Chapter 12 : Gotta Go

19 2 20
                                    

*****

Jungkook's POV

Cahaya lampu yang terlampau terang memaksakan aku untuk mencelik mataku. Kepalaku dipegang akibat rasa berdenyut yang teramat.

Aku memandang ke sekeliling membuatkan aku berfikir sejenak.

Apa yang sedang berlaku?

Kenapa aku berada dekat tempat ni?

Aku sekali lagi memandang ke setiap sudut ruangan bilik tersebut dan ianya betul bahawa aku sedang berada di bilik lamaku.

Aku masih lagi tak percaya yang aku sedang berada di rumah papa. Aku cuba mengingati apa yang telah berlaku sehinggakan aku berada di tempat yang paling aku benci ni. 

Aku cuba untuk berdiri dan berjalan menuju ke balkoni yang terdapat di bilikku. Aku memandang ke bawah dan ternampak banyak tetamu yang berada di bawah.

Unexpected.

Papa sanggup culik aku semata-mata untuk suruh aku hadir ke majlis pada malam ni?

Kenapa perlu babitkan aku dalam kehidupan yang dia banggakan?

Aku tak nak semua kemewahan ni kalau ianya boleh buat aku berubah dari seorang yang jujur menjadi seorang yang menikam belakang orang lain.

Aku masuk semula ke dalam bilikku untuk mencari handphoneku dan ianya tiada.

Tak guna betul.

Aku melepaskan satu tumbukan pada dinding bilikku membuatkan aku mendesis menahan sakit.

Aku tak nak terlibat dalam majlis mewah macam ni. Ianya bukan kemahuan aku untuk berada di sini.

Aku benci rumah ni.

Aku benci golongan orang kaya macam mereka.

Dan yang paling penting sekali, aku benci papa.

Macam mana aku nak keluar daripada sini?

Sepatutnya, sekarang aku tengah lepak dengan member yang lain dan bergelak tawa dengan hanya melihat telatah mereka.

Tapi sekarang, mesti diorang sedang risaukan pasal aku.

Aku tak sepatutnya duduk dekat situ seorang diri dan layan perasaan sedih tu. 

Aku memandang ke sekeliling cuba untuk mencari jalan untuk keluar dari rumah ni. Namun, semuanya dikawal ketat.

Kali ni, papa memang teliti terhadap benda macam ni semata-mata tak nak aku terlepas dari bilik tawanan ni.

Keluhan berat dihembuskan olehku lalu badanku dihempaskan ke atas katil. Aku kehabisan tenaga untuk memberontak dan kepalaku masih lagi berdenyut.

KNOCK!! KNOCK!!

Tch, kenapa ketuk kalau dah tahu pintu bilik ni memang dikunci dari luar?

Huh, wasted.

"Tuan Jungkook, ini tuxedo yang tuan kena pakai untuk majlis malam ni." kata seorang gadis sambil tersenyum.

Tanpa sempat dia bersuara lagi, aku terus memeluk badannya dengan erat. 

"Hey, rindukan noona sangat ke? Tulah, siapa suruh tak balik sini?"

Aku melepaskan pelukan lalu memandangnya dengan riak wajah serius.

"S-sorry, noona sebenarnya faham dengan situasi yang Jungkook alami. Noona tak salahkan Jungkook sebab lama tak jumpa dengan noona."

"Noona, please tolong Jungkook. Noona kan tahu yang Jungkook dah tak nak terlibat dengan keluarga ni dan golongan macam ni."

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now