Chapter 37 : Think Of You

12 3 3
                                    


*****

Jungkook's POV

"Mama!!"

Aku terkejut dari lenaku lalu memandang ke sekelilingku, cuba untuk mengenal pasti keberadaanku ketika ini.

Kepalaku disentuh apabila terasa ia masih lagi berdenyut. Aku cuba untuk mengingati apa yang berlaku namun hampa.

Aku tak ingat langsung apa yang terjadi dan macam mana aku boleh ada dekat sini.

Aku cuba untuk turun dari katil tersebut namun sebaik sahaja aku berdiri, badanku menjadi tidak stabil dan aku terjatuh.

Tiba-tiba, seseorang masuk lalu menolongku untuk berdiri. Aku cuba untuk membuka mataku untuk melihat gerangan tersebut.

Sebaik sahaja mataku bertemu dengan sepasang mata milik gadis itu, segala pergerakanku terhenti.

Hanya tatapan yang berbalas.

"Kau tak apa-apa ke?" soalnya dengan lembut membuatkan hatiku seolah-olah cair apabila mendengar suaranya.

Tiba-tiba kepalaku kembali berdenyut membuatkan tanganku dengan refleksnya memegang kepalaku dengan kasar.

Aku hanya mampu menahan kesakitan yang teramat ketika ini dan gadis di hadapanku terus menjadi panik.

Tanpa disedari, dia memegang tanganku yang masih berada dikepalaku lalu dia mengangkat wajahku, membuatkan aku memandang tepat ke arahnya.

Dia memberi senyumannya kepadaku walaupun tampak jelas wajahnya yang sedikit risau dan sedih.

Tidak lama kemudian, keadaanku kembali kepada normal dan aku dibaringkan semula ke atas katil.

Aku mengalihkan pandanganku ke luar tingkap manakala pemikiranku masih lagi terganggu dengan situasi sebentar tadi.

Untuk pertama kalinya, aku dapat tatap mata dia dengan lama macam tu. Baru aku sedar yang mata dia adalah keistimewaan dia.

Kerana mata dia, aku telah tunduk kepada seorang perempuan.

"Kau rasa sakit lagi ke?"

Aku hanya menggelengkan kepala, masih tidak berani untuk memandang ke arah gadis itu.

"Like seriously boy!" katanya dengan nada yang kuat.

Aku memandang ke arah gadis itu dengan riak wajah pelik.

"Are you blushing?" soalnya sambil tersenyum sinis.

"Nonsense."

Kataku sambil menggulingkan mataku. Gadis itu hanya tergelak perlahan membuatkan aku tertumpu kepadanya.

"Kenapa kau ada dekat sini dan berpakaian sekolah?"

"First, ni bukan rumah kau. Second, aku tak kena gantung sekolah."

"Kau perli aku eh."

"Kau terasa ke?" katanya dengan nada yang menyampah.

"Drop it."

Aku pun berpaling semula ke arah tingkap, membelakangi gadis itu. Aku cuba untuk merehatkan mindaku dengan tidur.

"Aku yang selamatkan kau semalam dan aku datang sini sebab nak tengok macam mana keadaan kau sekarang ni."

Oh, jadi dia yang selamatkan aku dari kena culik.

Tapi, mana member yang lain?

Aku ingatkan diorang yang selamatkan aku.

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now