Mereka bertiga terus keluar daripada kawasan food court itu lalu menuju ke tingkat atas untuk membeli barangan sekolah terlebih dahulu.
Setelah selesai membeli barang sekolah, mereka duduk sebentar di kerusi yang berdekatan kerana masing - masing berasa letih untuk menyambung perjalanan.
"Er guys, kita balik la eh. Penat la," ngadu Haniss sambil mengurut perlahan kakinya. Gayanya seperti orang sudah berumur pula. Milia juga turut melakukan perkara yang sama.
Aufa menggeleng sedikit kepala di depan mereka. Dia tersenyum kecil dengan kerenah mereka berdua. Aufa melihat jam ditangan seketika. Nampaknya dah nak dekat zohor. Tapi ada satu kedai yang dia mahu pergi sekarang nih.
"Okey ja. Tapi kita singgah kedai ni dulu baru balik. Amacam?" soal Aufa sambil mengangkat kening kirinya.
"Haishh ye laa. Jom!" kata Haniss sambil memasam kan wajahnya.
Aufa yang melihat hanya tersengih sahaja. Orang tu ingat Aufa tak nampak yang si Haniss tu tengah buat muka kat dia. Ada nampak dia kisah pasal orang tu? Biarkan aje.
Sampai sahaja didepan sebuah butik, Haniss memandang Aufa dengan reaksi yang pelik. Milia hanya diam sahaja.
"Kau nak beli tudung lagi ke, Faa? Kan dekat rumah dah banyak. Membazir je lah kalau kau beli lagi," ujar Haniss.
"Haah beb. Memang nak beli pun cuma bukan untuk aku mahupun kau. Tapi untuk DIA. It's okay, Milia. I will treat you back."
"Niat kau tu memang baik. Tapi mungkin dia tak bersedia lagi? Don't push her to wear this because she will stress or something bad will happen?" terang Haniss dengan nada mendatar.
"Tak apa, Niss. Maybe dah sampainya masa untuk aku berubah ke arah kebaikan. So kita ambil yang positif and buang jauh - jauh perkara yang negatif. Insyaallah aku akan terus istiqamah." kata Milia sambil tersenyum manis ke arah mereka berdua.
Lega Haniss mendengar kata - kata Milia tadi. Dia turut tersenyum sambil memandang Milia. Perlahan - lahan Aufa mengukirkan secebis senyuman diwajah tanpa sedar.
Aufa juga memandang Milia yang tersenyum ke arahnya. Terus senyuman yang diukir tadi mati. Tanpa berlengah, dia terus masuk ke dalam butik itu dan diikuti mereka berdua.
"Kau pilih je mana yang kau berkenan. Nanti dah habis pilih kau panggil je aku. Aku belanja kau. Niss, kalau kau ada berkenan mana - mana baju ke, kau ambil ja. Aku tunggu kat kerusi tu."
Aufa terus mengatur langkah menuju ke kerusi yang dikatanya tadi. Troli diletakkan berdekatannya supaya mudah untuk diperhatikan. Telefon dibawa keluar daripada beg tangannya.
Tiba - tiba dia teringat akan ibu bapanya yang sedang berada di luar negara. Perasaan rindu mula menjengah di hati. Apakah yang dilakukan oleh ibu bapanya disana? Dia mengeluh perlahan lalu terus menekan nombor uminya.
"Assalamualaikum, anak umi. Kamu sihat? Maaf la umi jarang telefon kamu. Banyak perkara lagi yang belum selesai kami uruskan disini."
"Waalaikumussalam. Aufa sihat je kat sini, umi. Semalam Aufa nak call umi tapi terlupa pula. Sekarang ni pun Aufa kat luar dengan Haniss dan Milia." ujar Aufa.
"Milia dah balik? Alhamdulillah kamu akan bersatu kembali. Lusa kamu dah nak masuk new school kan?" tanya pemanggil dari sana.
"Haah, umi. Eh umi tahu ka kami nak pindah sekolah? Siapa pulak bagitahu? Setahu Aufa la kan, kitorang tak ada cerita lagi dekat umi babah and termasuk lah ibu dan ayah Haniss."
"Atuk kamu dah bagi tahu kat kami semua and sekali minta izin lagi nak selesai kan masalah tu. Lagi pun, ni semua demi our family right?"
"Ya betul tu, umi. Er umi, Faa nak kena pergi bayar barang ni. Ada masa kita call lagi eh. Kirim salam dekat babah sekali," kata Aufa.
YOU ARE READING
THE SECRET OF KAY
Teen FictionTHE KAY yang di anggotai oleh 3 orang gadis. Mereka diarahkan untuk menyelesaikan misi yang belum terungkai. Mereka dipindahkan ke Hayes Highschool dan merahsiakan identiti daripada diketahui oleh semua orang termasuklah kenalan rapat. Cinta? Wuju...