" Abang?"
" Kau buat apa dekat sini? Huh! Dengan jantan pulak tu!" Sinis lelaki itu bertanya sambil tuding jari pada Amran yang sedang beli tiket.
Hasya menelan air liur kasar bila muka abang tirinya itu sudah rapat dengannya. Andai Hasya ke depan sikit, pasti sudah tercium lelaki itu.
" Suka hati Hasyalah! Tepilah abang! Orang tengok nanti." Hasya berbisik hanya untuk mereka berdua saja dengar tapi yang buat Hasya sakit hati bila lelaki itu terus tersenyum.
" Aku nak kau balik dengan aku."
Terbuntang mata Hasya mendengar permintaan lelaki itu. Gelengan keras diberi. Sungguh Hasya nak tak nak balik. Hasya nak tengok wayang. Susah sangat ke?
" Hasya tak nak balik. Hasya nak tengok wayang dengan Amran."
Zap!
Mendengarkan nama itu di halwa telinganya. Automatik mata itu garang merenung Hasya yang sudah mahu menangis. Tak suka dengan paksaan abang tirinya itu.
" Kau pilih... Nak jalan sendiri atau aku yang akan dukung kau?"
Hasya menolak kuat tubuh Noah. Tapi Noah lagi bijak, tubuh kecilnya secara tiba-tiba di cempung oleh lelaki itu.
" Lepaslah! Hasya tak nak balik! Tolonglah abang!" Hasya cuba meronta tapi kata dari abangnya buat perbuatan Hasya terhenti.
" Kau nak malukan diri sendiri ke? Baik kau diam sebelum mereka fikir bukan-bukan."
" Tapi Hasya..."
Katanya dipintas...
" Aku cakap diam, jangan sampai aku buat benda yang kau tak suka Hasya."
Hasya mengemam rapat bibirnya. Ditutup mukanya dengan telapak tangan dengan esakan kecil. Terjerit kecil Hasya bila tubuhnya sudah dilempar masuk ke dalam kereta mewah milik Noah.
" Jalan!"
Pemandu itu mengangguk sebelum kereta itu menderum laju keluar dari kawasan mall itu.
Noah kerling Hasya yang masih menangis kecil itu. Tanpa apa-apa isyarat, tudung Hasya dicengkam dari belakang dan ditarik kuat membuatkan anak tudung Hasya hampir tercabut. Hampir menitis airmata Hasya. Sakit...
" Kau nak tengok lagi ke wayang dengan jantan tak guna tu?"
" Dia ada namalah abang! Abang sakitlah. Lepaskan tudung Hasya!" Hasya cuba merungkaikan tangan sasa itu tapi malang makin ketat pula tangan itu mencengkam tudungnya.
Hasya meringis sakit. Mata dipejam rapat. Dia menahan rasa sakit dan perit pada rambutnya. Dikerling pemandu yang ada di depan. Pemandu itu memberi pandangan sayu padanya. Meminta maaf melalui pandangan mata. Mungkin takut nak bersuara bila melihat muka Noah. Tolonglah lepas!
" Aku tanya kau ni... Nak keluar lagi tak dengan jantan tak guna tu?! Aku tak kesah dia ada nama ke tak! Kau faham tak ni?"
Tanpa dapat ditahan, airmata Hasya turun berjuraian. Sakit sangat dengan perbuatan Noah. Belum cakap lagi perbuatan keluarganya pada dia. Bagaimana dia nak percaya yang hidupnya akan bahagia? Masih adakah sinar bahagia nanti?
Mengingatkan itu buat Hasya mengeluh. Mata dipejam rapat. Menenangkan fikirannya yang bercelaru walaupun ketika ini rasa sakit sangat dengan perbuatan Noah.
" Hasya tak keluar dah."
Terlepas terus cengkaman pada tudung Hasya. Hasya senyum hambar. Terluka dalam diam dengan setiap perbuatan Noah selama ini padanya.
" Salah ke Hasya keluar abang?"
" Boleh tak kalau kau tak panggil aku abang? Aku tak suka!"
" Habistu nak Hasya panggil apa?"
" Noah."
Hasya mengangguk kecil. Layankan jelah. Malas nak peningkan kepala. Hasya menoleh pada cermin tingkap. Keluhan berat dilepaskan lagi. Tubir mata terasa sudah penuh dengan air. Tunggu airmata dia jatuh aje.
" Salah ke Hasya nak bahagia?" Soal Hasya sendiri tapi masih Noah dengar akan pertanyaan itu.
Dan saat itu... Airmata turun laju ke ceruk pipi Hasya. Hasya senyum terluka. Dada ditumbuk beberapa kali.
" Hasya tak mintak banyak... Cukup Hasya dapat keluarga yang faham Hasya. Keluarga yang selalu tolong Hasya."
Hasya sudah teresak kecil.
" Hasya tak pinta semua ini tapi mengapa takdir bagai tidak membenarkan Hasya bahagia?" Hasya mengenggam erat baju yang dipakainya. Cuba kuat.
" Hasya tak layak ke bahagia? Kenapa perlu jadikan Hasya seperti seorang hamba?"
Noah hanya diam mendengar luahan adik tirinya itu. Senyum sinis tarik pada bibir seksi itu. Tanpa salam, tangan Hasya ditarik kasar dekat dengannya.
" So... Perlu ke aku cakap welcome to hell?" Makin menyinis lelaki itu bertanya.
Hasya mengetap kuat giginya. Direntap kasar tangan yang masih dipegang Noah itu. Sesuka hati je nak pegang orang. Ingat free ke? Bayar ar!
" Apa yang abang nak sebenarnya?! Kenapa selalu buat Hasya macam ni? Tak boleh ke bagi Hasya bahagia dengan hidup Hasya sendiri? Kenapa perlu control Hasya!" Lantang suara Hasya menengking.
" Aku cuma nak bagi hidup kau bahagia? Kau tak rasa macam tu ke?"
Hasya menepis kasar tangan Noah yang sudah merayap pada pipinya. Telefon pintarnya berbunyi buat Hasya pantas mencapai telefonnya di dalam beg. Usai sudah selamat digenggam. Terus buntang hijau diseret ke kanan.
" Hello Hasya. Mana kau?"
" So-"
Tut.
" Abang!"
Terjerit Hasya bila telefon pintarnya dibuang selamba badak ke luar tingkap. Sayu Hasya melihat telefonnya yang sudah berkecai seribu. Manik-manik halus keluar lagi dari celah matanya. Tajam mata Hasya pandang Noah. Dada Noah dipukul bertalu-talu. Geramnya!
" Abang jahat! Hasya benci abang! Hasya benci! Abang tahu tak yang Hasya beli telefon tu guna duit kerja part time Hasya? Kenapa abang lempar telefon Hasya? Kenapa!!!" Hambur Hasya penuh kemarahan.
" Aku boleh beli yang baru."
" Hasya tak hamaklah telefon pemberian abang!"
" Hasya benci abang.." Diulang ayat itu berkali-kali.
Hasya cuba merentap tangan Noah yang masih melekat pada tangannya itu. Diketap kuat giginya bila lelaki itu tidak melepaskan tangannya. Malah hanya senyum sinis. Sekali tarik, tubuhnya sudah jatuh pada tubuh lelaki itu.
" Apa abang cuba buat ni?!"
" Aku janji... Aku akan pastikan kita dua berkahwin dalam masa terdekat ni. Okay?"
Terbuntang mata Hasya. Kahwin dengan abang tiri? Memang taklah!
" Apa abang mengarut ni? Dah gila ke?"
" Memang aku dah gila... Aku akan tunjuk gila aku kalau kau buat aku marah. Kau tunggu je Hasya..." Penuh makna Noah berkata sebegitu.
Hasya telan air liur kasar. Tak selamat rasa bila ada dekat dengan abang tirinya ini. Nak lari tapi lelaki itu macam tahu-tahu saja.
" Kau nak lari pergi mana? Hmm? Meh duduk dekat aku. Tak payah nak lari sangat!" Sesenang itu saja tubuhnya diangkat duduk di atas paha lelaki itu.
Noah memang gila!
" Abang, Hasya nak turun."
" Jangan harap. Kau duduk diam-diam sebelum teruk aku belasah kau." Terus diam Hasya bila diugut sebegitu. Takut pada abang tirinya yang jahat ini. Kejam, jahat dan dayus!
" I hate you abang!"
" I don't care."

YOU ARE READING
Mr Devil ( MD ) ( Complete )
RomanceHasya mengetap beberapa kali bibirnya. Perutnya berlapik baju diusap beberapa kali. Lapar dirasai tapi untuk memasak, Hasya sendiri tidak berani. Macam mana nak berani kalau hubungan dia dengan Noah selalu macam anjing dan kucing? " Asal usap perut...