Chapter 11 : Crazy

19 2 10
                                    


*****

Seokjin's POV


"I'm home."

"Huh, tuan dah balik. Macam mana dengan sekolah hari ni?"

Soal wanita tua yang dikenali sebagai mak cik Hyun. Dia merupakan orang gaji yang paling lama di rumahku.

Dia cuba untuk mengambil beg galasku namun sempat ditahan olehku.

"Tak perlulah susah, Jin kan dah besar. Setakat beg macam ni, takkanlah Jin tak boleh galas sendiri kan? Anyway, sekolah macam tak ada apa yang menarik pun."

Mak cik Hyun hanya tersenyum kepadaku.

"Tapi, mak cik kan ditugaskan untuk jaga tuan dengan sebaiknya."

"Itu satu hal lagi, tak sedaplah dengar perkataan tuan tu. Nama saya Jin bukannya Tuan, mak cik Hyun. Sekali lagi mak cik panggil saya macam tu, saya tak nak kawan dengan mak cik." ugutku dengan lembut.

"Kamu ingat mak cik termakan ke dengan ugutan kamu tu?"

Mendengarkan kata-katanya, aku terus memuncungkan bibirku tanda merajuk. Dia terus memelukku lalu membawaku ke ruang makan.

"Kenapa nak merajuk pulak? Okay, mak cik tahu apa yang boleh buat Jin senyum balik. Nah, mak cik ada masakkan makanan kegemaran Jin."

Mood aku terus berubah menjadi ceria apabila melihat makanan kegemaranku terhidang di hadapanku ketika ini.

Ianya nampak sedap dan mengliurkan hanya dengan melihat.

Aku memandang ke arah wanita itu yang sedang menghidang pinggan di hadapanku. Dengan perlahan, aku duduk.

"Mak cik Hyun ni, nak merajuk lama-lama pun tak boleh."

Wanita itu hanya tergelak kecil melihat telatahku.

Setelah makananku siap dihidang olehnya, dia hanya berdiri di penjuru ruang makan, melihatku makan dari jauh.

"Mak cik dah makan ke?"

"Dah, sebelum kamu balik lagi."

Aku cuba untuk mencari topik untuk berbual dengannya. Tiba-tiba satu persoalan terlintas di fikiranku.

Aku masih nak tanya walaupun aku dah tahu jawapan untuk soalan tersebut.

"M-mama dan papa bila balik?"

Aku menyoal, tidak berminat. Mataku hanya memandang ke arah makanan tersebut daripada memandang wanita itu.

"Tak lama lagi dia berdua akan balik."

Mataku memandang ke sekeliling lalu terhenti apabila terdapat beberapa buah beg terletak elok di tepi tangga.

"Kali ni diorang pergi mana pulak?"

"E-entahlah, mak cik tak pasti. Kali ni, mereka tak ada bagi tahu mak cik apa-apa."

Aku mengangguk dengan perlahan.

Aku rasa aku tahu diorang nak pergi mana. Kenapa diorang tak bagitahu aku?

Diorang memang tak nak aku ikut ke?

Siapa aku dan siapa mereka?

*****

Jungkook's POV


Aku mendongakkan kepalaku ke langit, memandang langit biru yang terbentang luas dihiasi dengan kepulan awan.

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now