Tidak mudah untuk Sofea Najwa bangkit setelah apa yang Carl Daniel lakukan kepadanya . Kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan selama ini musnah begitu sahaja dek kerana Carl yang tidak pernah menghargai cinta Sofea kepadanya . "Cukup sampai sini saya mencintai awak Carl . Sumpah saya menyesal kenal dengan awak . Saya tak sangka , segala kepercayaan dan kesetiaan yang saya berikan selama ni hanya jadi mainan buat awak . Saya terlalu mencintai awak kerana awak adalah lelaki pertama yang mengajar saya erti cinta hingga saya lupa yang awak boleh berubah bila-bila masa "-Sofea Najwa . Namun , dengan adanya Aryan dan sahabat-sahabatnya yang setia di sisinya membuatkan Fea sedikit lega dan cuba untuk bangkit kembali . "Kau tak layak untuk dia Fea . Kau terlalu setia hingga kau tak sedar yang kau sebenarnya hanyalah mainan dia".-Aryan . Tapi tiada siapa sangka , kehadiran Raykal Nashran mengubah segalanya . Fea yang dulu kembali secara perlahan-lahan . Tapi satu insiden membuatkan dia harus memilih antara dua . Satu hati perlu dilukai untuk membahagiakan yang lain . Dia pasrah andai perjalanan hidup dia sangat sukar namun untuk kembali rebah bukan pilihannya . #101(15/04/2017) #81(20/4/2017) #78(21/4/2017) #26(28/4/2017)