Hasya membasuh mukanya. Dari tadi dia muntah. Pucat lesi muka. Hasya memaut tangannya pada kerusi untuk berjalan. Pening kepalanya kerana banyak kali muntah.
" Babygirl..."
Hasya hanya membiarkan saja pinggangnya dirangkul erat oleh sang suami. Dahi Hasya dikucup seketika. Rambut Hasya disebak ke belakang.
" Okay tak ni? Nak pergi klinik?" Risau Noah menyoal.
Manakan tidak risau, sejak dia pulang tadi Noah dengar Hasya muntah. Cepat kakinya masuk ke ruang dapur. Makin menggebu risau Noah bila muka Hasya sudah pucat lesi tidak berdarah.
" Hasya tak tahu abang... Hasya tiba-tiba muntah. Sebelum abang keluar tadi pun Hasya muntah." Hasya sudah tersebik nak menangis.
" Shhh... Jangan nangis. Kita pergi klinik ya?" Noah memujuk.
Hasya mengangguk. Dilentokkan kepalanya pada dada sang suami bila tubuhnya dicempung Noah. Walaupun muka Noah nampak biasa-biasa saja tapi terselit akan kerisauan dari raut wajah kacak itu.
Noah memboloskan diri masuk ke dalam kereta usai menutup pintu. Menderum laju kereta itu keluar dari rumah banglonya.
" Sayang ada makan apa-apa makanan mengarut ke tadi?" Sambil mengawal stereng tangan Hasya diusap dan dikucupnya.
" Tak ada. Hasya makan makanan yang abang masak je."
Noah mengangguk kecil. Helaan nafas lega keluar dari bibir bila sudah sampai ke klinik. Dalam beberapa minit saja untuk sampai kerana jarak antara rumahnya dan klinik begitu dekat.
" Elok-elok sayang."
Hasya buat muka. Bukannya dia sakit serius sampai perlu ambil berat sebegini sekali. Hasya menarik geram pipi sang suami.
" Abang, Hasya muntah dan pening kepala saja. Bukannya sakit teruk."
" Teruk tak teruk abang tetap nak sayang jaga langkah. Kalau tiba-tiba jatuh macam mana?" Noah cekak pinggang manakala Hasya buat mata ke atas.
Terbuntang mata Hasya bila bibirnya menjadi sasaran Noah. Nafas lelah ditariknya. Dipukul manja dada Noah. Tempat awam pun perangai gatal lelaki itu masih ada. Apalah!
" Abang tahu tak kita ada dekat mana ni?"
Noah hanya tertawa sinis bila muka cantik Hasya sudah cemberut seribu. Digenggam erat tangan Hasya masuk ke dalam klinik milik kawan baiknya itu. Selamba badak Noah masuk ke dalam bilik kawan baiknya itu tanpa salam.
" Hoi! Salam mana?"
" Assalamualaikum."
Noah tersengih dengan muka memerah. Termalu sendiri bila dia lupa memberi salam. Sergah macam tu saja si Hana ini. Mana tidak marah!
" Waalaikummusalam." Doktor Hana membaiki kedudukan kaca matanya.
Muka meluat dipamer untuk Noah bila lelaki itu selamba badak duduk. Tak izin lagi duduk tapi dah duduk. Labu betul!
" Asal datang sini? Kau sakit apa?" Kasar Doktor Hana menyoal.
Hilang terus perangai doktor lemah lembutnya bila berdepan dengan Noah. Biarlah. Lagipun memang dia berkawan baik dengan Noah. Tak perlu nak segan bila cakap kasar. Hahaha
" Kesayangan aku ni. Muntah dari pagi tadi. Aku risau jugak kalau jadi apa-apa." Belakang kepala Hasya diusap lembut.
Hana mengangguk.
" Hai. Kenalkan. Saya Doktor Hana." Hana memperkenalkan diri.
Hasya menyambut huluran salam perkenalan Doktor Hana dengan baik. Senyuman manis dihulur buat doktor cantik itu. Sporting saja Doktor Hana dalam bercakap walaupun kedengaran kasar.
![](https://img.wattpad.com/cover/248011370-288-k977369.jpg)
YOU ARE READING
Mr Devil ( MD ) ( Complete )
RomanceHasya mengetap beberapa kali bibirnya. Perutnya berlapik baju diusap beberapa kali. Lapar dirasai tapi untuk memasak, Hasya sendiri tidak berani. Macam mana nak berani kalau hubungan dia dengan Noah selalu macam anjing dan kucing? " Asal usap perut...