Bab 9

2.3K 108 38
                                    

" Noah nak kahwin dengan Hasya." Keputusan muktamad dibuat Noah.

" Noah!" Jerkah Ramlah kuat.

Ramlah yang baru turun dari tangga itu laju menerpa ke arah Noah diikuti Ina yang ada di sebelah Mamanya tadi. Ramlah sudah berdiri tepat di depan mata Noah.

" Apa kau cuba buat ni Noah? Ha! Kau tahu tak budak ta-"

" Mama boleh diam tak? Ni urusan Noah dan Papa. Bukan urusan Mama. So..." Penuh kurang ajar Noah tuding jari pada sofa yang ada beberapa meter darinya.

" Mama duduk atas sofa sana and shut up. Okay?" Noah senyum sinis bila muka Mama dan Papa tirinya sudah tegang semacam. So what? I don't even care about it!

" Papa tak ajar Noah jadi kurang ajar macam ni?! Hormat sikit orang tua!" Tekan Ammar dengan suara yang tertahan daripada marah.

" Oh really?"

Noah memanjangkan tangannya pada belakang penyandar sofa di sebelah kanan. Bermain dengan belakang tudung bawal yang dipakai Hasya. Walaupun tepisan yang dia dapat, sedikitpun Noah tidak hiraukan.

" Ops! Sorry Mama..." Penuh mengejek Noah meminta maaf.

Bulat mata Ramlah dengan gaya mengejek dari anak lelakinya itu. Tajam mata Ramlah memicing pada Hasya yang sedang menunduk dari tadi.

" Kau! Disebabkan kau Noah jadi kurang ajar dengan aku. Kau memang nak kena!" Ramlah tuding jari pada Hasya.

Hasya memejam erat matanya bila Ramlah sudah menerpa rapat padanya. Takut bila Mama tirinya itu mahu menyerangnya. Airmata keluar secara tiba-tiba dan esakan makin kian kedengaran. Takut. Tangannya diramas untuk menahan rasa takutnya.

" Stop Mama!" Noah menegah pergaduhan antara Mama dan Hasya.

Terkejut Hasya bila suara Noah dekat dengan mukanya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Tergamam Hasya bila Noah yang dipukul Mama, bukannya dia. Kedudukannya seperti Noah mahu memeluknya saat ini. Anak mata Hasya dan Noah bertaut.

Mata biru laut itu dipandang lama. Ada sesuatu yang dia nampak melalui pandangan mata itu.

Ya,

Hasya nampak cinta dari anak mata itu. Tapi benarkah?

" Kenapa abang halang Mama pukul Hasya? Kenapa tak biar je?" Perlahan suara Hasya menyoal dengan muka yang sudah memerah.

Raut wajah kacak itu kelihatan berkerut bila pukulan bertubi-tubi diterima oleh Mama kandungnya sendiri.

Walaupun begitu, masih juga tangan kekar itu menghalang dengan tubuh besarnya agar pukulan tidak mengena padanya.

" Nothing much... Aku tak suka bila mama pukul kau."

Hasya terdiam tapi tidak lama, manik-manik halus sudah kian memenuhi ceruk pipi Hasya bila mendengarkan kata yang keluar dari bibir Noah.

" Hanya aku yang berhak pukul dan lukakan kau, Hasya..."

Makin lebat kolam airmata Hasya mendengarkan itu. Senyuman sinis dari Noah ditatap sayu. Noah duduk seperti biasa usai Mama sudah berhenti memukulnya. Boleh tahan sakit jugak tangan Mama bila pukul dia.

" Apapun yang terjadi... Hasya akan kahwin dengan Noah dalam masa terdekat ini." Tegas Noah dengan muka seriusnya.

Hasya menggeleng laju.

" Papa, Hasya tak nak. Hasya sayang Amran. Hasya nak kahwin dengan Amran. Tak perlu Hasya kahwin dengan Noah." Lantang Hasya membantah.

Noah buat muka bila nama Amran meniti di bibir Hasya. Makin buat Noah geram, Amran sudah tersengih suka bila Hasya menyebut namanya. Kurang ajar!

Mr Devil ( MD ) ( Complete )Where stories live. Discover now