Chapter 46 : No One

4 0 0
                                    


*****

Jungkook's POV


"Jungkook!"

Aku hanya terus berjalan tanpa mempedulikan Seokjin yang sedang mengejarku dari belakang.

Sesampainya di kelas, aku terus duduk di tempatku tanpa berkata apa-apa. Member yang lain hanya melihatku dengan terpinga-pinga.

"Yah Jeon Jungkook!"

Seokjin memasuki ruangan tersebut dengan riak wajah marah membuatkan semua pelajar di dalam kelas takut kepadanya.

"Kenapa dengan korang ni?" Soal Hoseok sambil mengeluh.

"Bukan aku tapi dia." Seokjin menundingkan jari ke arahku.

Melihat situasi tegang yang berlaku di dalam kelas itu, Namjoon pun menyuruh aku dan member lain keluar daripada kelas.

"Apa hal dengan korang ni?" Soal jejaka itu dengan tenang.

"Aku ada benda nak tanya pada Jungkook sekarang."

Mendengarkan kata-kata Seokjin, aku terus memandang wajah jejaka itu yang jelas kelihatan merah padam akibat menahan amarahnya.

"Kenapa dengan kau? Mula-mula dengan Yoongi, sekarang dengan budak perempuan tu pulak. Apa yang tak kena dengan kau sekarang ni?"

Member yang lain memandang ke arahku, menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulutku.

Perlu ke aku bagitahu diorang kenapa aku jadi macam ni?

Dia faham ke dengan keadaan aku kalau aku jujur pada diorang sekali pun?

"Jungkook, kalau kau tak bagitahu kitorang, macam mana kitorang nak faham apa yang kau tengah alami? Aku dan yang lain pun tak faham dengan situasi yang berlaku sekarang."

Ujar Jimin dengan nada memujuk.

Namun, aku hanya mendiamkan diriku, tidak pasti sama ada perlu atau tak untuk aku bagitahu pada mereka tentang apa yang aku rasa ketika ini.

"Forget about that, let me change the question. Apa yang jadi sebenarnya semalam sampaikan kau marahkan dia?"

"Kejap, kita cakap pasal siapa sekarang ni?" Soal Taehyung dengan bingung.

"Lily."

Aku hanya menggelengkan kepala, tidak mahu memberitahu apa yang terjadi antara aku dan Lily semalam.

"Aku sanggup tak masuk kelas harini hanya disebabkan aku nak dengar jawapan daripada kau dekat sini jugak." kata Seokjin dengan tegas.

Antara member bts yang lain, hanya Seokjin seorang sahaja yang boleh memaksaku untuk buat sesuatu.

Aku menarik nafas sedalamnya sebelum membuat keputusan untuk bersuara.

"Aku tak nak dia dalam bahaya." Jawabku dengan perlahan.

"Bahaya. Kenapa dia dalam bahaya?" Soal Namjoon, ingin tahu.

Melihat riak wajah mereka yang bersungguh menunggu aku untuk menjawab pertanyaan, aku terus menceritakan apa yang berlaku semalam dari awal hingga akhir.

Selepas mendengar ceritaku, member bts mula tidak keruan.

"She's absolutely insane." Kata Seokjin, tidak percaya.

"Dia memang gila tapi sejujurnya aku bangga dengan dia." Taehyung berkata sambil tersenyum sinis.

Aku memandang ke arah Taehyung dengan terkejut.

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now