Chapter 42 : I Know I Love You

11 2 5
                                    


*****

Jungkook's POV


"Jungkook, kau okay tak?"

Aku hanya mengangguk kepalaku dengan perlahan, menjawab pertanyaan Seokjin kepadaku.

"Kau yakin ke?" soal Yoongi pula kepadaku yang baru sahaja memunculkan diri di ruangan itu.

"Aku okay je cuma aku tak tahu kenapa kepala aku rasa sakit tiba-tiba."

"Sakit? Kau buat apa tadi?" soal Namjoon ingin tahu.

"Aku tak buat apa-apa pun."

"Mungkin sebab kau penat?" soal Hoseok pula.

"Mungkin." kataku kepada mereka.

"By the way Jungkook, esok kita dibenarkan untuk ke sekolah seperti biasa." jawab Taehyung dengan malas.

"Dah boleh pergi? Sejak bila pihak pentadbiran sekolah jadi baik macam ni?" soalku pelik.

"Entahlah, kitorang sendiri pun terkejut bila dengar berita tu daripada Yoongi tadi."

Mendengarkan kata-kata Seokjin, aku terus berpaling ke arah Yoongi yang sedang sibuk dengan handphonenya.

"Kau tahu dari mana, Yoongi?"

Jejaka itu mengalihkan pandangannya kepadaku lalu bersuara.

"Shin Nara."

"Kenapa dia tak bagitahu Hoseok je?" soalku lagi namun dijawab mudah oleh Yoongi.

"Entah."

Dia pun kembali fokus kepada gajet yang berada di hadapannya sambil membetulkan cermin mata yang dipakai olehnya.

Aku masih lagi memandangnya dengan pelik.

"I kinda smell something here, bro." ujar Namjoon sambil tersenyum sinis.

"I smell jealousy."perli Jin.

"Habislah kau Hoseok, kau kena jaga-jaga dengan Yoongi. Mana tahu nanti dia rampas Nara daripada kau."

Hoseok hanya memandang mereka dengan muka menyampah lalu berkata.

"Aku yakin Nara yang aku suka bukan macam tu, so tak perlulah korang nak provoke aku." Hoseok mendabik dadanya.

Namun, perbualan mereka sedikit pun tidak menarik minatku. Apa yang sedang berada di fikiranku kini ialah Min Yoongi.

Sejak kebelakangan ni, aku sedikit rasa curiga terhadap rakan baikku itu. Aku percayakan dia tapi dalam masa yang sama aku rasa macam dia sembunyikan sesuatu daripada aku.

Tiba-tiba, Yoongi memandang ke arahku membuatkan aku tersentak.

"Kau betul-betul okay ke?"

Aku hanya mengangguk perlahan.

"Kalau kau tak okay, kata tak. Tak perlu pun kau tipu kitorang dan sembunyikan kesakitan kau seorang diri. Kau tahu kan apa maksud aku?"

Sekali lagi aku mengangguk kepadanya.

"Sebenarnya, ada benda penting yang aku nak bincangkan dengan kau. Tapi bila aku tengok keadaan kau macam ni, aku rasa kau perlukan rehat."

"Tak, bagitahu aku benda yang penting tu. Aku nak tahu sekarang."

"No, Jungkook. Aku nak kau pergi rehat, esok kita akan ke sekolah so aku rasa kau memang sangat memerlukan rehat."

"Tak, aku okay. Aku nak tahu apa yang penting tu." Aku berkata dengan tegas.

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now