Chapter 24 : Look

14 2 8
                                    


*****

Naeun's POV


[FLASHBACK]


"Im Naeun, kamu okay ke?"

Aku hanya mengeleng dengan perlahan, membalas persoalan yang ditujukan oleh guru matematikku.

"Boleh saya minta diri untuk ke tandas?"

"Oh, boleh. Pergilah."

Dengan itu, aku terus keluar dari kelasku, mengendahkan segala tatapan dan ejekan yang diberi oleh rakan sekelasku yang lain.

Aku terus melepaskan keluhan sebaik sahaja keluar daripada kelas tersebut. Aku mengatur langkah untuk ke tandas.

Sedang aku leka berjalan di sepanjang koridor, pandanganku terhenti pada seseorang yang sedang berdiri di hadapan kelasnya. 

Jeon Jungkook.

Aku kena larikan diri daripada dia kalau tak nanti mesti aku kena buli dengan dia. Lebih baik aku lalu koridor lain.

Sebaik sahaja aku berpaling, badanku terlanggar dengan badan seseorang membuatkan aku dan dia jatuh

Oh, tidak.

"Hoi, kau buta ke? Aku rasa kau dah pakai cermin mata, tebal pulak tu. Still kau boleh langgar aku?"

Aku pun terus bangun lalu menunduk kepada lelaki itu dan berkata.

"Maaf, saya minta maaf. Saya kena pergi."

Sekali lagi badanku ditolak kasar oleh salah seorang daripada mereka, membuatkan aku jatuh semula ke lantai.

"Kau ingat, senang-senang je kitorang nak beri kau lepas?"

"Dahlah berlagak pandai, semua cikgu sukakan kau gara-gara otak kau yang pandai tu."

"Kau tahu tak yang cikgu tu hanya gunakan kau untuk buat sekolah ni popular, huh?"

Mataku tidak memandang ke arah mereka, sebaliknya mataku hanya tertumpu pada lantai dan berharap agar aku tidak dikerjakan dengan teruk seperti hari-hari yang lain.

Tiba-tiba terasa seperti cecair sejuk mengalir dari atas kepalaku seperti air terjun tetapi ianya melekit.

Aku menggigil kesejukan apabila cecair tersebut menyentuh kulitku.

"Sedap dapat mandi dengan jus? Free lagi kan? "

Aku hanya mampu mendiamkan diri. Sehinggalah...


BBUK!! BBUK!!

"J-Jeon Jungkook?" ujar lelaki itu.

Mendengarkan nama jejaka itu disebut, aku terus mengangkat kepalaku lalu mataku bertembung dengan sepasang mata miliknya.

Sedar akan hal itu, aku terus mengalihkan pandanganku ke arah lain.

Jejaka itu pula sudah pun bangun dari posisi melututnya dan tangannya menarik tanganku, menyuruhku untuk berdiri.

"Korang buat apa dekat sini? Kerjakan perempuan? Huh, pathetic." katanya sambil tergelak sinis.

"Huh, Jungkook. Kau kena belajar untuk tak masuk campur hal orang lain, tahu tak?"

"Of coarselah aku belajar, cikgu pun ada ajar dalam kelas tapi guess what? Aku hanya tidur."

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now