Chapter 10 : Ugly

17 2 0
                                    


*****

Naeun's POV


Keesokannya...

Aku berdiri di tengah-tengah koridor yang lengang tanpa ditemani oleh sesiapa. Pandanganku melilau mencari kelibat orang yang dinantikan.

Mop di tanganku diletakkan semula ke dalam baldi. Jam tangan yang dipakai elok olehku dikerling sebentar.

Menandakan sudah 1 jam aku berada di kawasan ni seorang diri. Aku mengeluh dengan kasar lalu duduk di lantai koridor itu.

Badanku disandarkan ke dinding, mataku ditutup buat sementara. Fikiranku yang bercelaru, cuba untuk dikosongkan dari mindaku.

Hanya kesunyian yang menemaniku ketika ini. Aku memandang ke kiri dan kanan.

Suasana koridor yang kosong akibat para pelajar sudah pun pulang ke rumah manakala aku berada di sini untuk melaksanakan hukuman kelmarin.

Situasi ni sangat familiar dengan aku.

Bezanya cuma situasi kini lebih sukar untuk aku lalui. Ianya membuatkan aku rasa pedih.

Aku tak tahu.

Semuanya hanya mengingatkan aku pada dia dan segala memori semasa aku masih bersama dengan dia waktu dulu.

Kenapa dia macam tak kenal aku?

Dia berpura-pura je ke?

Ataupun dia memang dah lupakan pasal aku hanya dalam tempoh beberapa tahun?"

Aku masih tak percaya dengan apa yang terjadi sekarang. Aku berada betul-betul di hadapan dia tapi dia masih tak nampak aku.

Masih tak pandang aku seperti mana dia pandang aku waktu dulu.

Masih tak layan aku seperti mana dia layan aku dengan manja dan baik di waktu dulu.

Mungkin betul apa yang orang selalu kata.

Time changes everyone, including me.

Did I change so much until you can't recognize me, or you just stop loving me?

But the promise...

*****

"Eun, kenapa ada dekat sini?"

Aku memandang ke arah suara tersebut, kelihatan seorang jejaka sedang berdiri tepat di hadapanku.

"Tak boleh ke Eun ada dekat sini?"

"Bukan tak bolehlah, tapi ni depan bilik disiplin. Tak takut ke kantoi dengan cikgu?"

"Tadi Eun hantar buku latihan dekat bilik guru, alang-alang tu Eun teruslah datang sini. Kenapa? Tak suka ke Eun ada dekat sini?"

"Tengok tu, asal cakap macam tu? Tak sukalah macam ni."

Aku tergelak kecil apabila melihat gelagat jejaka itu yang sepertinya merajuk dengan kata-kataku sebentar tadi.

"Comelnya dia bila merajuk." kataku lalu mencubit pipinya dengan kasar.

"Auch, sakitlah. Jomlah balik ke kelas."

Dengan itu, jejaka itu terus menarik tanganku, menyuruhku untuk mengikutinya. Pegangannya diperkemaskan, seperti tidak mahu dilepaskan.

Aku hanya tersenyum melihat sisinya seperti ini.

"Don't smile at me like that."

Aku tersentak mendengarkan kata-katanya namun kembali tersenyum.

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now