Chapter 38 : Attack On Bangtan

13 2 5
                                    


*****

Pada waktu malam,

Member bts berkumpul di sebuah tempat di mana mereka akan bertemu dengan Alex dan gengnya yang lain.

Yoongi, Namjoon dan Hoseok masing-masing sedang membantu Jin, Jungkook dan Taehyung untuk memeriksa motorbike mereka.

Memastikan bahawa tiada sebarang kerosakan supaya tidak berlaku perkara yang mereka tidak ingini.

"Aku dah check kesemuanya dan aku dah adjust apa yang perlu aku adjust. Jin aku gandakan kau punya speed so aku harap kau berhati-hati." ujar Yoongi dengan teliti.

"Macam mana dengan motorbike aku, Yoongi?"

"Aku ada adjustkan sikit kau punya speed, tapi tak banyak sangat sebab aku tahu kau takkan berhati-hati macam Jin."

Taehyung hanya mampu memuncungkan mulutnya, tanda protes.

"Jungkook pulak macam biasa, tak ada apa yang perlu aku adjust." kata Yoongi sambil menyapu debu di tangannya.

"Hoseok, cuba kau buka handphone aku. Ada tak mesej dari Jimin?"

"Tak ada." jawab Hoseok kepada Yoongi.

"Pelik." kata Namjoon.

"Dia tak pernah lambat reply mesej kita sebelum ni." ujar Taehyung.

"Mungkin dia penat?" teka Jin.

"Dia perlukan masa untuk tenangkan diri dia dan cari balik identiti dia. Dia nampak macam bukan diri dia waktu terakhir kita ada dengan dia."

"Betul kata Yoongi, dia perlu kosongkan minda dia." sokong Jungkook.

"Ataupun mungkin dia tengah fikir sama ada patut ke dia teruskan hidup atau tak."

*****

Jungkook's POV


"Ataupun mungkin dia tengah fikir sama ada patut ke dia teruskan hidup atau tak."

Aku dan member yang lain terus berpaling ke arah suara tersebut dan kelihatan Alex dan gengnya sedang berjalan ke arah kami.

"1,2,3,4,5 dan 6. Bukan ke BTS ada 7, mana seorang lagi?" kata salah seorang dari mereka.

"Mungkin dia takut untuk kalah buat kali kedua. Kekalahan  dia waktu perlumbaan pun masih jadi topik hangat dekat Seoul ni." kata Alex dengan nada perli.

"Dia tak kalah, dia masih boleh pergi ke China. Bukan macam kau, mereput dekat tong sampah." balas Taehyung sambil tersenyum sinis.

"1 : 0." umumku.

"Kau yakin ke yang dia takkan end up masuk hospital mental kalau dia masuk perlumbaan dekat China nanti. Kau jamin ke?" 

"1 : 1." balasnya, tersenyum kemenangan.

"Jimin takkan ke mana-mana, dia masih lagi member bts dan akan sentiasa jadi member bts." kataku sedikit marah.

"Sure, kalau macam tu apa kata kalau korang berenam sertai dia je dekat hospital mental." gelak mereka.

Aku menggempalkan tanganku, cuba menahan rasa amarahku.

"Tenang Kook, diorang just nak pancing emosi kau." nasihat Yoongi.

Aku memandang wajah Alex dengan penuh rasa benci manakala dia sudah pun tersenyum dengan bangganya.

"Enough sh*t, let's just start it." kata Yoongi.

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now