BAB 22

81 15 0
                                        

Kini sudah masuk hari yang ke seminggu selepas kejadian dimana mereka terserempak dengan anak buah Menrez yang bekerja sebagai seorang guru itu.

Minggu ini juga adalah minggu yang agak sibuk buat mereka bertiga kerana sekolah mereka mengadakan ujian peperiksaan bagi mata pelajaran teras untuk tingkatan 5 sahaja terlebih dahulu.

Namun, ditambah pula dengan berita pertukaran guru sebagai pkhem yang baru. Sesi perkenalan antara murid-murid dan guru tersebut sudah diuruskan oleh badan pengawas sekolah tingkatan lima. Minggu ini, sungguh memenatkan buat mereka semua.

Waktu rehat telah tiba, masing-masing keluar ke kantin dan ada juga tinggal didalam kelas bagi mengulang kaji pelajaran untuk subjek terakhir peperiksaan mereka selepas ini.

"Hye sayang!"

Mereka yang tinggal didalam kelas mula terganggu apabila seseorang tu masuk ke kelas dengan selamba. Aira yang sedang membaca nota sejarahnya mula berasa rimas apabila orang itu duduk dihadapannya.

Cepat-cepat Aira bangun melangkah ke arah mereka bertiga yang sedang berbincang dengan Dina.

"Aira sayang, why you semakin menjauh dengan I? Aku tak buat kau tersakiti pun. So, come to me baby. Jangan buat aku rasa tercabar, sayang!"

Rakan sekelas yang lain mula memandang risau ke arah Aira yang sedang dilindungi oleh Aufa dan Haniss. Semakin lelaki itu mendekat, mereka terus berundur ke belakang.

"Hey you! Jangan lah takut dengan I, sayang." lelaki itu terus menarik tangan Aira mendekatinya.

Dengan kekuatan yang ada dalam diri, Aira terus melepaskan tangannya daripada cengkaman lelaki itu.

"Kau tak ada hak nak sentuh aku! Tolonglah sedar diri kau ni sapa," balas Aira sambil mengenggam tangannya untuk mengumpulkan kekuatan.

"Hoii perempuan! Kau tak perlulah nak acah suci sangat. Bapak kau pun dulu makan babi lepastu kau nak acah suci dengan aku?! Kau sama ja dengan binatang busuk! Hati kau pun busuk! Aku sayang kau tapi kau nak berlagak suci dengan aku?! Eh kau tu siap makan duit haram tau! Aku akan jadikan kau milik aku seorang! Ingat sampai mampus! Dasar bodoh!" jerkah lelaki itu.

Mereka yang lain sudah berasa takut apa yang akan jadi seterusnya. Ada juga yang berpura-pura membaca buku, makan biskut dan bersembang bersama rakan disebelah.

Aira yang mendengar makian lelaki itu segera menampar pipi itu dengan kekuatan yang ada.

"M-memang memang ayah aku pernah makan benda tu, Ezwir. Tapi tu semua sebelum ayah aku masuk islam! Dan kau siapa nak burukkan soal pekerjaan ayah aku?! Dalam mimpi jelah aku milik kau huh! Tak hingin aku ada lelaki yang serupa binatang macam kau!"

Tanpa Aira sedar, air matanya turut mengalir dipipi. Perlahan-lahan tubuhnya melorot jatuh ke lantai. Segera Haniss, Milia dan Dina mendapatkan Aira.

Dia penat apabila seseorang menghina pekerjaan ayahnya sebelum ini.

"I'm sorry, sayan-"

Aufa yang melihat lelaki itu semakin mendekat dengan Aira, dia terus menumbuk muka itu. Ezwir berdecit geram apabila tubuhnya terundur kebelakang sedikit. Dia memandang tajam kearah Aufa. Darah dihujung bibir dikesat dengan kasar sekali.

Aufa yang melihat tersenyum kemenangan. Sekali tumbuk dah berdarah. Lembik betul lelaki ni.

"Lama dah aku tak kasi penumbuk dekat orang ni. Alang-alang ada umpan didepan mata,"  omelnya perlahan sambil memandang sinis lelaki yang berada dihadapannya. Dia terus berjalan ke arah keberadaan rakannya yang lain.

THE SECRET OF KAYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang