CHAPTER 4

2.2K 226 66
                                    

"Eomma,aunty! Youngmin pergi sekolah dulu tau"kata youngmin sambil mencium pipi Puan Kim.

"Awalnya,tak pergi sekali dengan wonjin ke?"

"Tak,youngmin nak pergi sendiri hari ni"kata youngmin menjeling wonjin yang sedang makan sarapannya.

"Okay lah,jalan elok elok"ucap puan kim mencium dahi anaknya.

Setelah youngmin keluar dari rumah,puan kim memandang wonjin dengan muka yang penuh pertanyaan.

"Kenapa dengan youngmin tu?"tanya puan kim.

"Wonjin marah dia semalam"selamba wonjin.

"Kenapa marah dia? Wonjin dengan youngmin kan rapat,macam mana boleh gaduh?"

"Wonjin pergi pujuk dia la nanti"kata wonjin keluar dari rumahnya untuk ke sekolah.

MAFIA'S

"Youngmin! Youngmin!"

Panggilan dari wonjin hanya dipalau youngmin.Selepas beberapa kali wonjin memanggilnya,youngmin memutuskan untuk berhadapan dengannya.

"Ape kau nak!"kata youngmin menjeling wonjin.

"Aku nak minta maaf,kau jangan la marah.Aku tak sengaja marah kau"

"Apa apa je lah"ujar youngmin masuk ke dalam kelas.

Jisung yang sedang membaca buku ditegur youngmin.

"Hai jisung!"tegur youngmin duduk di hadapan jisung.

"Hai,kenapa kau monyok ni"-jisung.

"Takda apa apa la ,benda kecil je"jawab youngmin meletakkan kepalanya di meja jisung.

"Kalau takda apa apa,kau tak macam ni!"

"Ish yela yela,aku gaduh dengan wonjin"-youngmin.

"Kau gaduh dengan wonjin sebab aku ke?"tanya jisung teringatkan perkara semalam.

"Mana ada,benda ni takda kena mengena dengan kau pon. Aunty dah bagi duit banyak kot,nak jugak mintak dekat orang lain. Tak guna punya sepupu"adu youngmin kepada jisung.

"Kau jangan la marah dia lama lama,aku yakin dia sebenarnya baik"pujuk jisung.

"Baik apanya,kalau asyik buli orang je kerja"

"Cuba kau cakap dengan dia elok elok"-jisung.

"Hmm,nanti lah"kata youngmin duduk di tempatnya.

"Weyh youngmin,kau gaduh dengan wonjin eh?"tanya hyunwon kawan baik youngmin.

"Mana kau tahu ni,mesti hyeongjun bagitahu kan"

"Ha ah,apa guna ada bf kalau dia tak bagitahu apa apa"-hyunwon.

"Aku dah agak dah korang berdua ni,kalau tak membawang sehari tak sah"kata youngmin mencubit pipi kawannya itu.

MAFIA'S

"WOI JISUNG"jerit wonjin sambil menolak jisung ke locker.

"Asal kau ni"-jisung.

"KAU TANYA AKU KENAPA!!KAU TAHU TAK SEBAB KAU AKU GADUH DENGAN YOUNGMIN!!KALAU KAU BAGI JE DUIT KAU SEMALAM,DIA TAK MARAH DEKAT AKU,KAU TAHU TAK?!!"marah wonjin menampar muka jisung membuatkan cermin mata yang dipakainya terjatuh.

(✓)ꜱᴇᴄᴏɴᴅ : мαƒια'ѕ [ᴘᴀʀᴋ ᴊɪꜱᴜɴɢ]Where stories live. Discover now