Chapter 21 : Play

14 2 4
                                    


*****

Jungkook's POV


UWAHH!!!

Lena jugak aku tidur semalam eh.

Semalam aku decide untuk tak lepak dengan yang lain dan end up nya Taehyung dan Jimin datang ke sini.

Kitorang bermain game, layan movie dan akhirnya tertidur di ruang tamu.

Aku memandang ke arah bilik air yang baru terbuka dengan luasnya menampakkan Jimin yang sudah lengkap dengan uniformnya.

"Awal kau bangun." kataku sambil mengubah posisi baringku kepada duduk.

"Memanglah awal, aku tak naklah kita pergi sekolah lambat dengan perut yang kosong. Lagipun, Yoongi ada mesej tadi. Dia suruh kita attend kelas hari ni."

"Kenapa Yoongi mesej?" kataku sambil mengeritkan dahiku.

"Nantilah kau baca. Lebih baik kau pergi mandi sekarang, sebelum aku tendang kau."

Aku hanya membuat riak wajah menyampah.

Kau ingat ni rumah kau, sesuka hati je nak tendang aku. 

Dasar tak sedar diri, tak kenang budi. 

Aku tuan rumah ni, bukannya kau.

"Kau tak perlu nak sumpah-menyumpah aku dalam hati. Kau kan ada mulut, guna je mulut kau." katanya, turut memasang riak wajah menyampah.

Cis, macam tahu-tahu je.

"Malas. Malas nak bazirkan air liur aku."

Tanpa melengahkan masa, aku terus bangun lalu mencapai kain tualaku dan melangkah ke bilik mandi.

Beberapa minit berlalu, aku pun keluar dari situ dengan lengkap beruniform. Kelihatan Taehyung pun dah lengkap dengan uniform, cuma masih lagi mamai.

"Kau dah siap? Lajunya." tegurku sambil mengeringkan rambutku dengan pengering rambut.

"Tengoklah siapa? Aku Kim Taehyung lah." katanya dengan mata yang masih tertutup rapat.

Tch, Kim Taehyung konon. Tersengguk sengguk macam burung belatuk, sampai nak cium lantai dah aku tengok.

"Kau lambat lagi ke?" soal Jimin sambil menyandang beg sekolahnya.

"Taklah, korang tunggu je aku dekat luar. Nanti aku on the way." arahku.

Jimin hanya mengangguk lalu menarik Taehyung yang masih mamai, mengikutinya dari belakang.

Setelah rambutku selesai dikeringkan, aku terus menggayakan rambutku mengikut kesesuaian. 

Lantas, jaket dan beg sekolahku dicapai. Handphoneku pula dimasukkan ke dalam beg sandang.

Aku terus bergegas turun ke bawah lalu mengunci pintu rumahku. 

Maklumlah, tak naklah orang yang tak dikehendaki masuk dalam rumah aku senyap-senyap. Lagi-lagi orang yang gilakan harta tu.

Dengan itu, aku pun bergerak untuk ke sekolah seperti biasa. Cuma yang luar biasanya sebab hari ni aku pergi sekali dengan dua budak ni.

Sebaik sahaja tiba di persimpangan, kelihatan sebuah motorbike lalu dihadapan kami dan menuju ke arah yang sama dengan kami.

Aku memberi isyarat mata kepada Jimin, namun Jimin hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Siapa pemilik motorbike tu?

Setahu aku, pelajar sekolah aku yang merupakan pemilik motorbike hanya orang tertentu termasuklah aku dan memberku yang lain.

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now