Chapter 18 : Love Scenario

14 2 5
                                    


*****

Naeun's POV


Keesokan harinya...

Aku bergegas turun ke bawah akibat aku bangun lewat pada hari ni. Aku memandang ke sekeliling ruangan namun kelibat abangku sedikit pun tidak kelihatan.

"Cari abang kamu ke?"

Aku hanya mengangguk sambil kakiku dengan cepat menyarung kasut sekolahku. Tanganku pula sibuk menyarung blazer sekolah.

Eomma dengan perlahan-lahan menghulurkan sekeping roti ke mulutku. Lantas aku meragut roti tersebut membuatkan eomma terkejut lalu tergelak.

Aku memandangnya dengan pelik.

"Why are you laughing at me?"

"Kenapa tergesa-gesa sangat? Mana jam tangan kamu yang mama berikan tu?"

Alamak.

Aku tertinggal dalam bilik.

Dengan pantas aku ingin naik semula ke atas namun pergerakanku terhenti apabila seseorang menarik tanganku lalu memakaikanku jam tersebut.

"Lain kali, jangan tinggal atau lupa benda berharga. Lagi-lagi jam yang arwah mama bagi."

Aku memandangnya dengan pelik.

"Jam ni berharga kerana pemiliknya tapi yang paling penting masa. Masa adalah suatu benda yang kita perlu hargai sepanjang hayat kita."

Aku dan eomma saling berpandangan dengan riak wajah tidak percaya.

Biar betul dengan abang aku ni?

Dia tak sihat ke atau ada something yang terjatuh atas kepala dia ataupun sebab dia tidur buas sangat kepala dia mungkin terhantuk pada katil tanpa dia sedar.

Seperti dia boleh membaca fikiranku, dia pun menjawab,

"Tak ada apa yang berlaku, jangan risau. Cuma nak test sama ada otak dalam kepala ni boleh berfungsi macam orang bijak ke tak."

"Oh maksudnya kamu nak mengakulah yang selama ni kamu tak bijak?" soal eomma membuatkan aku ketawa.

"Bukan tak bijak, tapi kurang bijak. Itu baru ayat yang betul untuk putera kacak eomma ni."

Dengan tiba-tiba, aku berhenti ketawa bila teringat yang aku sebenarnya dah lambat nak ke sekolah.

Aku pun terus bergegas ke arah pintu rumah semula meninggalkan mereka berdua dalam keadaan terpinga-pinga.

"Kamu nak pergi mana?" soal eomma.

"Nak pergi sekolah?"

Eomma tertawa manakala abangku sudah menggelengkan kepala dan menepuk dahinya dengan perlahan.

"Adikku sayang. Jam dah ada dekat tangan, tak boleh tengok lagi ke pukul berapa sekarang?"

Dengan itu, jam ditangan terus dikerling olehku.

Pukul.... damn.

Still awal.

Buat apa aku nak pergi ke sekolah pada waktu awal macam ni.

*****

Jungkook's POV


"Jeon Jungkook."

Aku berpaling ke arah suara tersebut dan kelihatan seorang gadis sedang berjalan menghampiriku.

Different Between Us [JJK]Where stories live. Discover now