Chapter 35 : Secret

8 3 0
                                    


*****

Jungkook's POV

"Mana pulak perginya si Kim Taehyung?" kataku dengan suara perlahan.

Aku baru sahaja sampai dekat supermarket ni beberapa minit yang lalu dan aku dah hilang jejak budak tu.

Aku harap dia tak beli banyak sangat sebab aku takut nanti habis semua duit belanja aku untuk bulan ni.

Walaupun duit arwah mama masih ada dalam bank aku, tapi tetap aku akan berbelanja dengan cermat.

Aku kena guna duit tu bila aku ada dalam kecemasan.

Tapi aku takkan marah budak tu sebab berbelanja terlampau banyak. Aku tahu dia pun susah nak dapat duit belanja dia.

Lagipun, dia hanya ada kakak dia untuk tanggung segalanya.

Kehidupan Taehyung pun tak berapa baik dan bagi aku ianya amat menyedihkan. Dia kehilangan ibunya beberapa tahun yang lalu.

Sejak itu, kakak dia yang jaga dia dan beri segalanya padanya. Dia hanya ada kakaknya dan member bts yang lain.

Ayah dia pulak selalu tiada dekat rumah.

Aku kurang tahu pasal latar belakang keluarga Taehyung sebab jejaka tu tak terbuka sangat tentang masalah keluarga dia.

Yang aku tahu hanyalah tentang ibu dan kakaknya yang merupakan segalanya bagi Kim Taehyung.

Mungkin sebab tu jugak perangai Taehyung sukar untuk orang lain faham.

Tapi aku tak kisah sebab bagi aku, dia okay dan cool. Perangai dia taklah seteruk yang orang lain bagitahu.

Termasuklah yang orang bagitahu dia bunuh seseorang.

Orang hanya tahu apa yang mereka nak tahu.

I hate this society.

"Jeon Jungkook!"

"Kim Taehyung!"

"Kenapa kau jerit?"

"Perlu ke aku tanya soalan yang sama pada kau?"

"No need. Anyway, I want to buy all of this."

Aku melihat ke arah tangannya yang memeluk pelbagai jenis jus dan juga paket snek. Aku kemuadiannya melihat ke wajahnya.

"This much?"

"Nae, aku nak buat stock dekat rumah kau sebab lain kali aku takkan teman kau untuk datang sini lagi."

Aku hanya mengrollkan mataku.

"Kata orang yang akan habiskan segalanya hanya dalam masa satu hari."

Taehyung hanya menggaru kepalanya sambil tersengih.

"Jom, aku dah letih." kataku kepadanya.

Dia hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Setelah selesai membayar, aku dan Taehyung terus berjalan keluar lalu menuju ke arah keretaku.

Tanpa membuang masa, aku terus memandu untuk pulang ke rumah. Taehyung pula sudah terlebih dahulu tidur di sebelahku sambil memeluk barang yang baru dibeli tadi.

Nampaknya dia terlampau penat.

He must be too tired with this world.

Sedang aku memandu dengan tenangnya, tiba-tiba aku perasan sesuatu yang sedikit mencurigakan.

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now