BAB 05

321 32 6
                                    

Haniss menuruni anak tangga dengan cepat lalu terus singgah di dapur. Dia lupa bahawa harini dia yang perlu menyediakan breakfast mengikut jadual yang mereka tetapkan. Sedang dia melangkah menuju ke dapur, dia ternampak Aufa menikmati sandwich telur.

"I'm sorry, Faa. Aku lupa yang harini turn aku."

Haniss terus mencapai cawan yang berwarna kelabu itu lalu mengisi air.

'Air kosong jelah sebab satgi nak pergi rumah ibu jugak. Kalau minum air milo tak pasal - pasal aku muntah nanti,' bebelnya sendiri lalu terus duduk disebelah Aufa.

"Ouhh takpa ja. Ni aku ada buatkan sandwich lebih ni. Kau makan la dulu. Kau nak balik rumah ibu kan?"

"Haah, Faa. Sebelum kita masuk asrama ni better aku jumpa parents aku dulu ha. Sebab aku rasa nanti kita makin busy la. So, kau tak nak balik ke?"

"Camna aku nak balik, Niss?? Parents aku ada dekat Dubai. Diorang balik bulan depan. So, better aku duduk rumah je. Maybe nanti aku call la diorang." terang Aufa kepada Niss.

Kalau diikutkan hati memang dia nak ikut parents dia tapi bila difikirkan balik, sekolahnya macam mana? dia tak sanggup nak tinggalkan Niss dan atuk kesayangannya.

"Ni aku nak balik rumah ibu ni, kau ada apa - apa nak kirim tak?? Ke nak ikut sekali?" soal Niss lalu bangun menuju ke singki untuk membasuh cawan dan pinggan yang digunakannya tadi.

"Hemm takpalah, Niss. Aku malas nak bersiap la. Nanti bila kau nak balik sini, bungkuskan la eh makanan kat rumah kau. Aku malas la nak masak kalau aku sorang jer. Jangan lupa kirim salam sekali dekat family kau." kata Aufa sambil menyengih dan membuat muka yang comel.

"Insyaallah kalau aku ingat eh. Sebelum aku terlupa, Milia ajak hangout dengan beli barang sekolah esok. Nak tak nak, kau tetap kena pergi jugak, Faa. Aku saja bagitahu awal supaya kau terus prepare baju untuk esok,"

"Aduhhh kau ni. Kau tahu kan aku malas nak cakk-" bebel Aufa namun sempat dipotong oleh Niss.

"Kau tetap kena pergi jugakk. Okeylahh byee, Aufa sayang!!" kata Niss dengan jelas lalu melangkah keluar dari dapur dengan cepat.

Tanpa melengah masa, dia terus menuju ke sebuah kereta Range Rover R - Dynamic SE yang berwarna Carpathian Grey. Butang start ditekan. Sementara menunggu enjin kereta panas dia mengambil telefonnya didalam beg tangan lalu mencari nama " Miliot " di aplikasi whatsapp. Selepas menjumpai, dia terus menghantar mesej.

Miliot♡

Esok onz, Mill.

Okeyy thanks pujuk dia,Niss.

It's okay la babe.
Ni aku nak kena gerak dah ni
Nak pergi rumah parents aku

Yee ke
Emm hati - hati tau
Kirim salam sekali dekat family kau
Oke byee

Okeyy babe

Aplikasi whatsapp ditutup. Telefonnya diletakkan kembali di dalam beg. Dengan bismillah, dia memulakan pemanduannya.

Lebih kurang setengah jam. Dia telah tiba di perkarangan rumah banglo tiga tingkat yang serba mewah ini. Pintu pagar dibuka, dia terus memakir keretanya di dalam pagar lalu enjin dimatikan. Dengan segera, dia keluar dari kereta.

Kelihatan seorang wanita yang sebaya dengan ibunya sedang menyiram pokok - pokok yang berada di taman mini milik keluarganya. Dia terus menuju ke arah tempat wanita itu berada.

THE SECRET OF KAYWhere stories live. Discover now