Bab 4

2.4K 119 11
                                    

Hasya buka pintu tandas. Tangan setia keringkan rambut panjangnya dengan tuala. Hampir terjerit Hasya bila Noah ada di depan matanya saat ini. Tekupan pada mulutnya buat Hasya tak mampu nak menjerit.

" Diam sebelum aku buat benda bukan-bukan dekat kau."

Rontaan Hasya terus terhenti akan ugutan itu. Perlahan nafasnya ditarik dan hembus. Cuba menenangkan diri sendiri. Terbuntang matanya bila ingat bahawa dia hanya memakai bathrobe saja.

" Abang keluarlah. Jangan masuk bilik Hasya sembarangan." Suara Hasya macam nak menangis dah gara-gara Noah yang merenungnya dari tadi.

Noah senyum sinis. Dikerling sekilas Hasya yang pakai bathrobe saja sebelum kain gebar diambil di atas katil. Ditutup tubuh Hasya yang terdedah sekali dengan kepala Hasya. Tak nak bagi nampak rambut.

" Ubat ada atas meja. Sebelum makan ubat, pastikan turun bawah. Aku tahu kau tak makan lagi." Pesan Noah.

Tepi kepala Hasya dicium mesra sebelum kaki panjang itu keluar dari bilik Hasya. Pegun Hasya di tempatnya. Terkerdip-kerdip mata itu cuba mentafsir. Mata Noah hanya kosong merenungnya. Tak ada perasaan langsung. Gay ke apa?

Hasya alih perhatiannya pada ubat yang ada di sisi meja. Kaki menapak merapati. Kerutan pada dahi menampak bila ada nota kecil pada ubat itu.

Makan ubat. Kalau aku masuk kau tak makan, siap kau.

Hasya buat mata ke atas. Nota itu dibuang begitu saja. Dihiraukan saja ubat itu. Pakaian diambil dalam almari dan disarungkan pada tubuhnya. Usai itu, dibaringkan badannya di atas katil.

Siling ditenung lama. Keluhan berat dilepaskan. Tak tahu kenapa, sejak dua menjak ni rasa macam banyak kali jugak dia mengeluh. Manakan tidak, banyak benda yang jadi dalam hidupnya. Kuatkah dia?

" Kau kuat Hasya. Kau ada Allah. Kau jangan sedih-sedih tau. Aku percaya... Pasti ada ke-ke...bahagiaan dalam hidup kau." Bergetar suara Hasya bila mahu sebut perkataan bahagia.

Hasya tertawa sendiri. Airmata yang tiba-tiba mengalir deras dibiarkan saja. Bahagia? Masih ada lagikah sisa bahagia untuknya sedangkan kesengsaraan saja yang memenuhi hidupnya...

" Aku tak suruh kau termenung, Hasya." Tegas Noah dengan muka keruhnya.

" Abang nak apa lagi?" Hasya bangun dari pembaringannya. Lupa nak kunci pintu tadi. Haih...

" Turun sekarang." Suara diktator Noah sudah kedengaran.

Hasya buat muka. Tak nak dia turun bawah. Perlu dia hadap papa. Eh silap! Ayah. Heh! Sudah hilang rasa nak panggil Papa. Mungkin terasa gelaran Papa itu memang tidak padan buat si Papa.

" Hasya tak nak."

Hasya ketap gigi geram bila Noah selamba badak memimpin tangannya turun ke tingkat bawah masuk terus ke ruang dapur. Tadinya bising dengan gurauan dari anak beranak, kini sudah senyap tanpa apa-apa suara.

" Papa dah kenyang." Ayah tolak kerusi ke belakang manakala ibu turut melakukan hal yang sama.

Hasya kuatkan hati bila ayah dan ibu hanya buat tak tahu pada dirinya. Tak ada tegur atau sapaan suara. Pergi seperti angin yang tidak ada apa-apa bunyi.

Dalam diam Hasya memujuk diri untuk tidak terlalu mengambil hati akan kelakuan ayah dan ibu walaupun saat ini hatinya rasa sudah bengkak dengan rasa terkilan dan sedih. Teramat sangat!

Hasya cuba merungkaikan pegangan tangan Noah tapi makin kemas pulak tangan itu mengenggam tangan halusnya.

" Lepas Noah." Bisik Hasya perlahan. Cukup hanya dia dan Noah mendengarnya.

Mr Devil ( MD ) ( Complete )Where stories live. Discover now