Chapter 13 : I'm Ok

27 3 15
                                    


*****

Jimin's POV


"Woah!!! Kau berjaya bro!" kataku sambil mengangkat tangan untuk ditepuk olehnya.

"Atas pertolongan kau semua jugak. Aku sendiri tak percaya dengan apa yang terjadi. Ayah aku sendiri sanggup culik aku semata-mata supaya rancangan dia berjaya." kata Jungkook.

Aku hanya memandangnya dengan perasaan kasihan.

Tak sangka Jungkook akan mengalami situasi macam ni. Macam mana kalau papa dia boleh buat lebih teruk daripada ni?

Tak sangka betul.

"Woi, mama dengan papa aku ada jugak ke dekat sana?" soalku kepada Jungkook.

"Aku tak nampak bro, sebab apa yang aku fikir hanyalah untuk keluar daripada rumah tu. Tapi aku rasa diorang ada sebab semua orang ternama ada dekat situ."

"Wow, apa hal ada semua orang ternama? Sebenarnya tu majlis sempena apa?" soal Namjoon pula.

"Kau memang takkan percaya dengan apa yang aku akan bagitahu. Majlis yang papa aku adakan adalah majlis pertunangan untuk aku dan anak Tuan Choi."

"What! Anak Tuan Choi? Si diva Yena tu?" kata Taehyung dengan terkejut.

"Wah, mujur kau memberontak Jungkook, kalau tak matilah kitorang kena jadi kuli dia." ujar Hoseok.

"Rancangan yang paling tak masuk akal. Papa kau memang dah gila sehinggakan decide untuk tunangkan kau dengan Yena pada usia muda macam ni?" kata Yoongi dengan marah.

Aku menepuk bahunya, menyuruhnya untuk bertenang.

Aku tahu yang Jungkook merupakan orang yang amat penting untuk Yoongi. Diorang merupakan masing-masing punya savior.

Jungkook pernah selamatkan Yoongi daripada dibunuh oleh beberapa orang jahat. Yang pasti Yoongi pun tak kenal siapa orang-orang tu.

Yoongi dan eommanya pulak pernah selamatkan Jungkook daripada satu kemalangan yang melibatkan Jungkook dan arwah mama kandungnya.

Sejak daripada tu, diorang jadi kawan baik dan dioranglah yang tolong aku dan yang lain. Diorang berdua yang kumpulkan kitorang berlima dan namakan grup kitorang sebagai bts.

Dan setelah tu, kitorang pun jadi rapat dan berjanji untuk sentiasa ada antara satu sama lain. 

"Rilekslah, asalkan aku ada dengan korang sekarang. Thanks sebab tolong aku keluar dari rumah tu. Anyway, nak lepak dekat rumah siapa malam ni?" soal Jungkook.

"Hoseok dengan Taehyung memang dah tak available. Hoseok kan bekerja, Taehyung pulak sebab ayah dia ada dekat rumah." ujar Namjoon.

"Rumah kau pun mesti tak available kan?" soal Yoongi.

"Asal pulak?"

"Kitorang tak nak menyusahkan keluarga kaulah. Keluarga kau kan dah banyak tolong kita dan Jina kan perempuan, mesti dia tak selesa sebab ramai sangat lelaki dekat rumah korang." jelas Jungkook mewakili Yoongi.

"Betul jugak walaupun korang sebenarnya tak menyusahkan pun. Apa kata rumah Jin?"

"Wooo, aku memang tak boleh bagi korang masuk rumah aku time ni."

"Kenapa? Ada something tak kena?" soalku.

"Panjang cerita, nanti aku bagitahu."

Aku rasa Jin mesti ada masalah lagi dengan mama dan papa dia. 

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now