Chapter 7 : Silver Spoon

16 2 0
                                    


*****

Jungkook's POV


"Jungkook, kau ada plan nak masuk apa-apa ke?" soal Taehyung kepadaku.

Aku hanya mengangkat bahuku, tanda tidak tahu.

Sebenarnya, aku kena tanya Yoongi dulu. Mana tahu kalau dia tak nak buat apa-apa kan.

"Jangan risau, aku dah tanya Yoongi tadi. Dia kata dia akan join tahun ni." 

Kata-kata Namjoon membuatkan aku berasa gembira. Nampaknya tahun ni bolehlah aku manfaatkan betul-betul masa untuk bersuka ria kan.

"Kalau macam tu, aku akan sertai sebanyak mana yang boleh aku sertai." ujarku dengan teruja.

Tiba-tiba, Minjun si ketua kelas masuk lalu berdiri di hadapan kelas. Aku dan yang lain memandang tepat ke arahnya membuatkan dia sedikit menggigil.

Rilekslah, bukan kau ada buat salah pun kan.

"Baiklah, memandangkan hari sukan tahunan akan berlangsung tak lama lagi, kita akan berbincang untuk penyertaan bagi setiap aktiviti."

Aku hanya melihat sekeliling apabila tidak mendengar sebarang sorakan. Aku memandang ke arah member yang lain.

Mereka hanya membalas dengan mengangkat bahu masing-masing.

"Ada apa-apa cadangan?" 

Sekali lagi kelas menjadi senyap. Kelas ni memang sangat membosankan.

Apa kata kalau kita buat sedikit kekecohan, tak kisahlah ada presiden dengan vice dia pun.

Lagipun, hidup dia memang sangat membosankan ke?

Let me teach them, how to have some real fun in their life. 

Aku menepuk tanganku dengan kuat, menarik perhatian setiap pelajar yang ada di dalam kelas tersebut.

"Nak bincang pasal hari sukan macam nak bincang pasal hari kematian pulak. Excitedlah sikit." 

Aku terus berjalan ke arah Minjun lalu menghulurkan tanganku. Tanpa ragu-ragu, dia pun memberikan kertas penyertaan tersebut ke tanganku.

"Let me help you." kataku sambil tersenyum sinis.

"There will be 5 activity between class and 3 activity between batch." umumku.

Mataku memandang setiap pelajar yang berada di dalam kelas. Mataku tertangkap seseorang yang sedang menjadi targetku.

Lily.

"Lily, Nara, Hoseok dan Taehyung akan menyertai lumba lari. Acara ni merupakan acara antara kelas."

Reaksi gadis itu terus berubah, membuatkan senyuman sinisku menjadi semakin lebar.

"Hey, you can't do it!"

"Lily, it's okay." Yeorum cuba untuk menenangkan gadis itu.

"My day, my rules."

Memberku yang lain sudah bersorak mendengarkan kata-kataku sebentar tadi.

"Aku, Jin dan Taeyon akan masuk archery."

Aku terus memandang ke arah Taeyon. Dia hanya memandangku dengan jelingan tajam.

"Oh come on, you're a student council president. Mestilah kena bermain untuk batch, barulah nampak jiwa kepimpinan tu."

Member yang lain makin galak bersorak sambil menepuk tangan.

"Aku, Jimin dan Yoongi akan bermain basketball, ada bantahan?"

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now