Seperti yang dijanjikan, selepas solat isya' mereka terus keluar dari bilik lalu menuju ke tepi block aspuri. Waktu sekarang memang mereka yang lain duduk didalam bilik je. Dina pula meneman Aira yang sedang rehat didalam bilik sejak balik daripada sekolah.Haniss memandang tembok yang berada dihadapannya tanpa berkelip. Biar betul si Aufa nih. Macam mana Aufa boleh panjat? Tinggi do tembok ni.
"Tak ada jalan lain ke, Faa? Tinggi laa tembok nih. Macam mana kau panjat haritu?" soal Haniss sambil memandang sekelilingnya. Takut-takut ada yang ikut mereka.
"Kau ikut je aku. Kau nampak memang tinggi. Tapi tak pun sebenarnya,"
Aufa memijak batu besar itu lalu melompat sedikit dan mula memanjat dengan berhati-hati. Dia mendarat dengat selamat.
Haniss yang melihat sudah terkelu disitu. Dia boleh je nak memanjat nih. Cumanya, berat dia semakin naik. Itu yang membuatkan dia risau sekarang. Nampaknya kena diet la lepasni.
Tanpa berlengah, Haniss turut mengikut cara yang ditunjukkan Aufa tadi. Nasiblah boleh buat lagi kerja memanjat nih.
Mereka terus menaiki kereta Aufa. Bukan apa, malam-malam macam nih tak banyak sangat kereta. Jadi, pecut la jawabnya.
Sampai sahaja di destinasi yang dituju, mereka berdua terus masuk ke dalam. Kelihatan, Milia yang sedang bersembang bersama si kembar itu.
"So kita nak start dengan apa dulu?" tanya Aufa sambil mengangkat kening.
Mereka yang lain terus mengambil tempat masing-masing. Haniss memandang Milia dengan pelik. Dah kenapa tu? Muka risau semacam je.
"Kaymi are you okay?" soal Haniss dengan nada kerisauan.
"Memang on time kita nak kumpul harini," kata seorang lelaki yang duduk disebelah Alvien.
"Abang Amir? Bila sampai? Maaf lah kami tak perasan," ujar Aufa sambil tersenyum kecil.
"Sebelum korang datang lah. Ingatkan Abang yang lambat tadi. Rupanya korang lagi lambat," jawab lelaki itu dengan selamba.
"By the way, tadi petang, aku nak jumpa Kaymi sebab nak kasi satu barang tu. Aku datang dari lorong belakang, lepastu aku nampak ada satu kereta ni berhenti depan sikit dari rumah Tengku Hayes. Aku ingat member Tengku tapi, aku jadi pelik sebab lelaki tu duk tangkap gambar rumah Tengku ja. Bukannya nak pi ketuk pintu bagi salam ke apa," cerita Alvien. Kemudian dia berhenti sebentar sambil menarik nafas. Penat oii cerita panjang-panjang macam nih.
"Cepatlah sambung anjirr!" bidas Adrien dengan tidak sabar.
"Sabarlah bingai!!" carut Alvien sebelum menyambung ceritanya.
"Astu aku call Kaymi cakap jangan keluar rumah lagi. Aku sempat la rakam orang tu sekali dengan kereta dia. Tak lama kemudian, orang tu balik. Lepas dah check ada yang curiga ke tak, baru lah aku suruh Kaymi keluar rumah. So, that's all,"
"Takkan lah kawan Atuk? Buat apa nak tangkap gambar rumah bagai. Okey yang ni pelik! Aku rasa dia ni ada muslihat," kata Haniss dengan yakin. Ya dia pasti sekali yang lelaki itu ada adegan tersendiri.
"Er boleh kak liya cerita?"
Aufa hanya menganggukan kepala.
"Sebenarnya, petang semalam kak liya dapat bangkai burung dengan cicak yang berlumuran darah dekat dalam kotak. Actually, kak liya tak tahu yang itu apa pada mulanya. Tapi lepas ada bau pelik, kak liya pun bukak kotak tu. Jadi, kejadian tadi tu mengingatkan kak liya pada 2 tahun yang lalu. Masa tu kak Liya terima benda yang sama tapi itu dalam ugutan,"

ANDA SEDANG MEMBACA
THE SECRET OF KAY
Teen FictionTHE KAY yang di anggotai oleh 3 orang gadis. Mereka diarahkan untuk menyelesaikan misi yang belum terungkai. Mereka dipindahkan ke Hayes Highschool dan merahsiakan identiti daripada diketahui oleh semua orang termasuklah kenalan rapat. Cinta? Wuju...