Ammar termenung sendiri di atas katil, memikirkan anak perempuannya itu. Aneh terasa bila raut wajah cantik Hasya mempunyai lebam di muka saat dia pulang tadi. Semalam juga Hasya tidak ada di rumah. Ke mana Hasya pergi?
" Abang, fikirkan apa tu? Jauhnya termenung." Ramlah bertanya lemah lembut.
Punggung berlabuh di sebelah sang suami yang kelihatan ada masalah besar tika ini. Berkerut saja muka itu. Nampak macam fikirkan sesuatu. Tapi apa ya?
" Abang terfikir... Ke mana Hasya pergi semalam dan kenapa muka Hasya penuh dengan lebam?" Terselit kerisauan dari bicara Ammar walaupun kedengaran biasa-biasa lontaran itu diberi.
Ramlah memutarkan anak matanya. Masih juga Ammar memikirkan budak tak guna itu. Entah apa yang istimewanya pada si Hasya itu. Selalu difikirkan!
" Mungkin dia pergi tidur rumah lelaki kut bang."
" Takkan macam tu. Apa pulak awak fikir macam tu." pantas Ammar membantah Ammar dengan mukanya yang sudah berubah keruh.
Keruh kerana otaknya memikirkan hal bukan-bukan pada Hasya tika ini. Boleh jadi betul jugak tapi takkanlah...
" Cuba abang tengok gambar ni. Tak akan sayang nak tipu abang pulak." Telefon pintar miliknya dihulur pada sang suami.
Garang anak mata Ammar bila dia melihat gambar Hasya berpelukan dengan si Amran gambar di dalam telefon pintar isterinya. Gigi diketap kuat. Penumbuk digenggam sehingga merah tangan itu menahan rasa amarah yang sudah mencanak tinggi naik.
" Mana sayang dapat gambar ni?" Soal Ammar dengan suara yang kedengaran memberat. Menahan marah walaupun saat ini terasa marahnya mahu meletus saja.
" Pak Guard yang tangkap gambar ni untuk sayang. Lagipun sayang nak jaga keselamatan Hasya tapi tak tahu pulak si Hasya tu tak tahu malu berpelukan dengan lelaki lain. Jiran sebelah lagi tu."
Muka Ammar sudah memerah tidak sempurna. Tubuh diangkat berdiri. Tidak semena tangannya ditarik bila kakinya mahu melangkah beberapa tapak.
Tajam mata Ammar pandang sang isteri bila tangannya ditarik kuat. Tidak membenarkan dia bergerak keluar untuk menyerang Hasya.
" Abang... Jangan pukul Hasya. Kasihan Hasya abang." Ramlah berpura-pura merayu agar dia nampak baik di mata sang suami.
" Walaupun sayang dapat agak Hasya tidur di rumah Amran tapi tak apa abang. Sayang tak mampu tengok Hasya dipukul. Jangan pukul Hasya ya abang." Ramlah berlakon lagi kali ini sekali pakej dengan mata berkaca nak menangis.
Begitu hebat mulut itu dalam melencongkan hal yang palsu sedangkan tiada bukti kesahihan dalam setiap kata Ramlah.
Perlahan Ammar mengangguk dengan keluhan berat dilepaskan. Kaki mengundur ke belakang sebelum punggungnya duduk di tempatnya tadi. Dipeluk erat isterinya yang sedang teresak menangis. Pasti kecewa dengan sikap Hasya.
" Sayang jangan sedih-sedih. Kita doakan Hasya berubah ya?"
Ramlah mengangguk kepala disandarkan pada dada sang suami. Di sebaliknya Ramlah sedang enak tersenyum sinis pada Hasya. Mengejek Hasya dalam diam. Rancangannya untuk buat Ammar benci pada Hasya akhirnya menjadi. Tak sia-sia dia buat fitnah. Rasakan kau Hasya!
Disebalik pintu, tanpa mereka berdua menyedari ada seseorang yang mendengarnya. Airmata sudah jatuh dengan senyuman di bibir.
Semestinya senyuman itu begitu pedih dan terluka. Kaki diangkat mengundur ke belakang.
Buk!
Tidak semena kakinya terhenti dari melangkah bila berlanggar dengan objek keras.
Menyirap darah Hasya bila pinggangnya dirangkul erat dari belakang. Hasya menepis kasar. Tubuh dibawa menjauh dari Noah.
" Apa abang cuba buat ni!?"Kuat suara Hasya marah pada si Noah. Tapi masih terkawal lagi. Tak nak bagi Papa dan Mama dengar.
" Aku tak buat apa-apa. Aku hanya rindukan kau."
Hasya mengundur langkahnya ke belakang bila Noah sengaja merapatinya ke depan. Elok tubuhnya sudah bersandar pada pintu bilik Papa dan Mamanya. Menggeletar hebat tubuh Hasya bila muka Noah sudah rapat dengannya. Air liur ditelan kasar.
Dengan kekuatan yang ada, kuat tubuh Noah ditolak dan laju kakinya menuruni tangga. Lebat manik-manik halus menuruni pipinya bila Noah sudah mengejarnya dari belakang. Tegang muka lelaki itu .
Mungkin tidak suka dengan penolakannya. Tubuh dibawa keluar dari banglo milik Papanya. Hasya berlari tanpa arah tuju. Hanya mengikut kakinya saja.
Buk!
Sekali lagi Hasya dilanggar oleh seseorang. Tanpa mengetahui akan siapa yang dia langgar, Hasya memeluk figura tubuh itu. Teresak-esak Hasya menangis. Takut bila Noah mengejarnya bagai seekor harimau yang mencari mangsanya.
" Hasya kau okay tak ni?" Soal Amran risau.
Amran cuba merungkaikan pelukan Hasya tapi pelukan Hasya terlalu kemas. Hasya seperti takut akan sesuatu. Bergetar hebat tubuh dan bibir itu. Berkerut dahi Amran jadinya. Hasya kenapa ni?
" A-aku ta-takut Amran..." Teresak-esak Hasya menangis.
Amran cuba menenangkan Hasya. Perlahan kepala yang ditutup dengan tudung bawal itu diusap lembut. Meliar mata itu mencari kalau ada sesuatu yang buat Hasya takut tapi tak ada. Hanya dia dan Hasya saja yang ada di luar rumah saat ini.
" Kau takut dekat siapa?"
Hasya menggeleng. Tak akan dia nak cakap takut pada Noah. Pasti panjang pula Amran menyoal dan tak mungkin Hasya akan cerita kejadian hitam yang berlaku padanya. Pasti Amran bencikan dia kalau dia mengatakan hal sebenar. Tak nak...
" Aku takut lipas..." Terpaksa Hasya menipu pada si Amran.
Amran menaikkan kedua keningnya tak mempercayai dengan setiap kata yang keluar dari bibir Hasya. Pasti ada benda yang terjadi. Tapi apa?
" Hasya!" Jerkah Ammar si Papa kandung Hasya.
Automatik Hasya melepaskan tubuh Amran yang dipeluknya. Air liur diteguk rakus bila dua mata pandang tajam ke arahnya. Noah dan Papa...
Hasya mengemam rapat bibirnya bila Papa sudah ada di depan matanya saat ini. Mata dipejam rapat bila mukanya hampir ditampar si Papa. Nasib baik sempat Amran menahan, andai tidak pasti pipinya sudah terteleng ke kanan gara-gara tamparan dari Papa.
" Jangan Uncle berani tampar Hasya. Hasya tak buat salah apa-apa." Amran membela Hasya buat Ammar ketawa kuat pada pasangan berdua di hadapannya ini. So sweet!
" Uncle harap Amran boleh masuk sekejap. Uncle nak bincang sesuatu dengan Amran." Penuh makna Ammar mengajak Amran masuk rumah. Dikerling tak suka pada Hasya sebelum kakinya dihayun masuk ke dalam rumah.
Walaupun terasa pelik, tapi dia anggukan saja sebagai tanda persetujuan. Amran melangkah masuk ke dalam rumah banglo milik Papa Hasya. Mengikut setiap langkah Ammar.
" Duduklah." Sopan Ammar mengalukan Amran duduk.
Ammar duduk di atas sofa single manakala Amran duduk di atas sofa panjang diikuti Hasya di sebelahnya. Hasya mengetap iuat giginya bila Noah tiba-tiba duduk di tengah-tengah. Sengaja ke apa si Noah ni? Sofa lain kan ada. Menyibuk je nak duduk sebelah orang!
Hasya meramas tangan sendiri. Gelisah dia jadinya bila anak mata Noah menikam padanya. Hasya menundukkan kepalanya ke bawah. Takut pada Noah.
" Papa dah buat keputusan muktamad, Hasya dan Amran akan berkahwin dalam masa terdekat ini." Berbaur arahan dikeluarkan Ammar tanpa mengambil kira hati dan perasaan Hasya.
Terbuntang mata Hasya akan arahan daripada Papanya. Diangkat mukanya melihat wajah keruh Ammar. Keruh muka Papanya itu menyimpan kemarahan yang meluap-luap padanya.
" No, Noah tak benarkan. Hasya milik Noah."
Apa yang akan terjadi? Cuba korang teka Hohoho
YOU ARE READING
Mr Devil ( MD ) ( Complete )
عاطفيةHasya mengetap beberapa kali bibirnya. Perutnya berlapik baju diusap beberapa kali. Lapar dirasai tapi untuk memasak, Hasya sendiri tidak berani. Macam mana nak berani kalau hubungan dia dengan Noah selalu macam anjing dan kucing? " Asal usap perut...