•YAZARIYIM (AKU ADALAH SEORANG PENULIS)• Meskipun, pelbagai kesukaran yang harus dia hadapi,ia tidak menjadi penghalang buat Ratna untuk tetap berimpian menjadi seorang penulis.Walaupun,impiannya itu sering dicemuh oleh ayahnya,Mega. Manakala ibunya,Nirmala tetap menyokongnya.Tapi, mampukah dia mencapai impiannya apabila Ratna akhirnya bertemu dengan 'putus asa' dan 'kegagalan' melalui kawannya, Juwita serta setiap orang yang berada di sekelilingnya?. Kegagalan tersebut membuatkan Ratna jatuh tersungkur dan berputus asa. Namun, semangatnya dibangkitkan kembali atas bantuan ayahnya yang dahulu sering mencemuhnya namun kini,ayahnya sendiri yang akan membawa Ratna pergi mengembara dan membantunya mencari identiti penulisnya dan mendalami apakah itu maksud kehidupan dan harapan. Sebuah novel yang agak bosan pada permulaan tapi boleh jadi gempak apabila semakin menuju ke pengakhiran. Semoga, novel ini mempunyai 'nilainya' yang tersendiri. PERHATIAN! MULA : 14 April 2021 TAMAT : 26 Mei 2021 [[ Kiraan perkataan : 23,439 patah perkataan ]] ©Athirah Azani