Chapter 43 : Tell Me What To Do

2 0 0
                                    


*****

"Wahh, tengok tu."

"Member BTS dah kembali ke sekolah?!"

"Oppa!"

Para pelajar mula berbisik sesama sendiri apabila jejaka yang sudah lama tidak memunculkan diri ke sekolah akhirnya hadir semula ke sekolah seperti biasa.

Member BTS hanya berjalan melepasi para pelajar yang sedang mengelilingi mereka seperti kebiasaannya.

Ada yang berfangirling, ada yang melihat mereka dengan perasaan benci dan ada juga yang melihat mereka dengan takut.

Namun, ada yang sedikit berbeza di antara mereka kerana pada hari ni mereka kekurangan 2 orang ahli termasuklah ketiadaan Yoongi.

"Seokjin, mana Yoongi?" bisik Taehyung kepada jejaka itu.

Seokjin hanya mampu menggelengkan kepalanya menandakan bahawa dia tidak dapat menghubungi rakannya itu.

Namjoon dan Hoseok pula menunjukkan riak wajah yang kecewa namun tidak bagi Jungkook.

"Let him be." kata Jungkook tanpa berperasaan.

Jejaka itu pun dengan lajunya beredar untuk masuk ke kelas tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang lain.

Member bts hanya memandang sesama sendiri sambil terkedu, terkejut dengan ayat yang meluncur keluar dari mulut jejaka itu.

"Kenapa dengan Jungkook?" bisik Namjoon kepada Hoseok.

"Aku pun tak tahu. Aku pun tengah confuse sekarang ni. Bukan ke diorang gaduh pasal benda kecil je ke semalam tapi kenapa sampai jadi macam ni?" balas Hoseok.

"Kalau kau keliru, si Taehyung ni lagilah keliru."

Taehyung hanya mengangguk mengiakan kata-kata Seokjin, namun dia tersedar dari realiti lalu menumbuk lengan jejaka itu.

"Kau perli aku kan."

"Baguslah kalau kau sedar." jawab Seokjin dengan selamba.

"Aku harap benda ni tak kekal lama." Gumam Taehyung diikuti dengan anggukan oleh member yang lain.

*****

Naeun's POV

Aku memeriksa kekemasan pakaianku untuk kali terakhir sebelum mengikat rambutku menjadi pony tail.

Kunci motorbikeku dicapai dan dengan pantasnya aku keluar dari bilikku untuk ke bilik Yoongi.

Aku mengetuk pintunya dan terus memulas tombol pintu tersebut tanpa menunggu sahutan dari jejaka itu.

"Rise and shine, bro." kataku sambil tersenyum lebar.

Namun, aku terus mematikan senyumanku apabila melihat jejaka itu seperti tidak sedar dengan kehadiranku.

Dengan perlahan aku memasuki ruangan biliknya lalu berdiri di hadapannya. Dengan sekelip mata, Yoongi mengangkat wajahnya untuk menatap wajahku.

"Is there something wrong?" soalku dengan nada risau.

"No, not really."

Seperti tidak faham apa yang dikatakan jejaka itu, aku terus menarik kerusi lalu duduk betul-betul di hadapannya

Jejaka itu hanya mampu menggelengkan kepalanya seperti sudah lali dengan perangaiku yang keras kepala.

Aku menyilangkan tanganku lalu menyandarkan badanku, menunggu jejaka itu untuk berkongsi masalahnya denganku.

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now