Bab 11

2.5K 119 6
                                    

Hasya duduk bersila di dalam bilik. Otaknya tak mampu proses yang saat ini yang kakinya sudah masuk ke dalam rumah banglo milik Noah. Tak percaya tapi itulah hakikatnya.

Selepas saja akad nikah dilafazkan, terus Papanya memberi amaran agar dia tidak pulang ke rumah.

" Kau jangan pernah jejak kaki ke rumah aku lagi. Kau dah jadi isteri Noah. Hormat Noah and jadi isteri yang baik."

Senyuman tipis dihulur buat diri sendiri. Semestinya senyuman pedih. Pedih bila semua ini berlaku sekejap saja. Masih tidak dapat Hasya percaya yang dia sudah berkahwin dengan Noah baru beberapa jam tadi.

Masih terngiang-ngiang namanya disebut Noah ketika akad nikah tadi. Baju pengantin yang dipakainya dipandang sayu. Sudah pasrah dengan kehidupannya.

Hasya redha dengan segala terjadi dalam hidupnya. Boleh cakap dia putus asa. Putus asa untuk meneruskan hidup. Keluhan berat dilepaskan lagi. Cepat Hasya beristighfar bila dia mengeluh banyak kali hari ini. Berdosanya aku!

Hasya memejam seketika matanya sebelum dibuka perlahan-lahan.

" Anything happen in my life..."

Hasya tarik nafas panjang dan hembus lembut.

" Aku redha."

Hasya senyum tipis. Kali ini dia perlu terima takdir yang menyatukan dia dah Noah. Mungkin ada hikmah. Hasya kena percaya akan percaturan Allah. Allah dah susun baik dah!

Bunyi pintu dikuak menghilangkan lamunan Hasya. Hasya mengemam rapat bibirnya bila derapan kaki kedengaran dekat dengannya. Pasti Noah!

Baju pengantin yang dipakainya diramas beberapa kali menghilangkan gundah bila Noah sudah duduk di sebelahnya. Ombak sudah bergelora dalam hati. Berdebar tidak sempurna!

" Tolong tanggalkan butang baju aku." Arah Noah padanya.

Hasya telan air liur payah. Perlahan-lahan kepalanya panggung pada Noah yang sejak tadi pandangnya. Isyarat mata garang diberi Noah buat Hasya laju mencari butang baju melayu Noah. Tangan dipanjangkan pada butang baju melayu Noah.

" Dekat sikit."

Hasya mengesot perlahan ke depan. Tak nak terlalu dekat dengan Noah tapi yang buat Hasya geram...

" Dekatlah sikit lagi. Kau nak aku tolong dekatkan ke? Kalau aku tolong jadi benda lain nanti." Suara garang Noah sudah keluar.

Dalam keterpaksaan, Hasya mengesot ke depan. Betul-betul rapat sehingga kaki Hasya yang bersila kena pada paha Noah.

" Susahlah kau ni!" Noah sudah merengus tidak puas hati.

Noah penuh selamba mengangkat Hasya duduk di atas pahanya. Terjerit kecil Hasya bila tubuhnya terasa melayang seketika.

Mukanya betul-betul mengadap muka kacak Noah. Dapat Hasya rasai kehangatan nafas lelaki itu kena pada mukanya dan dapat Hasya lihat mata biru cantik itu dalam jarak dekat. Cantiknya...

" Cepatlah! Yang duk tenung muka aku lagi kenapa? Aku tahulah aku handsome." Noah mengangkat bakul sendiri.

Hasya mendecit geram. Terketar-ketar tangan itu menanggalkan butang Baju Melayu Noah. Detakan debaran makin terasa bila Noah dengan sengaja meniup mukanya.

Terpejam rapat mata Hasya menahan rasa. Hasya mengetap kuat giginya. Tawa sinis kedengaran keluar dari bibir Noah. Suka bila Hasya kelihatan sudah tidak tentu arah.

" Jangan tiup muka Hasya tak boleh ke?"

" Why should i?" Noah angkat kening sambil itu tangan Noah bermain di tepi muka Hasya.

Hasya tarik nafas dan hembus. Menstabilkan rasa yang bercampur baur dalam hatinya. Laju jantungnya berdegup sepertinya dia berlari marathon seratus meter tadi.

Tak mampu Hasya meneruskan butang yang terakhir bila Noah sudah menyengetkan kepalanya. Sudah tahu akan niat si Noah. Laju Hasya turun dari paha Noah.

" Ha-hasya na-nak ma-mandi. Bye." Terselit gagap dari bicara Hasya. Malu!

Tergopoh-tergapah Hasya masuk ke dalam bilik air. Pintu kamar mandi dihempas perlahan. Tubuh dibawa menyandar di belakang pintu. Dadanya dipegang. Makin kuat rasa aneh ini terasa bila Noah bersamanya.

" Cepat sikit mandi. Aku nak mandi pulak!" Laung Noah dari luar bilik.

Hasya diam tanpa bersuara. Entah kenapa terasa bibirnya berat untuk menyahut. Semua rasa bercampur baur sehingga dia sendiri tak dapat mengawal akan diri sendiri. Apa kena dengan Hasya ni?

" Mandi Hasya, kau termenung apa lagi?" Suara Noah melantun kuat melaung dari luar bilik.

" Ha ye." Baru suara emas Hasya keluar.

Dalam beberapa minit, Hasya baru siap mandi. Hasya sudah tak senang duduk. Tak ingat yang dia tak bawak apa-apa saat masuk tandas tadi.

" Abang..." Seru Hasya lembut.

" Nak apa?" Kasar Noah menyahut di sebalik pintu.

Sengihan jahat tersungging di bibir. Tahu yang Hasya tak bawak apa-apa ketika nak mandi tadi dan sengaja jugak dia ambil tuala bersaiz kecil untuk kenakan Hasya. Hahaha

" Ha-hasya lupa nak bawak tuala tadi. Abang tolong ambilkan tuala Hasya boleh?" Pinta Hasya.

" Kau nak aku hulur macam mana? Pintu bilik air pun kau tak bukak."

Hasya gelisah tidak menentu. Boleh percaya ke Noah tidak akan masuk ke dalam bilik air? Hasya takut kalau Noah ada rancangan nak kenakan dia. Aduh!

" Tapi abang..."

" Tak bukak aku tak bagi tuala."

Hasya berdecit geram. Perlahan-lahan pintu dibuka. Terjengul kepalanya di sebalik pintu tandas. Dilihat Noah sudah ada di depan pintu tandas dengan senyuman penuh misteri.

" Nah tuala."

Hasya terasa mahu pelangkung si Noah tika ini. Ada ke patut dia bagi tuala kecil padanya.

" Mana boleh pakai kalau tuala macam ni."

" Boleh."

Hasya jeling tajam Noah yang sudah buat muka penuh makna. Tahu sangat gatal lelaki itu. Kalau tak gatal dalam sehari tak boleh!

" Meh aku pakaikan untuk kau."

Hasya menghentak beberapa kali kakinya. Mukanya cemberut. Tidak puas hati dengan Noah. Ada ke bagi tuala kecil. Tu untuk letak atas kepala tika demam jelah! Bukan untuk pakai. Ish!

" Abang, Hasya serius ni."

" Aku seriuslah ni."

Hasya sudah mahu tersebik menangis bila Noah mahu masuk ke dalam bilik air. Ditahan sebaik mungkin agar lelaki itu tidak masuk.

" Abang janganlah. Hasya nak menangis ni." Suara Hasya sudah kedengaran lain.

Helaan nafas lega keluar dari bibir Hasya bila Noah tidak jadi masuk ke dalam bilik air. Gelak sinis dari lelaki itu buat Hasya mahu bunuh Noah saat ini. Sabar Hasya!

" Nah, pakai cepat. Kau lambat satu minit aku masuk."

" Tak aci."

" Sepuluh..."

Hasya mendengus geram. Dihempas kuat pintu tandas. Geramnya pada Noah. Mahu saja dia pukul si Noah itu. Nasib baik dia masih waras lagi. Kalau tak, memang dah kena!

" Kalau bukan sebab pukul suami berdosa, memang aku dah pukul kau tau!" Bebel Hasya geram. Cukup perlahan tapi sayang...

" Aku dengar!"

Lekas-lekas Hasya memakai tuala. Berbisa jugak telinga si Noah sampai boleh dengar sedangkan dia cakap perlahan saja. Uishh menakutkan!

Suka tak Noah versi ni?

Mr Devil ( MD ) ( Complete )Where stories live. Discover now