Chapter 26 : Blue

15 2 9
                                    


*****

Beberapa hari berlalu...


Suyeon berlari sambil tangannya membawa dua buah beg yang sepertinya dipenuhi dengan kelengkapan drirnya untuk beberapa hari.

Sebaik sahaja dia tiba di sebuah bas, dia mendapati bahawa masih ramai pelajar yang baru sampai ke situ.

Dia pun terus meletakkan begnya lalu beratur di dalam barisan. Topi cap yang dipakai olehnya dibetulkan sedikit bagi membenarkan pandangannya menjadi lebih jelas.

Seperti teringatkan sesuatu, gadis itu terus memandang ke kiri dan kemudiannya ke kanan. Namun apa yang dicarinya seperti tiada di sekitar luar bas tersebut.

Apabila tiba gilirannya, gadis itu terus bersuara kepada seorang wanita yang merupakan jurulatihnya.

"Coach, semua orang dah cukup ke?"

Wanita itu terus memerhati kertas di tangannya dengan teliti supaya tidak tersilap pandang.

"Semua dah cukup dan awak adalah orang last." katanya dengan tersenyum sinis.

"Maaflah coach, mama saya banyak sangat pesanan tadi sampaikan saya pun tak perasan dah pukul berapa."

Wanita itu hanya mengangguk lalu menyuruh Suyeon untuk masuk dan mengambil tempat duduk.

"Alamak, semua tempat dah penuh. Aku kena duduk dekat mana?" bisik gadis itu.

"Suyeon-shi, masih ada satu tempat duduk yang kosong dekat belakang sana." kata salah seorang pelajar membuatkan mataku terus dialihkan ke arah yang ditunjuk oleh lelaki itu.

Suyeon terkedu buat sementara.

Dia seakan-akan tidak mahu duduk di satu-satunya tempat yang masih kosong apabila mendapati seseorang yang bakal berkongsi tempat duduk dengannya ialah Park Jimin.

"Baiklah, semua orang duduk di tempat masing-masing. Kita dah nak bertolak."

Dengan terpaksanya, gadis itu berjalan ke tempat duduk yang paling belakang dan duduk di sebelah Jimin.

Tanpa memandang ke arah gadis itu, Jimin bersuara dengan dinginnya.

"Siapa bagi kau kebenaran?"

"Untuk beberapa minit dalam bas je, dalam kapal terbang aku takkan kacau kau." kata gadis itu lalu bermain dengan fonnya.

Mereka berdua hanya membuat hal masing-masing, seolah-olah mereka tidak berkongsi tempat dengan sesiapa.

Jimin memasang lagu pada tahap maksimum sambil membuang pandangannya jauh ke luar tingkap, menikmati pemandangan.

Jejaka itu sedikit pun tidak memandang ke arah Suyeon.

Suyeon faham akan perangai acuh yang diberikan oleh jejaka itu kepadanya, lagi-lagi selepas peristiwa pergaduhan mereka di kolam renang beberapa minggu yang lalu.

"Kenapa bila dia ada depan mata aku, rasa bersalah dalam diri aku ni semakin membuak-buak." bisik hatinya.

*****

Suyeon's POV


"Suyeon, awak dah ada partner ke?"

"Partner apa?" soalku, tidak pasti dengan apa yang dikatakan oleh ahli pasukanku.

"Kelmarin kami berenam berbincang dengan pasukan lelaki tentang partner seat dalam kapal terbang."

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now