Bab 5

2.3K 128 45
                                    

Ina bermain dengan telefon pintarnya di ruang tamu. Hasya yang rajin menyapu itu dilihat begitu saja tanpa berniat mahu tolong. Lapar merajai buat Ina mengambil makanan ringan di dapur. Ina duduk kembali di atas sofa. Senyum sinis kelihatan. Makanan sengaja ditumpahkan di atas lantai.

" Hey perempuan lembap. Tak nampak ke sampah ni? Tak reti nak sapu?" Ejek Ina dengan senyuman jahatnya.

Hasya buat tak tahu dengan ejekan si Ina. Masih juga dia meneruskan kerjanya. Ina yang melihat tindak balas Hasya terasa panas membahang secara tiba-tiba. Tak aman Ina kalau tengok Hasya diam sebegini. Sekurang-kurangnya berlawan mulut dengan dia sekali.

" Kau-"

Tak semena kata Ina terputus begitu saja hanya kerana matanya menangkap Papa yang baru masuk ke dalam rumah. Anak mata Ina teruja melihat beg kertas yang ada di tangan Papa tirinya itu. Apa isi di dalamnya agaknya? Curious!

" Papa, apa tu?" Soal Ina dengan suara lunaknya. Gedik yang amat!

Hasya mengerling sekilas akan Papa yang baru mengambil tempat di atas sofa sebelah Ina. Penyapu dicengkam erat. Sakit terasa bila Papa sesenang begitu saja duduk dekat dengan Ina, tapi kalau dengan dia? Rasanya Papa lari dulu.

'Abaikan Hasya...' Suara hati Hasya merintih sayu.

Hasya menggeleng lembut dan meneruskan kerja walaupun tika itu telinganya masih mendengar akan setiap bait kata perbualan Papa dan Ina.

" Papa beli something untuk Ina." Ammar menghulurkan beg kertas pada si Ina.

Ina apa lagi?

Memang terjerit terujalah. Nak tunjuk dekat Hasya yang dia dapat baju baru. Sengaja dikuatkan suaranya nak bagi Hasya cemburu dan sakit hati.

" Thank you Papa..."

Ina senyum semanis madu tapi terselit akan sinisan bila bertemu mata dengan Hasya yang melihat ke arahnya tika ini. Dibuka beg kertas dan dikeluarkan beberapa helai dress cantik pembelian Papa itu. Dipeluk semua dress itu.

" Papa cantiknya semua dress ni. Ina suka sangat-sangat. Terharu Ina tau. Thank you again Papa..." Ina buat muka sedih sambil menyandarkan kepalanya pada bahu Papanya. Ina mengangkat kening pada si Hasya. 'Kau ada?'

Ammar tersenyum senang bila anak tirinya itu suka akan pemberiannya itu. Bahu Ina ditepuk beberapa kali.

" Dari mula memang niat Papa nak beli untuk Ina."

Hasya mengetap beberapa kali bibirnya. Drama antara Papa dan Ina sedikit sebanyak buat hati Hasya terluka. Bukannya terluka sikit. Tapi terluka yang sangat teruk. Bagai pisau menikamnya berkali-kali. Rasa nak jatuh saja Hasya tika ini. Sakit sangat!

" Ayah..." seru Hasya lembut.

Hasya mencengkam kemas batang penyapu yang dia pegang bila Ammar hanya tengok gitu-gitu saja akan dirinya tanpa menyahut. Siapa anak kandung Papa sebenar? Hasya atau Ina?

" Dress untuk Hasya tak ada ke?"

" Untuk Hasya lain kali Papa boleh beli. Lagipun Papa kurang duit sekarang ini." Sesenang itu Ammar menjawab tanpa menjaga hati Hasya walaupun sedikit.

Makin buat Hasya tersinggung bila Papanya itu bercakap tanpa melihat mukanya. Malah hanya tengok Ina saja dar tadi.

Hasya mengangguk kecil. Nafas dihembus lembut. Menahan rasa yang membelenggu dirinya saat ini. Remuk dan terluka hatinya dengan perbuatan Papa.

Penuh longlai dia mengangkat kaki ke ruang dapur. Mata dipejam rapat bila dia mendengar gelak tawa Papa dan Ina menghiasi ruang tamu.

Penyapu disimpan. Hasya pantas keluar duduk di sebuah pondok kecil di belakang rumahnya. Bibir merah itu sudah bergetar tidak sempurna.

Tanpa dapat ditahan, airmata Hasya kini lebat menuruni pipi mulusnya. Teresak-esak Hasya menangis sehingga muka itu sudah naik memerah.

" Pa-pa.. Hiks... Cakap... Hiks... Lain kali... Tapi..."

Hasya menggeleng lemah. Manik-manik halus dibiarkan saja mengalir di pipinya. Membiarkan kesedihan itu terus membelenggu diri.

" Pa-papa tipu... Papa takkan beli untuk Hasya dress mahal tu. Never..."

Hasya bukannya buta untuk menilai akan dress yang dibeli papanya itu. Bukannya murah tapi mahal. Andai dia minta belikan baju pasti ada alasan tapi kalau Ina yang mintak? Cepat saja Papanya bagi. Mana keadilan Papa padanya? Mana? Selalu Ina dilebihkan darinya.

" Papa cakap Papa takde duit tapi kenapa kalau dengan Ina, Papa ada duit?" Hambur Hasya penuh keterlukaan.

Hasya menekup mukanya dengan telapak tangan. Menghamburkan esakannya yang sudah lama dia pendam tadi. Masih tergambar layanan Papa terhadap Ina tadi. Ya Allah... Sungguh hatiku tidak sekuat ini.

Hasya menurunkan tangannya ke bawah. Senyuman pedih tersungging di bibir merah merekah itu. Ditatap langit atas. Itulah hobi Hasya. Kalau tidak diluah pada patung comelnya, dia akan luah pada langit.

" Papa, Hasya anak pungut ke?"

Hasya tertawa kecil. Tawanya kedengaran terluka sekali sehingga airmata itu turut jatuh saat pertanyaan itu terpacul keluar dari bibirnya.

" Kenapa Papa buat Hasya macam ni?"

Hasya mengesat lembut airmatanya tapi sayang seribu kali sayang, walaupun dikesat tapi masih airmata itu turun juga di pipinya. Sadis kan hidup Hasya?

" Macam mana Hasya nak percaya yang hidup Hasya akan ada kebahagiaan kalau begini jalan cerita hidup Hasya?"

Hasya memejam rapat matanya. Digenggam erat tangan sendiri. Cuba menyalur kekuatan pada diri sendiri walhal saat ini dia rasa nak rebah sangat-sangat!

" Papa... Andai kata kalau Hasya dah mati nanti... Papa lawat tak kubur Hasya?"

Jeda.

" Atau Papa akan jijik untuk jejak kaki dekat kubur Hasya?" "

Hasya mengetap kuat giginya. Kau kuat Hasya!

" Papa jadi imam tak untuk jenazah Hasya nanti?"

Jeda,

" Atau Hasya hanya dibiarkan sendiri?"

Pelbagai soalan diajukan dan semestinya Hasya sudah dapat mengagak akan jawapan yang akan terjadi walaupun masih belum terhampar di depan mata.

" Allah... Hasya dah tak ada sesiapa. Hasya ada Allah je. Allah tolong Hasya... Hasya tak kuat. Hasya banyak kali menangis sebab perbuatan Papa. Allah... Tolonglah Hasya." Berkali-kali Hasya merintih meminta tolong daripada sang pencipta.

Tanpa Hasya sedar, ada seorang lelaki yang mendengar setiap bait katanya tadi. Rahang lelaki itu bergerak sepertinya sedang menahan rasa akan sesuatu. Tangan digenggam erat. Tak mampu mendengar esakan Hasya yang makin bergema.

Siapa tu? Korang tahu tak? uWu


Mr Devil ( MD ) ( Complete )Where stories live. Discover now