Chapter 32 : Unlucky

8 3 1
                                    


*****

Naeun's POV

"Awal datang hari ni."

Aku terus berpaling ke arah suara tersebut lalu terlihat Nara berjalan ke arahku.

"Oh Nara. Good morning."

"Morning for you too. Jom jalan sama-sama."

Aku hanya mengangguk lalu berjalan beriringan dengan gadis itu. Belum sempat aku membuka mulut, gadis itu terlebih dahulu berbicara.

"Lily, pasal kelmarin tu saya minta maaf sebab tak dapat tolong awak."

"Eh kenapa minta maaf pada saya pulak, bukan saya yang dalam masalah pun. Saya sendiri pun hanya nak tolong diorang tapi nak buat macam mana, luar dari kemampuan."

"Saya pun tak tahu nak kata macam mana. Taeyon sendiri pun tak mampu nak buat apa-apa."

Aku hanya mengangguk mendengar penjelasannya.

"Lupakan tentang tu. Sebenarnya Nara, saya ada sesuatu nak tanya awak."

"Oh, apa dia?" soalnya.

"Siapa lelaki yang kacau awak kelmarin tu?" soalku, ingin tahu.

"Jae, dia sepupu saya." jawabnya dengan tidak berminat.

"Sepupu?" soalku, tidak percaya.

Gaya dia semalam macam nak pikat si Nara ni tapi ternyata sepupu rupanya. Tapi tak salah pun kalau sepupu jatuh cinta dengan sepupu kan?

"Then, kenapa dia macam flirt dengan awak?"

"Gila agaknya, tapi saya tak suka orang macam dia. Perangai macam samseng yang tak pergi sekolah langsung. Memalukan keluarga je. Lagipun..." 

Dia terus menghentikan langkahnya lalu mendekati wajahnya ke telingaku.

"Saya dah berpunya." bisiknya membuatkan aku terkejut.

"Biar betul? Bertuahnya awak dah berpunya, saya ni dah mereput tapi tak ada orang pun sukakan saya." gurauku.

"Tipulah, saya tahu masa awak dekat overseas dulu mesti ramai konfes dekat awak tapi mesti awak yang jual mahal kan?"

"Eh mana awak tahu?" kataku sambil tergelak.

"Sebab setiap kali saya terserempak dengan awak dekat toilet, saya mesti nampak satu rantai tersembunyi elok dekat kolar baju awak."

Aku sedikit tergamam.

"Jangan risaulah, saya seorang je yang ada pandangan tajam dalam kawasan sekolah ni. Lain kali hati-hati, saya takut nanti kena rampas." katanya sambil tersenyum.

Dia pun meneruskan perjalanannya sambil diikuti olehku.

"So, awak seorang yang setia nampaknya."

Aku hanya tersenyum mendengarkan kenyataan yang keluar dari mulut gadis itu.

"Yes, I guess."

*****

Suyeon's POV

HORRAY!!!

Jelas kedengaran sorakan yang diberikan oleh para penyokong dan ahli-ahli pasukanku yang teruja dan gembira dengan keputusan yang baru diperoleh.

Setakat ni, mata sekolah kami masih lagi mendahului mata sekolah-sekolah lain.

"Malam ni kita akan buat sedikit makan-makan untuk raikan peserta-peserta yang gigih bertanding pada hari ni dan untuk kurangkan nervous pada kedua hero dan heroin kita yang akan bertanding esok."

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now