BAB 21

91 14 0
                                    

"Guys, aku dah dapat!"

Milia dan Aufa yang sedang bermain telefon diatas katil segera pergi ke arah Haniss.

"Nama penuh dia Aimen Ezwir bin Ahmad Faez. Dekat sini, satu maklumat pun tak ada yang musykil. So, dia bukan anak si kodi kut?" terang Haniss sambil membaca maklumat data peribadi lelaki itu.

"Haah lah. Tapi aishh takpa lah. Sekarang ni kau cerita pasal misi esok," kata Milia sambil menarik kerusi berdekatan dengan Haniss. Aufa turut melakukan perkara itu.

"Aku ada beli barang ni untuk kita bertiga. Takut apa-apa terjadi ha. Esok aku kasi korang barang tu lepastu, aku nak korang pergi cari si Haqieb tu. Sambil-sambil tu kau tengokkan kalau ada mana-mana budak yang jumpa dengan dia. Budak yang kau nampak curious la. Kalau kau dapatkan muka dengan apa yang depa sembang kira dah cun dah," terang Haniss kepada mereka berdua.

"Okey tapi macam mana nak dapatkan suara tu, takkan lah nak kena record guna fon. Kalau kantoi macam mana?" sampuk Aufa.

Haniss sudah menepuk dahi apabila melihat mereka berdua yang masih tidak faham. Dia terus mencapai beg galas tepinya. Barang-barang tersebut dibawa keluar.

"Nametag, earpod and jam tangan?" soal Milia dengan wajah yang berkerut. Aufa juga memandang pelik ke arah barangan tersebut.

"Alahaii korang. Nametag ni ada microfon tapi jangan risau sebab kecil dan susah nak nampak. Earpod ni untuk korang dengar apa yang aku nak cakap nanti and korang pun boleh cakap. Just on the button kat tepi. Jam ni pulak ada kamera dan aku dah set supaya kalau korang menghilang still boleh detect kau kat mana. Esok korang boleh pakai ye," kata Haniss sambil tersenyum kecil.

"Ohh wau!! Amazing gilerr! Nametag pun nampak macam real punya. Nasib jam kita lain-lain. Kalau sama nanti orang pandang kita pelik pulak," tutur Aufa.

"Bila kau beli do?" tanya Milia.

"Aku order sebelum masuk asrama lagi. Nametag tu aku dah tengok contoh yang Pak Teh kasi. Lepastu aku letak alamat Aydien dengan nama dia. Selasa tadi dah yang dapat tu,"

"Mantul! Buat kerja diam-" percakapan Aufa dipotong oleh bunyi ketukan pintu.

TOK!! TOK !!

Mereka memandang antara satu sama lain. Cepat-cepat Haniss menyimpan barang-barang tersebut ke dalam begnya itu. Laptop ditutup terus. Masing-masing pergi katil sendiri.

TOK!! TOK!!

"Siapa tu?" soal Milia dengan berani. Dia terus bangun menuju ke pintu. Aufa dan Haniss hanya melihat dari katil yang mereka duduk.

"Ni Dina dengan Aira. Korang busy ke?" tanya pula orang yang berada di luar itu. Mereka bertiga menarik nafas lega lalu Milia terus membuka pintu membenarkan mereka masuk.

"Sorry ganggu korang," kata Aira dengan rasa serba salah.

"Takpa ja. Kitorang pun tak mengantuk lagi. Haa kenapa?" soal Aufa dengan selamba.

"Kau tak pergi sekolah ke esok, Niss?"

"Haah tak, Dina. Aku rasa tak sedap badan ha," jawab Haniss sambil tersenyum kecil. Kena berlakon sikit nih.

"Tahniah, Niss!" ucap Aira dengan tiba-tiba.

Milia yang sedang minum air terus tersedak. Habis tersembur ke muka Aira yang berada dihadapannya. Mereka yang lain turut terkejut melihat kejadian itu.

"Weyhh sorry, Aira! Aku terkejut kau cakap tahniah dekat Haniss," ujar Milia sambil bangun untuk mengambil tisu kepada Aira.

"Aku cakap tahniah sebab kau jadi vice president of prefect do. Aku dah agak kau dapat punya jawatan ni. Sebab yang lain semua tak bertanggungjawab,"

THE SECRET OF KAYWhere stories live. Discover now