknya yang mana nak makan dulu ya? Coklat Daim? Ferrero? Ke apa? Ishh sedap!
" Sayang... No..."
Noah menyimpan balik coklat yang mahu dibuka Hasya. Muka sedih Hasya dibiarkan dulu. Yang penting dia mahu tunaikan hajat yang satu lagi.
" Come."
Pinggang Hasya dipaut rapat dengannya dan dibawa keluar ke belakang dewan.
" Tapi abang, Hasya nak..."
" Ye sayang... Tahu nak coklat. Sabarlah dulu. Abang nak tunjuk something ni."
Ditutup mata Hasya dengan kain. Hasya hanya biarkan saja bila tangannya diheret Noah. Sebenarnya rasa sedih lagi sebab Noah tak bagi makan coklat. Tak tahu ke yang dia memang boleh jadi gila bila nampak coklat? Haishh...
" Langkah sikit." Arah Noah bila sudah sampai ke destinasi yang sebenar.
Hasya mengikut saja. Terdengar bunyi seperti sesuatu tetapi dia tak mampu agak apa. Jadi Hasya angkat bahu. Mungkin ada sesuatu yang Noah lakukan saat ini.
Garis halus sudah menampak bila Hasya sudah rasa lain macam. Rasa macam dia terbang pun ada. Tertanya-tanya jadinya. Kuat tangannya mahu membuka kain yang menutup matanya.
" Are you ready babygirl?" bisik Noah lembut tepat di tepi telinganya. Menggoda.
" Dah."
Noah tersenyum. Perlahan tangan itu merungkaikan penutup mata sang isteri. Muka Hasya kelihatan terkejut dan tergamam sebelum airmata itu sudah lebat menuruni pipi. Terharu tersangat.
" Abang... Cantiknya pemandangan dari bawah. Semua lampu yang menyala..." Hasya menggeleng.
Teresak sudah dia menangis. Tak sangka Noah membawanya naik belon udara panas malam-malam sebegini. Boleh dia nampak semua benda dari bawah. Sangat kecil dan comel sangat!
Noah menepuk belakang badan sang isteri. Ubun Hasya dicium sayang. Beberapa kali pipi itu menjadi sasarannya. Bersyukur Hasya suka dengan semua kejutannya.
" Papa..."
Noah tuding jari pada Ammar yang ada pada balkoni hotel sedang melambai tangan pada Hasya. Sudah ditempah hotel itu untuk Papa agar dapat menyudahkan rancangannya.
Hasya membalas lambaian itu. Hasya memejam rapat matanya. Berdoa dalam hati yang dia betul-betul bersyukur dengan semua ini. Hangat dahinya dicium Noah. Ya Allah terima kasih...
Maka tamat sudah cerita ini. Tq utk semua yg sudi bca cerita yg tk seberapa ini. Hehehe
YOU ARE READING
Mr Devil ( MD ) ( Complete )
RomanceHasya mengetap beberapa kali bibirnya. Perutnya berlapik baju diusap beberapa kali. Lapar dirasai tapi untuk memasak, Hasya sendiri tidak berani. Macam mana nak berani kalau hubungan dia dengan Noah selalu macam anjing dan kucing? " Asal usap perut...