BAB 07

262 26 4
                                    

Haniss terjaga apabila dia terdengar bunyi alarm milik telefonnya. Dia terus bangun untuk menunaikan solat zuhur sebelum balik ke rumah.

Selepas menunaikan kewajiban, dia bersiap - siap untuk pulang ke rumahnya. Shawl berwarna grey yang dipakainya tadi dicapai lalu dililitkan di kepala dengan kemas.

Kotak merah hati itu serta beberapa pakaian miliknya dimasukkan ke dalam beg galas berwarna hitam. Beg tangan dan beg hitam itu diambil lalu keluar dari bilik. Dia turun ke bawah.

"Haniss dah nak balik ke?"

"Haah, bu. Kesian dekat si Aufa tu. Mesti kebuluran tunggu Haniss. Ni, adik nak bawa balik lauk sikit untuk Aufa."

"Eh Haniss duduk lah dulu dekat depan sana dengan Puan. Biar Mak Imaa yang bungkuskan." ujar Mak Imaa lalu masuk ke ruangan dapur.

Dia terus menuju ke ruang tamu bersama Puan Marya untuk mendapatkan ayah dan abangnya. Tempat disebelah abangnya diambil.

"So, macam mana dengan preparation nak stay hostel?"

"Still in progress, yah. Doakan kitorang eh."

"Kami semua sentiasa doakan adik dan yang lain. Belajar rajin - rajin tau dekat sana." kata Puan Marya. Dia tersenyum manis sambil memandang raut wajah ibunya.

"Haniss, ni Mak Imaa dah bungkuskan."

Bungkusan plastik yang berisi lauk tadi dihulur kepada Haniss. Dia mengambil bungkusan itu dengan cermat.

"Haniss balik dulu, ye. Thanks sebab masakkan lauk kegemaran Haniss pagi - pagi. Aufa dan Milia ada kirim salam tadi. Haniss lupa pulak, hehe."

Dia terus bersalaman dengan mereka sekeluarga.

"Insyaallah nanti Haniss balik lagi. Bye, Assalamualaikum."

kereta Range rover nya dituju. Dia melambai - lambai tangan ke arah mereka.

Kereta Haniss mula bergerak keluar dari perkarangan rumah banglo itu lalu membelah jalan.

Seketika kemudian, dia tiba dirumah yang didiaminya . Barang - barang dibawa keluar. Kunci rumah di dalam beg diambil. Pintu dibuka serta salam diberi.

Matanya beralih ke arah sekujur tubuh yang baring di atas sofa. Televisyen masih terpasang tetapi tiada siapa yang melihatnya. Orang tu pun tengah tidur. Ni kalau bill melambung ni, dah tahu dah nak salahkan siapa. Kesian dekat atuk yang nak kena bayarkan huhu.

Kunci rumah serta kunci kereta disangkut pada tempat gantung kunci yang telah disediakan. Pintu rumah ditutup semula. Barang - barang tadi pula diletakkan di atas meja kecil berdekatan dengan sofa itu.

Haniss pergi ke arah orang itu lalu duduk melutut ditepi. Idea jahat mula bermain dikepala.

"Sayanggg,"

Dia mencapai tangan Aufa lalu diusapnya perlahan.

"Hmmm,"

"Sayang tak nak bangun ke? Kalau Sayang tak nak bangun, I will kiss you here."  ujarnya sambil menekan pipi gebu Aufa.

Mata yang dipejam tadi kini terbuka luas selepas mendengar ayat dari sang pengganggu itu. Aufa memandang tajam ke arah Haniss.

"Why, sayangg? Kenapa tengok muka I macam tu? I baru pergi tak sampai sehari, tapi You dah rindu I? Sweet la sayang nih." kata Haniss sambil menyimpan tawanya yang hampir terletus tadi.

Lawak bila tengok muka terkejut si Aufa tu.

"Hotak kauu!! Euww gelilahh aku dengan kau nih. Teringin nak jadi lesbian ke apa?!" Aufa terus menolak tangan Haniss yang sedang memegang tangannya.

THE SECRET OF KAYWhere stories live. Discover now