Chapter 8 : Unfair

21 2 0
                                    


*****

Naeun's POV


Apa yang malang sangat dengan nasib aku?

Dalam masa satu hari aku melalui semua benda yang aku paling tak suka.

First, aku dipaksa untuk menyertai kejohanan lumba lari pada hari sukan nanti. Lumba lari adalah aktiviti yang paling aku lemah.

Second, aku berhadapan dengan perempuan yang paling gedik dan tak disangka dia merupakan girlfriend kepada Jungkook.

Setahu aku, orang macam Jungkook tu takkan date dengan perempuan macam tu sebab ianya akan mengganggu privacy dia.

Third, eomma tak dapat ambil aku dari sekolah hari ni gara-gara ada meeting yang tak dapat dielakkan.

Last, abang aku dah lama balik tinggalkan aku seorang diri berjalan kaki tengah-tengah panas macam ni.

Menyedihkan.

Kenapa semua benda ni berlaku pada aku dalam masa satu hari?

Kalau tak disebabkan perempuan sewel bernama Yena tu, aku takkan melalui pun situasi macam ni.

Aku pun hanya terus berjalan sambil menyepak batu di tanah. Di fikiranku ketika ini hanya satu benda yang difikirkan.

Lambat lagi ke nak sampai rumah?

Aku dah lapar sangat-sangat ni.

Eomma.

Apalah dosa Naeun pada eomma? Sampaikan Naeun terpaksa melalui saat sukar macam ni.

Menyesal aku tak ikut Suyeon tadi, kalau tak dah lama aku sampai dekat rumah sekarang ni.

"Woi!! Kau ingat kau boleh ugut orang sesuka hati ke huh!!"

Aku terkejut mendengarkan jeritan seseorang yang sepertinya datang dari arah kananku, di mana terdapat sebuah lorong kecil.

Tapi jeritan tu, aku kenal suara jeritan tu.

Ianya kepunyaan Jungkook.

Dengan perlahan, aku menapak ke belakang semula untuk berlindung di sebalik sebuah kereta.

Aku pun cuba untuk mencuri dengar perbualan mereka sambil mataku cuba untuk detect siapa yang sedang mereka marahi.

"Kau jangan nak masuk campurlah, kau tak kenal dia macam aku kenal dia. Lagipun, kau tu budak sekolah lain, jangan nak masuk campur urusan sekolah kitorang."

Oh, maksudnya betullah tekaan aku yang mereka semua tu dari sekolah lain.

"Aku tahu. Aku cukup tahu, tapi kau tahu tak aku ni seorang yang cukup degil untuk dengar cakap kau." ujar Taehyung.

Wow, dengar macam seram.

Meremang bulu roma aku.

"Oh ya. Kalau macam tu, apa kata kalau aku hadiahkan kau satu penumpuk untuk buang segala kedegilan dalam diri kau tu, termasuklah kawan-kawan kau yang lain."

Lelaki ni memang tak takut ke ataupun dia pura-pura berani?

Dia memang tak kenal ke dengan siapa dia deal sekarang ni?

Dia memang dah hilang akal ke?

Kejap, kalau macam tu aku dikira dalam golongan hilang akal jugaklah sebab cari pasal dengan diorang pada hari first sekolah kan?

Abaikan.

"Kau sure ke nak pukul kitorang berenam?" soal Namjoon dengan sinis.

"Kenapa kau ingat aku takut ke nak lawan dengan korang yang so called gangster of school?"

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now