BAB 08

258 23 0
                                    

Haniss mencapai purse dan telefonnya lalu keluar dari bilik. Dia mendapatkan Aufa yang sedang bermain telefon.

"Jom, Faa."

Aufa membuat muka pelik kepada Haniss. Tudung dah cun. Tapi, baju dia yang tak kena dekat situ.

"Eh kau gila ke apa pakai macam ni? Niss, please jangan buat perkara yang memalukan. Pergi tukar baju kau tu." tanpa sedar keluhan dilepaskan di depan Haniss Mikayla.

"Alaa, Faa. Okey je la apa yang aku pakai nih. Aku just malas nak tukar baju kelawar ni je. Lepastu aku pakai la cardigan nih. Lagipun, aku tak nak keluar dari kereta nanti. Kau jelah turun. Let's go, Faa."

Haniss mencapai kunci kereta lamborghini milik Aufa lalu dibaling ke arah gerangan yang berada disebelahnya. Aufa menyambut kunci itu dengan cekap sekali. Pintu dikunci. Mereka menuju ke kereta lamborghini yang tersadai elok di bawah bumbung yang disediakan.

"Kau drive eh, Faa. That's your car not mine. Thank you, dear." ujar Haniss sambil tersengih ditepi kereta sebelah penumpang.

Kereta Lamborghini tersebut keluar dari perkarangan rumah banglo itu.

Sementara dalam perjalanan menuju ke sebuah kedai 7eleven yang berdekatan, Haniss menoleh ke arah Aufa yang sedang leka memandu.

"Faa kau bawa lesen tak?"

"Aku bawak lah mangkuk. Kau asal sekarang baru nak tanya?"

Aufa memandang Haniss sekilas.

"Nothing."

Setibanya mereka di kedai 7eleven, Aufa memakirkan kereta di tepi.

"Kau nak apa - apa ke?" tanya Aufa kepada Haniss.

"Tak kut." jawab Haniss sambil bermain telefon.

Aufa turun dari kereta lalu menolak pintu kedai. Dia berjalan ke arah tempat benda tu diletakkan. Selepas memastikan jenama yang selalu dibelinya dia pun menarik keluar dua bungkus itu.

Sedang Aufa menuju ke kaunter bayar, tiba - tiba telefonnya berdering minta di angkat. Segera dia menjawab panggilan tersebut selepas melihat nama yang tertera.

"Kau nak apa, Niss?"

"Emm belikan aku satu cup maggi kari dan isikan air panas sekali. Nanti aku bayar eh. Thanks sayang!!" ujar pemanggil sana. Panggilan ditamatkan.

Aufa mengambil satu cup manggi yang diminta Haniss lalu pergi ke tempat air panas yang telah disediakan. Matanya tercari - cari tempat yang kosong untuk meletakkan dua bungkusan itu. Namun semuanya dipenuhi dengan barangan.

Kemudian Aufa berasa seperti ada seseorang di belakangnya. Tanpa melihat muka, dia terus menyerahkan dua bungkus pad yang dipegangnya tadi kepada gerangan tersebut.

"Akak tolong pegang kejap eh. Saya nak isi air panas ni dalam maggi. Sekejap je eh."

Penutup maggi cup itu dibuka secara cermat lalu mengisi air panas ke dalam cup itu.

Setelah selesai, dia memusing badan untuk memandang ke arah gerangan tadi. Kini mukanya berubah seratus peratus apabila matanya memandang orang itu.

Lelaki?

Hensem.

Tapi,

Situasi sekarang sangat memalukan.

"T-thank you." ucapnya perlahan. Dia mengambil bungkusan tadi dengan cepat lalu pergi ke kaunter untuk bayar.

Dia ingin keluar dengan segera dari kedai ni. Memalukan sungguh. Ingatkan perempuan dibelakangnya tadi. Tengok - tengok lelaki.

THE SECRET OF KAYWhere stories live. Discover now