BAB 13

178 27 3
                                        


Setibanya mereka di kantin mereka dikejutkan dengan satu pergaduhan kecil dimana ada dua orang lelaki bergaduh di tengah kantin itu.

"Aishh tak habis - habis nak bergaduh je kerja diorang ni. Penat la aku nak uruskan lagi,"

Aira mengeluh kerana tiap - tiap hari dia akan hadap benda yang sama iaitu pergaduhan diantara Aimen Ezwir dengan seorang budak lelaki kelas mereka jugak iaitu Firash Amsyar.

"Apa maksud kau yang diorang ni selalu bergaduh?" soal Milia yang kelihatan agak bingung disitu.

"Ye laa... diorang nii selalu bergaduh disebabkan aku. Si Ezwir ni suka dekat aku tapi aku tak pernah balas balik pun sebab aku meluat gila dengan perangai dia yang playboy tu. Dah laa tak hensem dengan hitamnya pula. Ada hati nak berkenan dengan aku yang putih dan lawa ni." luah Aira yang sempat lagi memuji dirinya. Dia tersengih seketika.

'Cehh sempat lagi nak memuji diri sendiri mak cik ni, taik betoi.' kutuk Aufa di dalam hati.

"So pahal Ezwir ni gaduh dengan si Firash tu pulak?" soal Milia lagi yang masih keliru.

"Aku ni dalam kelas rapat jugak dengan si Firash ni sebab dia baik, hensem dan pandai pulak tu. Aku selalu bercakap dengan Firash dalam kelas. Lepastu mesti akan ada orang yang report hal tu dekat Ezwir si gila tu. Ezwir ni dah selalu canang satu sekolah ni yang aku ni dia punya. Geli aku dengan dia nih. Aku pun kekadang stress sebab ramai yang takut nak dekat dengan aku. Ye la kalau dekat je dengan aku mesti diorang kena belasah dengan mamat playboy yang gila tu," Aira hanya mengeluh pendek.

"Asal aku rasa macam pernah nampak ek dia ni. Muka dia nampak familiar sangat," bisik hati Haniss.

Haniss dengan selamba badaknya melangkah dengan laju daripada diorang untuk menghentikan pergaduhan itu.

Dia mencelah masuk apabila murid - murid yang lain menghalang laluannya.

"Oitt mangkuk! lepaskan tangan kotor kau tu dari dia." jerit Haniss dengan lantang.

"Kau tu sapa yang nak halang aku dari tumbuk muka mamat ni? Ni urusan aku dengan dia!" amuk lelaki yang bernama Ezwir itu.

"Aira pergi panggil cikgu disiplin. Budak degil macam ni tak boleh nak berlembut sangat," sinis sahaja Haniss berkata.

Aira terus berlari dengan laju sekali meninggalkan kawasan itu seketika. Aira ni hebat dalam larian. So dia tak kisah orang nak kata dia apa - apa. Dia ni juara dalam semua acara larian. Cakap je acara larian apa mesti dia akan menang punya.

"Fuuhh laju gila minah nii lari tak padan dengan pakai kain. Tak takut terselak ke apa dia ni," gumam Aufa perlahan.

"Ehh kau nii dah melebih nii smpai nak pnggil cikgu disiplin bagai. Engkau tu siapa haa perempuan. Aku rasa mesti kau budak baru sebab kau berani halang aku kan?! Aku ni lagi hebatlah dari kau tu. Setakat perempuan apalah sangat," kata Ezwir dengan sinis sekali. Lelaki yang bernama Firash itu hanya berdiam diri sahaja.

"Kau tak perlu tahu dia ni siapa. Lagipun kau siapa yang kami nak kena takut bagai? Kau tu bukannya tuhan. Kau hanya manusia yang berlagak sahaja. Kami cuma tak suka tengok orang bergaduh depan kami. Sebab rasa semak je dengan pergaduhan ni," Aufa bersuara sebab nak pertahankan Haniss.

Haniss cuma menjalankan tugasnya sbgai 'Bakal Pengawas'. Hanis mesti laaa menunjukkan contoh yang baik sebelum dia dilantik secara rasmi untuk menjadi pengawas.

Setelah beberapa minit datanglah cikgu disiplin dan beberapa orang guru lain.

"Aiihhh asyik - asyik budak berdua nii jee yang gaduh. Tak ada budak lain ke nak gaduh. Aku dah meluat tengok muka dia ni keluar masuk bilik disiplin hari - hari je." luah cikgu disiplin itu yang bernama cikgu Khai. Sempat juga dia memerli mereka berdua.

THE SECRET OF KAYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang