Hasya terjaga dari pengsannya. Mata meliar ke kiri dan ke kanan. Mencari akan susuk tubuh Papanya. Diraup kasar wajahnya. Lupa bahawa dia ada di dalam bilik sendiri. Bagaimana Papa boleh wujud kalau dia sedang baring di dalam bilik sendiri?
Tak lama, bibir merah merekah itu bergetar tidak sempurna tatkala fikirannya menerewang memikirkan akan kata kesat dari Papanya tadi, automatik airmata Hasya mengalir laju. Tak dapat dia tahan lagi.
" Papa... Hasya janji. Hasya tak akan muncul depan Papa lagi sebab... Hasya akan mati."
Hasya tersenyum pedih. Perlahan kakinya dibawa ke balkoni. Palang balkoni dicengkam kuat. Dari tingkat atas dilihat ke bawah. Tinggi dan sangat menggerunkannya. Hasya takut tinggi tapi andai ini yang terbaik. Biarlah dia mati hari ini.
" Papa... Hasya pergi dulu." Mata dipejam erat sebelum...
" Kau buat apa ni!" Jerkah Noah kuat dan lantang.
Hasya meringis sakit bila tubuhnya secara tiba-tiba ditolak kuat pada palang balkoni. Tak sempat dia nak bunuh diri Noah sudah selamatkan dia. Bila Noah masuk? Tak dengar pun bunyi pintu dibuka.
Raut wajah kacak Noah sudah menampak tegang. Terlakar riak tidak puas hati pada muka itu. Begitu marahkan Hasya yang cuba membahayakan diri sendiri.
" Apa abang cuba buat ni? Lepaskan Hasya! Abang keluarlah! Hasya benci abang!" Halau Hasya kasar. Tanpa berlembut. Dengan Noah nak berlembut?
Memang taklah! Dia bencikan Noah. Benci sangat-sangat!
Ditolak kuat tubuh Noah yang sudah rapat dengannya tapi sayang seribu kali sayang lelaki itu lagi bijak mengeraskan tubuhnya sehingga Hasya tak dapat menolak lelaki itu.
" Aku tak akan keluar dari sini. Never! Kau ingat aku tak tahu kau nak bunuh diri? Hah!"
Hasya mengetap kuat giginya. Geram!
" Memang! Memang Hasya nak bunuh diri. Kenapa? Salah?!"
Hasya menentang tajam anak mata Noah. Ditolak kuat dada lelaki itu agar menjauh darinya dan ia berhasil. Dia bencikan Noah!
" Memang Hasya nak bunuh diri? Untuk apa Hasya hidup kalau semua orang sudah bencikan Hasya?"
Noah menarik kuat tangan Hasya bila Hasya masih bertegas mahu membunuh diri. Ditolak kuat tubuh itu sekali lagi pada palang balkoni. Tak kesah kalau pinggang itu sakit, yang Noah kesah bila Hasya nak bunuh diri!
" Kau jangan harap aku akan benarkan kau bunuh diri."
" Kenapa dengan abang ni? Huh?!"
Airmata Hasya sudah bergenang. Entah kenapa dia rasa cengeng sangat hari ini. Mungkin disebabkan masalah yang melanda dirinya buat dia jadi sebegini. Hasya tak kuat... Sumpah!
" Abang..."
Anak mata Hasya menikam tepat pada mata biru laut milik Noah. Hanya beku reaksi lelak itu dengan pandang kosong dihulurkan padanya.
" Apa yang abang cuba buat ni?"
Hasya membiarkan manik-manik halus menitis di setiap penjuru raut wajahnya tanpa dikesat. Biarlah airmata menjadi saksi kelemahan dia untuk hari ini.
" Abang tahu tak Hasya terseksa dengan semua ni? Kenapa halang Hasya nak bahagia dengan Amran? Hasya dah tak ada sesiapa, abang. Papa dah pinggirkan Hasya termasuk Ina dan Mama. Apa lagi yang abang nak?" Lemah suara itu menuturkan kata. Sudah tidak mampu bertahan akan rasa hatinya yang makin menggebu sakitnya.
Jeda.
Hanya bunyi angin yang menderu meniup di segenap ceruk pipi Hasya yang sudah penuh dengan airmata.
" Sekarang... Amran pun pasti akan menjauhkan diri daripada Hasya."
Hasya mengeluh kuat. Badan dipusing melihat pemandangan di sekitar rumahnya.
" Siapa lagi tempat Hasya untuk mengadu?"
Noah hanya diam mendengar. Dalam diam hati lelaki itu sudah panas bila nama Amran disebut Hasya. Bibir diketap kuat. Damn it!
"Tak boleh ke... Sekali ini saja abang bagi Hasya hidup tenang dan bahagia dengan Amran? Susah sangat ke permintaan Hasya?"
" Aku tak benarkan!" Laju Noah membantah.
" Hasya tak perlukan keizinan abang." lawan Hasya tanpa gentar.
Hasya senyum tawar bila dia nampak Amran duduk di pondok kecil di luar rumah sambil bermain gitar. Pasti sweet kalau dia dan Amran duduk berdua di sana.
" Anyway..."
Hasya mengambil nafas panjang sebelum dihembus lembut.
" Hasya tak akan kahwin dengan abang. Hasya akan kahwin lari dengan Amran."
" Amran!" Hasya memanggil Amran dari tingkat atas balkoni.
Serentak Amran menoleh dan Hasya lelah apabila bibirnya menjadi sasaran Noah. Ditolak kuat tubuh itu menjauh tapi masih juga lelaki itu meneruskan kerjanya dan untuk kesekian kalinya Hasya menangis.
Menangis apabila Hasya nampak Amran sudah tiada pada pondok tadi. Bibirnya dilap kasar dengan lengan bajunya. Jijik bila bibirnya telah disentuh Noah. Berkaca mata Hasya melihat Noah yang sudah tersenyum sinis padanya.
" Hasya benci abang! Hasya-"
Terdiam Hasya bila bibirnya menjadi sasaran Noah untuk kali kedua. Bertubi-tubi dada lelaki itu ditumbuknya. Melampiaskan marahnya pada Noah.
" Abang pergilah! Pergilah dari hidup Hasya! Hasya-"
" Kau jangan berani sebut perkataan tu lagi. Jangan sampai aku diamkan bibir kau."
Terdiam seribu bahasa Hasya. Bergetar bibir itu. Kejamnya Noah melakukan dia sebegini. Apa salah Hasya sehingga diperlakukan sebegini?
" Kalau kau berani kahwin dengan si jantan tak guna tu..."
Noah merangkul erat pinggang Hasya. Senyuman sinis meniti di bibir lelaki itu. Suka melihat airmata Hasya yang sudah mengalir seperti air sungai. Dari tadi menangis hanya disebabkan perbuatannya. Hahaha kejam kan?
" Aku tak akan teragak-agak buat lagi teruk dari apa yang aku buat sekarang." Keras Noah berbisik.
" Behave sayang..." Dengan mesra kedua pipi Hasya dikucup Noah.
Hasya menolak kuat lelaki itu tapi tenaganya tidak setanding dengan tenaga lelaki itu. Hasya mengigit bibirnya. Hasya tak nak menangis tapi kenapa airmatanya dari tadi turun? Ya Allah...
" Kalau kau tak buat hal... Aku takkan keluar devil aku tapi kalau kau buat hal... Aku tak janji."
Hasya hanya mendengar. Untuk membalas dia pun tidak mampu buka mulut. Bibir dan tubuhnya sudah menggeletar takut. Takut pada lelaki yang bernama Noah.
" Kenapa buat Hasya macam ni?"Soal Hasya dengan tangisan yang makin menjadi-jadi.
Noah menyungging senyuman sinis akan persoalan daripada Hasya. Tepi wajah cantik itu dipegang erat. Walaupun ditepis tapi Noah buat dunno saja.
Dirapatkan muka mereka berdua. Tawa sinis keluar dari bibir Noah bila Hasya mengelak. Sengaja Noah buat macam tu sebab dia dah tahu yang Amran tengah tengok akan perbuatan dia pada Hasya saat ini. Padan muka!
" Aku nak babygirl aku... Jadi milik aku. Tu je." Tepi kepala Hasya dicium Noah.
Hasya terkedu. Pipinya diusap seketika sebelum tubuh sasa milik Noah keluar dari biliknya. Babygirl? Siapa?
Mcm mn for this bab? Nk tendang ke nk sepak? HAHAHAHHA
YOU ARE READING
Mr Devil ( MD ) ( Complete )
RomanceHasya mengetap beberapa kali bibirnya. Perutnya berlapik baju diusap beberapa kali. Lapar dirasai tapi untuk memasak, Hasya sendiri tidak berani. Macam mana nak berani kalau hubungan dia dengan Noah selalu macam anjing dan kucing? " Asal usap perut...