Bab 12

2.6K 102 31
                                    

Hasya mengetap beberapa bibirnya. Perutnya berlapik baju diusap beberapa kali. Lapar dirasai tapi untuk memasak, Hasya sendiri tidak berani. Macam mana nak berani kalau hubungan dia dengan Noah selalu macam anjing dan kucing?

" Asal usap perut? Dah mengandung ke?"

Hasya jeling tajam Noah yang sedang menaip pada meja kerjanya itu. Dah suruh Noah alih supaya letak meja kerja di bilik lain tapi Noah tetap nak letak dalam bilik sendiri. Katanya senang nak awasi Hasya. Nak awasi untuk apa? Hampehlah!

" Bukan... Hasya laparlah abang. Dari tadi tak makan lagi."

" Okay. Laparlah dulu. Lima jam nanti baru aku bagi makan."

Uishh kejam!

Hasya menjeling tajam Noah yang masih buat kerja. Bibir dilipat. Sedih sebenarnya bila tak dapat makan padahal dia memang lapar sangat dah ni. Alahai bertabahlah Hasya.

Bunyi seretan kerusi ditolak ke belakang buat Hasya angkat kepala pandang Noah.

" Nak pergi mana?"

" Dapur. Nak buat air kosong. Nak?"

Hasya mendengus kasar. Bayang Noah yang sudah keluar dari bilik menjadi santapan Hasya. Hasya menekup mukanya pada tilam katil. Mahu menangislah macam ni. Sampai hati Noah buat dia lapar macam ni... Bencilah Noah!

" Hasya benci abang!" Gumam Hasya beberapa kali.

Hasya bangun daripada katil. Gatal tangannya untuk menganggu Noah. Boleh conteng kertas kerja pun dah kira okay bagi Hasya. Biar rasa!

Hasya mengerling pintu. Pintu ditutup rapat. Kaki diangkat menapak rapat ke meja kerja Noah. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Dilihat isi di dalam laptop. Kepala diangguk. Boss besar dalam perkapalan rupanya patutlah kaya kebenor!

" Apa yang aku nak buat eh?" Hasya merenggangkan tangannya. Menggeliat sikit. Sedia nak buat kerja jahatnya.

Laci kerja sang suami dibuka. Kerutan di menampak pada dahi bila ada sebuah sampul surat yang boleh tahan besar jugak. Tertera 'My babygirl' pada depan sampul surat itu bersaiz kertas A4. Dicapai dan dibuka pelekat itu. Laju tangannya mengeluarkan semua isi. Bergetar hebat bibir Hasya.

" Apa semua ini?" Gumam Hasya perlahan.

Semua gambar curi ditangkap lelaki itu. Airmata yang tidak dipinta terus-menerus mengalir di setiap sudut wajah cantik Hasya. Satu helai kertas yang berlipat dibuka dengan tangan terketar-ketar.

For my babygirl...

Aku Noah. Lelaki yang boleh tahan kejam dan jahat.. Yeah itu memang diri aku. Persoalannya... Layakkah aku untuk perempuan sebaik Hasya?

Andai dapat diputar masa... Aku mahu menjadi yang terbaik untuknya. Aku terpaksa menjadi lelaki yang paling jahat demi arah Mama padaku.

Aku terpaksa tunjuk perangai devil agar aku dapat memiliki dia. Aku tahu Hasya pasti bencikan aku atas sebab aku memperkosanya tapi aku buat semua itu kerana cemburu. Aku cemburu bila Hasya rapat dan bergembira dengan Amran sedangkan aku? Hasya tak pernah jadi sebegitu. Teruk sangat ke aku ni? Aku mengeluh lagi. Aku harap kau mengeluh sekali.

Hasya gelak kuat. Airmata dikesat perlahan sebelum dia meneruskan bacaannya.

Andai aku pinang dia secara baik... Terimakah dia? Aku akui yang aku mempunyai sikap baran dan cemburu buta tapi... Aku betul-betul sayang kau, Hasya. Kenapa kau lebih memilih Amran daripada aku? Andai aku pinta akan sebuah kemaafan... Mahukah engkau hulurkan Hasya?

Hasya mengangguk dengan airmata yang sudah penuh. Tak mampu dia kesat. Esakan sudah terhambur kuat dengan sendu. Bercampur baur perasaannya.

" Hasya maafkan abang. Always" Bibir itu dengan ringannya mengucapkan kata maaf.

Mr Devil ( MD ) ( Complete )Where stories live. Discover now