Bab 17

2.5K 86 8
                                    

" Sayang..."

" Huh?"

Hasya hilang daripada lamunannya. Masih otaknya tak dapat mempercayai akan berita kematian Mama tirinya iaitu Mama Noah.

Baru beberapa hari kubur Mama Noah ditanam dan dia tak tahu akan berita ini. Sanggupnya mereka membelakangi Hasya.

" Sayang, Papa dah tunggu sayang."

Hasya mengetap kuat giginya. Tak sangka dia sudah sampai di rumah Papanya. Takut-takut rumah banglo itu dilihatnya. Berkaca mata Hasya bila Papa sudah menanti di depan pintu.

Dia mahu keluar tapi kakinya bagi tersekat. Mungkin masih terasa dengan perbuatan Papanya.

" Sayang... Jom keluar."

Hasya mengemam rapat bibirnya. Tubir matanya sudah berair. Tak dapat dikawal, airmata Hasya akhirnya mengalir laju dengan esakan dan sendu. Rasa takut itu masih ada pada Papanya tapi Hasya keluar jua apabila Noah sudah bukakan pintu untuknya.

" Jom masuk."

Hasya menghentikan langkahnya. Dikeraskan badannya. Hanya mata saja melihat Papanya dengan linangan airmata. Sungguh dia rindukan Papa tapi... Hasya menggeleng. Dia tidak bencikan Papa.

Cuma hatinya masih terasa dengan setiap perbuatan dan kata dari Papa. Tapi ada hakkah dia untuk merasa perasaan ini? Hasya menghembus nafas lembut.

Tangannya digenggam erat. Mengambil kekuatan. Senyuman terukir di bibir bila Noah mengenggam erat tangan. Bagai memberinya semangat.

" Papa dah lama tunggu sayang."

Hasya berjalan menapak merapati Papanya. Tidak semena tubuhnya dipeluk Ammar. Terkejut Hasya bila tubuhnya dipeluk erat dan kemas oleh si Papa.

" Hasya... Maafkan Papa. Papa tak bermaksud untuk melayani Hasya dengan buruk. Pa-pa... Hiks... Hiks... Hiks..."

Hasya tersenyum. Digosok lembut belakang tubuh Papanya itu. Menenangkan Papa. Bersyukur dirasai bila Papa sudah berubah. Tak ada lagi Papa yang jahat. Kini... Papa adalah papa yang paling terbaik bagi Hasya.

" Papa terlalu percayakan fitnah Mama dan Ina memburukkan Hasya. Papa minta maaf Hasya... Hasya tolonglah maafkan Papa..." Rayu Ammar pada Hasya.

Hasya merungkaikan pelukan Papanya. Dikesat lembut airmata Papa dengan ibu jarinya. Senyuman manis diukir buat Papa. Digenggam erat tangan Papa.

" Papa... Hasya dah lama maafkan Papa. Hasya tak ada hak untuk terasa dengan Papa masa yang lama. Sejahat manapun Papa..."

Hasya mengusap bahu si Papa.

" You still my dad. Forever..." 

Dan sekali lagi Ammar memeluk tubuh Hasya. Tak mampu dia gambarkan akan perasaan saat ini. Bercampur baur. Sedih dan gembira pun ada. Semestinya Ammar rasa sangat menyesal akan layanannya pada Hasya dulu.

" Papa jangan sedih lagi ya? Sebagai manusia. Kita tak akan lari daripada buat kesilapan dan dosa. Cuma..."

Jeda,

" Kemaafan itu begitu payah untuk diucapkan. Benar ada yang katakan saya maafkan awak tapi tak bermakna kemaafan itu betul-betul dia maksudkannya."

Raut wajah Ammar kelihatan lain bila kata-kata Hasya dihadamnya. Jadi...

" No... Bukanlah. Papa ni selalu fikir bukan-bukan. Hasya cakap je. Hasya tetap maafkan Papa selamanya sebab Papa syurga Hasya selepas Mama."

Noah gembira melihat anak beranak yang sedang memeluk antara satu sama lain saat ini. Akhirnya semua ini berakhir juga. Alhamdulilah...

Bunyi nada dering telefon membantutkan perbualan antara Hasya dan Ammar. Ammar mengangkat panggilan. Hampir jatuh telefonnya mendengar khabaran itu.

" I-ina..."

" Kenapa dengan Ina Papa?"

" Ina dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Ina disahkan gila." Ringkas dan padat Ammar menjawab.

Tak mampu nak bercakap lebih. Suara bagai tiada bila dapat tahu akan berita ini. Allahuakbar... Kasihan Ina.

" Sabar Papa... Mungkin semua ini ada hikmah."

Hasya menepuk perlahan bahu Papanya. Tak tunggu lama, Papa mengambil kunci kereta. Noah turut ikut akan setiap pemanduan Ammar.

Pasti Ammar nak jumpa Ina di rumah sakit jiwa. Dan tekaan Noah betul bila kereta Ammar sudah parking di depan hospital sakit jiwa. Laju Ammar menerpa di kaunter pertanyaan. Usai dapat kepastian nombor wad Ina, terus Ammar masuk. Hampir menangis Ammar melihat muka Ina.

" Ya Allah... Ina." Ammar perlahan mendekati Ina.

Ina bertepuk tangan bila Ammar sudah ada di depan matanya. Sukanya bila Papa datang melawatnya. Semua orang cakap Ina gila. Ina tak gila tau!

" Papa... Ina gila ke? Semua orang cakap Ina gila tau." Ina tersengih seorang diri sambil bermain dengan rambutnya.

Ammar menghirup nafas berat. Lembut dihembus nafasnya. Rambut Ina diusap sayang dengan linangan airmata. Masih kenyataan ini tak dapat diterimanya tapi siapa Ammar untuk menolak takdir Allah?

" Ina tak gila... Ina baik sayang. Ina anak Papa yang baik."

Hasya menekup mulutnya. Tahan daripada airmata daripada mengalir tapi sayang, walaupun ditahan. Masih juga airmata itu mengalir bagai air sungai.

Hasya menyandarkan kepalanya pada dada Noah. Simpati melihat keadaan Ina. Noah hanya mampu tunduk menekur tanah. Kecewa apabila tak dapat menjadi penyelamat Ina.

" Abang... Kasihan Ina bang..."

" Shhh... Ina baik-baik saja. Allah uji Ina sebab Allah tahu Ina mampu hadap semua ini." Pujuk Noah pada sang isteri.

Bergema tangisan pada wad Ina. Ina pula masih terus-terusan ketawa tanpa sebab. Suka Ina bila ada yang menangis kerananya.

One chapter more. Maybe special chapter utk anak Noah and Hasya.

Mr Devil ( MD ) ( Complete )Where stories live. Discover now