BAB 17

115 17 0
                                    

Gadis itu memulas tombol pintu dengan perlahan supaya tiada sebarang bunyi yang keluar. Dia mengamati keadaan didalam bilik itu seketika lalu menutup pintu semula.

'Bilik pun dah gelap ni mesti dia tengah tidur,' bisik hati kecil gadis itu.

Gadis itu mula berjalan dengan perlahan supaya tidak mengeluarkan bunyi.

Sedang dia berjalan dengan penuh berhati - hati, tiba - tiba cahaya lampu memenuhi ruang bilik itu.

Erk habis lah!

"Where're you going, Kayreena Aufa?"

Alamak!

"I took my baby at home," jawab Aufa.

"Siang tadi bila aku tanya kau nak bawak ke tak baby kau tu, kau cakap tak payah. Ni tak pasal - pasal kau fly kann. Kalau kantoi siap kau!"

"Erk tak kantoi lahh. Tak ada sapa pun tadi. Aku buat kerja always clean," nafi Aufa.

"Ye ye latu... kau ni bukan boleh percaya sangat. Dah la pergi siapkan homework kau. Tak banyak pun," ujar Haniss sambil mengemaskan buku - buku yang berseliarak di atas meja belajarnya.

"Esok jelah aku buat. Aku penat lah bro," bidas Aufa.

Dia terus membuka tudung dikepala lalu baring di atas katil. Haniss yang melihat tingkah lakunya hanya menggeleng kepala sahaja. Dah tahu sangat perangai si Aufa tu.

"Kalau kau kena denda esok, jangan nak minta tolong aku. Baju pun kau tak gosok lagi, Faa. Esok bangun awal lepastu iron terus baju kau tu," terang Haniss.

"Baik makcik. Dah lah aku nak tido nih," kata Aufa sambil memejam mata.

Haniss terus menyambung perbuatannya yang tergendala tadi sebelum tidur.

***

"Aufa, dah pukul 5. 45 pagi nih. Cepatlah bangun. Pergi iron baju kau sekarang. Nanti kau jugak yang kalut," bebel Haniss sambil menggoncang badan Aufa dengan perlahan.

Selesai sahaja, sarapan pagi di dewan makan, mereka berempat terus pergi ke sekolah.

"Eh haii Milia!" tegur Aira seusai sahaja melangkah masuk ke dalam kelas mereka. Milia tersenyum kecil ke arah mereka.

Ting! Ting!

Aira merasakan sesuatu bergetar di poket blazer nya lalu dia terus mengeluarkan objek tersebut. Aplikasi whatsapp dibuka.

Nama isyraf ditekan lalu membaca pesanan yang dihantar oleh Isyraf. Mesej dibaca satu persatu dengan teliti supaya tidak terlepas dari pandangan.

Bagitau dekat Haniss. 8. 30 pagi ni kita ada meeting dengan Tun Lee's prefects. Ajkt yang lain aku dah inform dalam group kita. Aku lupa nak suruh kau add Haniss. Make sure on time yer!!

Tanpa menunggu lama, dia terus membalas okey kepada lelaki tersebut. Telefon ditutup semula. Mata mengerling Haniss yang sedang ralit bermain telefon.

"Niss, kejap lagi kita ada meeting dengan Tun Lee's prefects pasal kem tu. Pukul 8.30 pagi ni dekat bilik meeting pengawas." ujar Aira sambil meletakkan begnya di atas kerusi.

"Okey"

Tidak lama kemudian, guru subjek pertama memasuki kelas untuk mengajar.

***

"Daripada hasil perbincangan antara cikgu-cikgu kita, mereka telah bersetuju untuk mengadakan kem tersebut di tempat yang berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini." kata Isyraf kepada yang lain. Dia memandang seorang lelaki dihadapannya itu sambil tersenyum kecil.

THE SECRET OF KAYWhere stories live. Discover now