Chapter 14 : Scenery

28 3 17
                                    


*****

Naeun's POV


Mataku cuba untuk dicelik dengan perlahan-lahan. Perkara pertama yang aku buat ialah mengenal pasti di mana keberadaan aku ketika ni.

Serta merta mataku bertemu dengan sepasang mata milik jejaka yang kini sedang tersenyum kepadaku.

Aku mengerutkan dahi lalu bertanya.

"Apa yang jadi?"

"Kau pengsan sebaik sahaja selesaikan larian kau tadi. Anyway, kau rasa okay sikit ke sekarang?"

"A little bit."

"Kau risaukan seseorang tadi."

"Seseorang?" soalku kepada jejaka itu.

"Maafkan aku. Kalaulah aku ada jugak semalam, kau mesti takkan terlibat dalam masalah aku."

"Jangan risaulah, aku okay."

Dengan perlahan, aku berpaling ke sebelah kiriku dan sedikit terkejut dengan apa yang baru aku lihat.

"Kenapa dengan Jungkook?"

"Entah, dia tiba-tiba pengsan selepas dia sampai ke padang utama."

Apa yang terjadi sebenarnya?

Pandanganku masih lagi tertumpu ke arah Jungkook yang sedang berbaring dan di sebelahnya terdapat seseorang yang sentiasa setia padanya.

Min Yoongi.

Aku kembali berpaling ke arah jejaka tadi yang masih kekal duduk di sebelahku.

"Mana kawan-kawan kau yang lain?"

"Jimin dan Taehyung pergi beli makanan untuk aku bertiga dan kau. Namjoon dan Jin pulak dekat padang, uruskan tentang aktiviti yang belum selesai."

"Suyeon dengan Yeorum?"

"Suyeon dengan Yeorum yang tolong rawat kau tadi, Then, dia tinggalkan kau sebab Suyeon memang tak boleh bersua muka dengan Jimin. Yeorum pulak terpaksa sebab dia kena uruskan aktiviti lain. Kenapa? Kau tak suka ke kitorang ada dekat sini?"

"Bukan macam tu lah, aku cuma nak tahu je sebab aku rasa pelik."

"Pelik sebab aku baik dengan kau?"

Aku mengangguk dengan perlahan membuatkan Hoseok membalas dengan gelak sinis.

"Chill sis, aku baik dengan kau pun sebab aku tahu kau ni siapa."

Aku hanya terdiam.

"Kau rasa tak selesa eh?"

"Bukanlah, cuma kau buat aku terfikir sesuatu."

"Fikirkan apa? Bukan ke kau jugak yang rahsiakan diri kau daripada kitorang, so sebab tu lah Yoongi pun rahsiakan segala tentang kitorang daripada kau."

Aku membalas dengan anggukkan.

Betul jugak tu.

Aku yang decide untuk rahsiakan latar belakang aku yang sebenar, sebab tu lah Yoongi pun rahsiakan segala tentang mereka.

"Hoseok, kau janjikan dengan aku yang kau takkan bagitahu diorang pasal ni. Kau kena tunaikan janji kau antara aku dan Yoongi."

"Janji."

"Kau kena act normal sehingga aku sendiri yang decide untuk bagitahu semua orang."

"Nae, aku janji. Kau ingat aku ni orang yang mungkiri janji ke?"

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now