Chapter 33 : I Believe

4 3 0
                                    


*****

Naeun's POV


"Unnie tak ingat langsung ke siapa yang jaga Jungkook pada masa tu?" soalku.

"Tak, sebab sebaik sahaja Jungkook keluar dari hospital, tu kali terakhir unnie jumpa dengan mereka." katanya dengan nada hampa.

Aku tahu unnie mesti nak sangat tolong aku tapi dia hanya mampu tolong setakat tu sahaja.

"Maksudnya, Jungkook duduk dengan mereka sehingga sekarang?"

"Ya, tapi sekarang Jungkook duduk di rumah arwah mama dia yang lama ditinggalkan."

Aku hanya mengangguk.

"Selama dia duduk dekat sini, ada apa-apa ke yang jadi?"

"Lepas Jungkook keluar dari hospital, wanita tu terus bawa dia ke Seoul supaya Tuan Jeon tak tahu yang Jungkook masih lagi hidup.

Tapi, dua minggu selepas tu, unnie terkejut sangat sebab Jungkook muncul depan mata unnie."

"Kenapa dia balik ke sana?"

"Dia tak balik dengan sendirinya, dia dipaksa."

"Tuan Jeon yang paksa?"

Jade unnie hanya mengangguk dengan perlahannya.

"Apa masalah dia?! Apa yang dia tak puas hati dengan Jungkook?!"

Jade unnie cuba menenangkan emosiku dengan memegang kedua belah tanganku dengan eratnya.

Aku memandang ke arah gadis itu.

"Mesti dia ambil kesempatan atas Jungkook sebab dia hilang ingatan. Betul tak?"

"Kita semua tahu perangai Tuan Jeon yang sebenar."

Aku mengetapkan bibirku, geram mendengarkan kenyataan pahit yang dilalui oleh orang yang sangat disayangi olehku.

"Jungkook kena kurung dalam bilik selama 2 minggu sehinggalah Jungkook dapat terima kenyataan yang tu memang rumah dia.

Tapi, Jungkook tak dibenarkan keluar daripada rumah sebab berita pasal kematian Jungkook tu masih lagi tersebar. Tuan dan Puan pun selalu burukkan pasal arwah mama."

WHAT!!!

"Macam mana dengan keadaan Jungkook?" soalku ingin tahu.

"Keadaan Jungkook tak begitu baik. Unnie dengan yang lain pun rasa pelik dengan semua benda tu sebab Jungkook tak pernah skip makan ubat.

Doktor pun sentiasa datang untuk buat check up setiap hujung minggu. Tapi doktor tu kata mungkin kesan daripada trauma yang dialami oleh Jungkook buatkan dia susah nak pulih."

Aku berfikir sejenak.

Trauma?

Masuk akal jugak.

"Lepas tu, apa jadi?"

"Beberapa minggu selepas tu, Jungkook mengamuk depan kami semua. Dia kata dia tahu apa yang Tuan Jeon rahsiakan selama ni.

Masa tu, semua orang macam terkejut sebab Jungkook dah ingat sebahagian dari memori dia. Tuan Jeon cuba untuk brainwash dia tapi Jungkook lagi kuat.

Unnie bersyukur sangat bila nampak perubahan baik pada Jungkook. Malam tu jugak Jungkook keluar dari rumah tu dan unnie suruh dia pergi ke Seoul semula.

Sejak daripada tu, unnie rasa lega sebab Jungkook akhirnya terlepas dari neraka tu."

"Tapi unnie, benda tu masih tak berakhir."

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now